Ombak Villa Langkawi | Bermalam di Hotel Kontemporari Melayu Serba Mewah

Langkawi mungkin sahaja menjadi destinasi pilihan ramai untuk dikunjungi sebaik saja larangan rentas negeri diangkat, selepas PKP yang lepas.

Ombak Villa Langkawi Gambar - Pelanggan Gembira
Sumber: @oyyeno, @farrahazwanie

Terkenal dengan pantai-pantai yang indah dan juga status duty-free mereka, Langkawi menjadi antara destinasi penyumbang kepada ekonomi pelancongan negara yang tinggi.

Buat anda yang mencari hotel mewah yang serba lengkap, mesra keluarga dan unik, mari kami perkenalkan hotel berkonsep kontemporari Melayu, Ombak Villa Langkawi.

Lokasi

Ombak Villa Langkawi terletak hanya 5 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Jika anda menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur, masa perjalanan hanya mengambil 1 jam.

Ombak Villa Langkawi - Kolam Renang Infinity
Sumber: @OmbakVillaLangkawi

Namun jika anda memilih untuk menaiki ferry, masa lebih kurang 2 jam diperlukan untuk sampai ke jeti kuah dan pemanduan lebih kurang 25 minit dari jeti kuah ke Ombak Villa Langkawi.

Penginapan

Hotel berkonsep kontemporari Melayu ini mempunyai rekaan dan hiasan dalaman yang unik. Walaupun berteraskan Melayu Tradisional dengan ukiran dan penggunaan perabot kayu, look sepenuh bilik-bilik di sini berunsur kontemporari dan modern. Terdapat 3 jenis penginapan di sini yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian percutian dan bajet anda.

Ombak Villa Langkawi - Bilik Double
Sumber: @OmbakVillaLangkawi
  • Ombak Suite – Terdapat 76 unit Ombak Suite yang disediakan dengan pilihan antara katil king, atau katil Queen dan katil single. 
  • Seroja Suite – 2 unit Seroja Suite di sini lebih mengutamakan pengunjung yang mahu berhoneymoon. Bilik yang dihias indah, nampak romantik ini juga dilengkapi dengan balkoni persendirian dan taman tambahan di mana makan malam candle light boleh diuruskan. Bilik ini juga melayakkan anda untuk mendapat layanan eksklusif dan juga seorang personal butler.
  • Villa Seri Andaman – Mungkin saja bilik yang paling istimewa di Ombak Villa Langkawi ini, Villa Seri Andaman merupakan villa 2 bilik yang mempunyai ruang tamu dan ruang makan berasingan dari bilik-bilik tidur. Seakan-akan sebuah apartment mewah, anda akan rasa seperti royalty bila bermalam di sini. Juga diberi layanan eksklusif dan personal butler, Villa Seri Andaman ini juga mempunyai jalan masuk istimewa yang hanya boleh diakses oleh si tetamu villa ini sahaja.

Ombak Villa Langkawi menghadap ke Laut Andaman, jadi selain dari bilik-bilik penginapan yang indah, selesa dan mewah, mereka juga menaruhkan pemandangan lautan Andaman yang tiada tandingan.

Fasiliti

Fasiliti-fasiliti yang disediakan di sini cukup lengkap dan akan memastikan keperluan anda semasa bercuti dijaga. Fasiliti seperti kolam renang, gimnasium indoor dan outdoor, serta trek jogging dan basikal akan memastikan rutin senaman anda dijaga.

Ombak Villa Langkawi - Kolam Renang Luar

Untuk kemudahan anda, kedai serbaneka dan laundry service juga disediakan. Malah, pertukaran wang antarabangsa juga ada di sini. Anda juga boleh merancang event seperti mesyuarat, upacara rasmi dan majlis perkahwinan di sini. 

Aktiviti

Apabila bercuti, tentunya kita mahukan aktiviti-aktiviti menarik untuk dilakukan bersama orang-orang tersayang. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan di sini termasuk:

Indoor:

  • Mainan traditional dan board games
  • Kids club

Outdoor:

  • Berbasikal 
  • Jogging
  • Memancing
  • Bola Tampar Pantai
  • Bola sepak Pantai / Futsal
  • Melawat Taman Herba
  • Taman Permainan kanak-kanak
  • Bermain layang-layang
  • Membina Istana pasir
Ombak Villa Langkawi - Buayan Tepi Laut

Terdapat juga aktiviti yang boleh dinikmati yang disediakan oleh orang-orang lokal di Pantai. Seperti:

  • Jet Ski / water ski
  • Para sailing
  • Banana boat
  • Wake boarding
  • Melayat catamaran

Aktiviti-aktiviti di sini tentu akan mengiburkan anda sepanjang percutian anda. 

Makan

Kalau cerita tentang makan, anda tak perlu risau. Di sini, mereka sediakan 3 restoran, 1 bistro dan 1 lounge.

  • Bayu Restaurant – Terletak berdekatan kolam renang dan menghadap Laut Andaman, hidangan sarapan pagi disediakan di sini. Mereka juga menyediakan hidangan tengah hari dan malam di mana menu mereka lebih pelbagai, dari lokal ke rasa antarabangsa.
  • Al Shallal Restaurant – Restoran open air dan indoor yang menyediakan makanan Arab. Dengan tempat duduk outdoor berkonsep gazebo, cukup romantis dan istimewa.
  • Amai Bistro – menyediakan snek dan minuman menyegarkan. Anda boleh menikmati suasana berdekatan kampung nelayan.
  • Menteri Lounge – Tempat untuk relaks dan bergaul bersama para tetamu yang lain. Dengan pemandangan taman dan lautan Andaman sebagai penyejuk mata.
  • Private Dining – sekiranya anda merancang sesuatu kejutan romantis buat pasangan tersayang, mereka boleh menguruskan private dining di mana anda boleh menikmati makanan dalam suasana lebih intim dan romantis.
  • In-room Dining – Ada kalanya bila bercuti, kita mahu meluangkan masa di bilik sahaja. Jangan risau, Ombak Villa menyediakan in-room dining di mana anda boleh memesan makanan untuk di hantar ke bilik anda. Servis ini juga disediakan selama 24 jam.

Baca: 9 Villa Di Langkawi Dengan Kolam Renang Peribadi

Tidak kira anda merancang percutian istimewa buat pasangan anda, atau membawa keluarga kecil anda berhibur sempena cuti sekolah atau hujung minggu, Ombak Villa Langkawi mungkin sahaja hotel penginapan yang tepat untuk anda.

Pastikan anda ikuti laman media sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk promosi dan maklumat terkini.

Alamat: Lot 78, Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah

4/5 - (2 votes)