Putrajaya bukan sahaja terkenal sebagai pusat pentadbiran negara dan lokasi bangunan-bangunan arkitektur indah. Malah, Putrajaya kian menjadi pusat tarikan hujung minggu untuk kaum keluarga meluangkan masa bersama. Terbaru, Pantai Floria dibuka untuk kunjungan orang ramai sejak 1 Mac 2022.
Pantai Floria merupakan sebuah pantai buatan berkeluasan 100 meter ini terletak di Tapak Floria, Presint 4, Putrajaya.
Projek dari Perbadanan Putrajaya ini bertujuan untuk membaik pulih kawasan Floria. Sekaligus, projek ini menyediakan sebuah tempat beriadah buat warga kota tanpa perlu keluar kota.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini. Berhibur dan luangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan sambil berkelah atau piknik di tepi pantai. Anda juga berpeluang untuk memancing di sini.
Di sekitar Pantai Floria ini juga terdapat cafe di mana anda boleh bersantai tanpa bersusah-susah untuk membawa makanan. Malah, taman berdekatan dan jalanan sepanjang pantai ini juga sangat sesuai untuk aktiviti sihat seperti jogging dan cycling.
Terdapat juga aktiviti sukan air seperti sailing dan menaiki paddle boat. Pasti menarik bagi sesiapa yang ingin mencuba sukan air buat pertama kali.
Sambil menikmati pemandangan indah, dikelilingi oleh orang-orang tersayang, dan melakukan sesuatu yang cukup relaks, anda pasti berasa seperti melancong ke luar negeri. Jadikan Pantai Floria suatu escape sementara di waktu hujung minggu untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Anda tentu akan kembali ke sini tanpa rasa jemu.
Alamat: Sisiran Floria, Presint 4, Putrajaya, 62675 Putrajaya, Malaysia
Waktu Operasi: 9am-6.30pm (setiap hari)