Pantai Klebang | Jom Bercuti Ke Pantai Paling Popular Di Melaka

Ingat Coconute Shake, ingatlah Pantai Klebang, sebab di sinilah terletaknya Coconut Shake yang terkenal di seantero Malaysia. Setelah membeli Coconut Shake, secara semua jadinya, kawasan utama yang boleh dituju untuk menghabiskan minuman ini dengan penuh nikmat adalah di kawasan pantai yang indah iaitu Pantai Klebang.

Di sini, anda dapat menikmati udara segar yang bertiupan sambil mendengar bunyi ombak yang memecah pantai.

Dengan angin yang begitu rancak bertiupan dan permukaan pasir pantai yang lapang, anak-anak pula boleh bermain layang-layang yang banyak dijual di sini. Aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk berseronok adalah bermain di taman permainan, meniup buih belon, bermain kereta elektrik  kanak-kanak yang ada disewakan di sini dan banyak lagi!

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Melaka

Sekiranya anda sekeluarga datang ke sini pada musim cuti sekolah, anda pasti tak akan kecewa dengan banyak lag keseronokan lain yang ditawarkan di Pantai Klebang ni seperti aktiviti menunggang kuda padi, kereta kuda, ataupun menaiki jentera ATV. Alang-alang dah sampai, cubalah semua sekalikan?

Pantai Klebang Beach Image

Selain semua aktiviti meriah ini, anda juga dapat melihat bermacam gerai dan food truck yang dibuka di tepi pantai. Banyak pilihan makanan daripada keropok lekor sehinggalah kepada kuew teow. Tak kurang juga kedai-kedai yang viral untuk disinggah tak jauh daripada Pantai Klebang ni selain daripada Coconut Shake yang dikatakan tadi.


Antara Aktiviti Yang Boleh Dilakukan

Aktiviti Di Pantai Klebang
Sumber: M Zakry Chan

Ada banyak aktiviti yang boleh anda rancang untuk lakukan bersama keluarga di Pantai Klebang ni. Sepertimana kawasan pantai yang lain, Pantai Klebang menawarkan banyak aktiviti menarik untuk menjadikan persinggahan anda ke sini terasa sangat berbaloi.

  • Naik kereta kuda
  • Main layang-layang
  • Menunggang kuda padi
  • Sewa kereta elektrik kanak-kanak
  • Menunggang ATV
  • Berkelah
  • Menikmati pemandangan matahari terbenam dan terbit
  • Menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual di gerai

Fasiliti Yang Disediakan Di Pantai Klebang

Fasiliti Di Pantai Klebang
Sumber: Chongkian / CC by 4.0

Di sekitar Pantai Klebang terdapat beberapa kemudahan yang dapat dimanfaatkan oleh para pelawat.

  • Gerai jualan makanan
  • Gerai jualan permainan di tepi pantai (layang-layang)
  • Surau
  • Taman permainan
  • Tandas
  • Bilik mandi

Antara Review Pengunjung Yang Pernah Ke Sini

“Saya melawat pantai ini dengan kawan-kawan pada waktu tengahari, hari Sabtu. Ada orang yang menunggang kuda, meniup buih, bermain layang-layang, berkelah atau sekadar bersantai dengan kawan-kawan di tepi pantai dan sebagainya…” – purr3vil, Trip Advisor

Petang yang penuh santai: Sebuah kawasan indah dengan pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan. Ada pokok-pokok di sepanjang pantai sebagai tempat berteduh dengan tiupan angin, penuh santai dan ramai orang tapi tidak terlalu padat. Terdapat banyak tempat meletak kereta, food trucks, peniaga yang menyimpan stok dalam bas yang tidak digunakan, khidmat sewaan kereta elektrik / motorsikal untuk kanak-kanak, ada pancuran air di tempat permainan kanak-kanak…” – Jeannie0518, Trip Advisor

Pantai bersih, wajib pergi di Melaka: Boleh dianggarkan kawasan pantai ini akan meriah dengan orang ramai pada hujung minggu. Sesuai dijadikan tempat untuk berehat dan bersantai, banyak tempat makan untuk menghilangkan rasa dahaga dan mengisi perut lapar.” – Lilbabyshark, Trip Advisor

“Food truck beratur di tepi jalan (saya anggap sebagai salah satu tarikan utama), dan terdapat banyak gerai-gerai kecil yang menjual makanan dan layang-layang. Saya beli keropok lekor yang cukup enak daripada food truck dan juga rojak, kuew teow serta ice-blended kelapa yang yummy!” – Wirna, TripAdvisor


Panduan Untuk Ke Pantai Klebang

Dari Kuala Lumpur, anda boleh memandu ke arah Selatan melalui Lebuhraya Utara – Selatan sebelum melalui tol keluar ke Ayer Keroh.

Dari bandar Melaka pula, anda hanya perlu melalui perjalanan selama 15 minit untuk ke Pantai Klebang.

Alamat: Pantai Klebang, Melaka.

Koordinat: 2.2164° N, 102.1925° E


Tarikan Menarik Lain Yang Terletak Di Sekitar Pantai Klebang & Melaka

Selain Pantai Klebang, tidak jauh dari sini terdapat banyak tarikan yang menarik dan viral wajib untuk anda kunjungi. Dah puas merehatkan badan di pantai, bolehlah mulakan langkah ke destinasi yang seterusnya untuk mencipta lebih banyak memori bersama keluarga.

1. Padang Pasir Pantai Klebang

Padang Pasir Pantai Klebang adalah tarikan yang cukup terkenal dalam kalangan kaki foto. Yelah, dekat mana lagi nak merasa seperti berada di kawasan eksotik macam Padang Pasir Sahara di Malaysia ni?

Tak perlu berbajet-bajet untuk ke negara Arab, anda hanya perlu ke Padang Pasir Pantai Klebang untuk merasakan semua ni. Ada juga orang yang menjadikan tarikan ni sebagai tempat berfotografi gambar perkahwinan.

Waktu yang terbaik untuk ke sini adalah ketika matahari terbit atau terbenam, dalam erti kata lain ketika ‘golden hour’ untuk mendapatkan pencahayaan gambar yang terbaik.

Diingatkan, sebelum ke sini, anda perlu bersedia dengan air dalam botol besar, cermin mata hitam, payung dan sunblock. Bayangkan anda memang betul-betul berada di Padang Sahara sebenar, kalau tak lengkap semua ni memang menyusahkan.

Alamat: Padang Pasir Pantai Klebang

2. Muzium Kapal Selam

Muzium Kapal Selam Pantai Klebang Image
Sumber: Anna Ahmad

Terletak hanyalah 2.5 km dari Pantai Klebang, Muzium Kapal Selam adalah sebuah tarikan kapal selam sebenar yang pernah digunakan daripada tahun 2005 ke 2009.

Kapal selam jenis FS Ouessant Agosta 70 ini telah dibawa ke Melaka pada bulan November 2011 dari negara Perancis. Di dalamnya, anda dapat melihat keadaan sebenar di dalam sebuah kapal selam dan pameran tentang sejarah serta perkembangan kapal selam di Malaysia.

Alamat: Muzium Kapal Selam, Dataran 1Malaysia, Klebang, 75200 Melaka

3. Straits Chinese Jewelry Museum Malacca

Apa gunanya dah berada di Melaka tapi tak mendalami budaya sebenar komuniti Baba Nyonya di Melaka ni kan? Untuk tujuan ini, anda sekeluarga boleh menuju ke Straits Chinese Jewelry Museum Malacca yang terletak hanyalah 8 km dari Pantai Klebang.

Di sini, anda dapat melihat betapa unik dan menarik sekali budaya mereka. Muzium ini dapat membawa anda kembali ke masa lalu di mana setiap pelusuknya dihias dengan konsep klasik Baba Nyonya atau peranakan sendiri. Pencinta barangan antik? Wajib ke sini!

Alamat: 108, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

  • Baba & Nyonya Heritage Museum (8.2 km Dari Pantai Klebang)
  • Villa Sentosa (Malay Living Museum (8.4 Km Dari Pantai Klebang)
  • Cheng Ho Cultural Museum (8.4 Km Dari Pantai Klebang)

Baca: 52 Destinasi Menarik Di Melaka Untuk Percutian Instimewa


Antara Tempat Makan Menarik Di Sekitar Pantai Klebang & Melaka

Ramai orang bercuti di Pantai Klebang pada hujung minggu atau musim cuti bukan semata-mata untuk melawat kawasan pantai ini sahaja, tapi ada juga yang menjadikan ‘jalan-jalan cari makan’ sebagai misi utama! Kenapa? Sebab di sini terletaknya banyak gerai-gerai yang best! Kalau tak cuba, memang rugi!

1. Klebang Original Coconut Shakes

Bukan biasa-biasa, Klebang Original Coconut Shakes yang terletak kurang 2 km dari Pantai Klebang ini terkenal sehinggalah ke Singapura! Minuman yang menggabungkan kelapa dan ais krim vanilla ini mempunyai keenakan yang ekstra tidak seperti di tempat lain yang pernah anda cuba.

Betapa viralnya coconut shake di sini, sampaikan anda terpaksa beratur kalau datang ketika musim cuti sekolah.

Selain coconut shake, gerai ini turut menjual pelbagai kuih-muih yang telah dihasilkan oleh penduduk setempat. Memang bestlah makan kuih tradisional sambil minum coconut shake yang creamy!

Alamat: Klebang Original Coconut Shakes, 5, 75200 Klebang, Melaka

2. Kuih Keria Antarabangsa Hj. Jalil

Tak kisahlah bila pun anda datang, hari kerja atau hujung minggu, kedai Kuih Keria Antarabangsa Hj. Jalil akan sentiasa penuh dengan orang.

Oleh sebab itu, anda perlu datang seawal yang mungkin atau stok licin. Dah beli tu, terus je makan masa tengah panas, memang pergh! Selain kuih keria, anda juga boleh mencuba laksa Penang yang tak kurang enaknya.

Alamat: No 29, Jalan kristal merah, 2, Taman Limbongan Permai, 75200, Melaka

3. Putu Piring Generasi Ketiga

Banyak juga makanan yang mudah dijumpai di tempat lain tapi memiliki keunikan tersendiri di negeri Melaka. Salah satunya adalah kuih putu piring yang dijual di kedai Putu Piring Generasi Ketiga.

Tak kedekut gula merah, dan yang menariknya, ada bukan 1 tapi 3 jenis perisa putu piring yang berbeza iaitu original, coklat dan durian.

Dihidangkan di atas daun pisang, bau yang menerpa deria daripada putu piring yang dihidangkan cukup menaikkan selera.

Alamat: 3123C, Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75250 Melaka

  • Restoran Pak Putra Tandoori & Nan
  • Restoran Asam Pedas Claypot
  • Barkat Roti John
  • Asam Pedas Jalan Tun Fatimah

Terletak di dalam negeri yang kaya dengan sejarah tersendiri yang sentiasa sibuk dengan orang ramai yang datang dari segala pelusuk dunia, kewujudan tarikan alam semula jadi Pantai Klebang dapat menyelamatkan jiwa anda yang merindukan ketenangan semasa bercuti.

Baca: 10 Pantai Menarik Di Melaka

Di sinilah anda dapat menikmati bayu laut yang sentiasa bertiupan sambil menikmati pelbagai juadah yang enak. Anak-anak juga tidak kurang seronoknya dengan segala permainan yang ditawarkan di sekitar pantai. Macam-macam aktiviti yang boleh dirancang kalau ke Pantai Klebang.

Macam mana? Tak sabar dah nak ke sini? Jangan lupa untuk menempah penginapan melalui booking.com terlebih dahulu!

Berkaitan:

Dah booking? Dah sediakan tikar berkelah dalam kereta? Jom pecut ke Pantai Klebang! Selamat bercuti!

3.8/5 - (5 votes)