Pantai Merdeka | Destinasi Day Trip Terbaik Di Sungai Petani

Inginkan jiwa yang merdeka daripada sebarang masalah dan kacau-bilau kehidupan di kota? ‘Rawatan’nya boleh ditemui di Pantai Merdeka.

Pantai berpasir putih dengan kepanjangan 1 km ini dapat membuatkan anda terlupa segalanya. Sambil berjalan-jalan dan menikmati udara segar yang sentiasa bertiupan, anda dapat melihat keindahan Gunung Jerai di kejauhan.

Bercuti Di Pantai Merdeka

Selain dapat melayan perasaan sambil melihat pemandangan yang mempesonakan ini, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti yang ditawarkan seperti bermain ski air, menaiki banana boat atau berlayar untuk pengalaman percutian yang lebih menyeronokkan. Anak-anak pula boleh bermain layang-layang atau mengeluarkan peluh di taman permainan yang disediakan.

Sekiranya anda datang pada waktu malam, ramai juga yang datang ke kawasan pantai ini untuk memancing. Kalau dapat hasil, bolehlah berbbq dengan keluarga di tepi pantai ni. Nikmatnya bila dapat makan hasil tangkapan sendiri tak boleh dibayangkan.

Di samping itu, kalau anda nak tahu, betul-betul bertentangan dengan pantai ini adalah sebuah tarikan yang boleh anda lawati dengan menaiki bot dari sini. Pernah dengar tentang pekan Tanjung Dawai? Di sinilah terletaknya syurga makanan laut yang segar-segar.

Tapi tak akanlah nak terus terjun ke Tanjung Dawai tanpa betul-betul menikmati semua yang ada di Pantai Merdeka ni dulu kan? Untuk pengetahuan anda, di kawasan sekitar pantai ni ada banyak gerai-gerai makanan yang kebanyakannya sedap bukan main. Antara makanan yang boleh anda cuba adalah seperti ais kacang, rojak, laksa dan banyak lagi.

Kawasan lain yang terletak berhampiran dengan Pantai Merdeka juga adalah seperti Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak. Terasa nak melihat bagaimana suasana perkampungan nelayan ni? Bolehlah teruskan eksplorasi setelah puas menikmati keindahan Pantai Merdeka.

Antara Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Pantai Merdeka

Aktiviti Menarik Di Pantai Merdaka

Cukup banyak aktiviti yang boleh dirancang untuk anda lakukan bersama keluarga di Pantai Merdeka. Nak buat semua aktiviti yang ada di sini memang tak cukup sehari! Antara aktiviti yang anda sekeluarga lakukan adalah:

  • Melakukan bermacam sukan air: Waterski, banana boat, berlayar dan sebagainya
  • Menikmati pemandangan lautan dan Gunung Jerai
  • Mencuba pelbagai makanan di gerai-gerai
  • Bermain di taman permainan
  • Berkelah
  • Memancing
  • Berkayak
  • BBQ
  • Naik bot ke Tanjung Dawai
  • Bermain layang-layang
  • Berkhemah

Fasiliti Yang Disediakan Di Pantai Merdeka

Papan Tanda Pantai Merdeka

Pantai Merdeka boleh dikatakan sebuah kawasan rekreasi yang agak sempurna.

Fasiliti Di Pantai Merdaka

Pelbagai fasiliti disediakan untuk kemudahan para pengunjung tanpa perlu bergerak jauh dari lokasi seperti:

Kedai Di Pantai Merdaka
  • Medan selera
  • Gerai jualan
  • Dewan
  • Pondok
  • Surau
  • Tandas awam
  • Kemudahan bot penumpang

Antara Review Pengunjung Yang Pernah Ke Sini

Lokasi yang menarik untuk keluar bersama keluarga: Saya makan ais kacang yang cukup murah dekat sini. Kawasan ni sesuai untuk meluangkan waktu bersama keluarga. Anda boleh menaiki bot untuk ke Tanjung Dawai.” – Didizaimie, Trip Advisor

Pantai yang cantik dan tenang: Sebuah pantai yang indah, agak bersih dan mendamaikan. Datang ke sini pada awal pagi semasa masih tiada orang. Berjalan ke sebelah kanan pantai di mana anda akan sampai ke kawasan berpasir dengan sebuah jeti kecil. Kawasan yang menarik untuk relaks dan menikmati pemandangan yang indah.” – Ragu88, Trip Advisor

“…terdapat banyak gerai makanan yang menjual makanan seperti ABC, laksa, mee udang dan sebagainya.” – Fariesh, Trip Advisor

Rehat dan relaks: Pantai yang berangin dan bersih dengan banyak jualan makanan untuk dirasai dan barangan untuk dibeli. Kami cuba ais kacang yang disediakan dalam bekas bersaiz besar dan tinggi, cukup sedap dengan harga yang berpatutan.” – Liewjamie210960, Trip Advisor

Lokasi yang sempurna untuk rekreasi: Pantai ini penuh dengan pelawat terutama sekali pada waktu siang. Ramai yang datang berkelah bersama keluarga dan kawan-kawan terutama pada hujung minggu. Pada waktu malam pula, orang ramai datang untuk memancing…” – Muhammadadliiffatx11, Trip Advisor

Panduan Untuk Ke Pantai Merdeka

Panduan Untuk Ke Pantai Merdeka Kedah
Sumber: Bikelah.com

Sekiranya anda datang dari Sungai Petani, masa yang diambil adalah dalam sekitar 39 minit melalui jalan K14 dan Route 1.

Dari Alor Setar pula anda perlu melalui Lebuhraya Utara – Selatan / AH2 / E1 dengan perjalanan yang mengambil masa 1 jam lebih.

Alamat: Pantai Merdeka, 08500, Kota Kuala Muda, Kedah

Koordinat: 5.666757 , 100.367483

Baca: 20 Destinasi Menarik Di Sungai Petani

Tarikan Menarik Lain Yang Terletak Di Sekitar Pantai Merdeka & Lain-Lain Tarikan Di Kedah

Sesudah puas menikmati keindahan Pantai Merdeka, ada banyak lagi tarikan lain yang boleh anda lawati bersama keluarga untuk mencipta lebih banyak memori dan menjadikan percutian anda ke sini terasa sangat berbaloi. Berikut adalah antara lokasi yang boleh anda rancang untuk singgahi.

1. Tanjung Dawai

Dipisahkan dengan lautan, anda boleh menggunakan bot penumpang yang disediakan di Pantai Merdeka untuk sampai ke Tanjung Dawai dengan pantas. Masa yang diambil hanyalah dalam sekitar 10 minit je.

Dah sampai di pekan ni nanti, bersedialah dengan perut yang kosong untuk menikmati bermacam menu makanan laut yang segar bukan kepalang. Mana tidaknya, kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai nelayan, kalau tak segar juga, peliklahkan?

Sebelum keluar dari Tanjung Dawai ni, jangan lupa untuk membawa pulang macam-macam lagi produk berasaskan hasil laut yang banyak dijual di sini seperti keropok pelbagai perisa, belacan, ikan masin, ikan bilis dan lain-lain lagi.

Alamat: Kuala Muda (Utara Muara Sg.Merbok Kedah)

Jarak Dari Pantai Merdeka: 10 Minit Dengan Menaiki Bot

2. Pasar Bisik Kuala Muda

Pasar Bisik Pantai Merdeka Kedah
Sumber: Zam Ghafar

Kalau semasa anda datang ke Pasar Bisik Kuala Muda ni ternampak orang berbisik-bisik, janganlah ingat mereka ni sedang bergosip atau mengata anda pula, tapi sebaliknya mereka sedang tawar-menawar harga dengan cara begini. Ya, bukan sekadar nama pasar, amalan bisik-membisik dalam berjual-beli semasa di pasar ini telah bermula sejak sekitar 50 tahun lalu dan masih kekal hingga kini.

Pasar ini pada asalnya hanyalah sebuah pondok kayu di tepi pantai, tapi kini telah ditukarkan kepada sebuah bangunan. Nak rasa pengalaman yang unik ni? Datanglah ke Pasar Bisik Kuala Muda.

Alamat: Kuala Muda, Penaga

3. Monumen Tsunami Pekan Kuala Muda

Monumen Tsunami Pekan Kuala Muda adalah sebuah monumen peringatan tragedi hitam tsunami yang pernah melanda Kuala Muda pada 26 Disember 2004. Di sini anda dapat melihat bot-bot nelayan yang ditimbunkan di atas satu sama lain. Sebuah monumen yang dapat melahirkan rasa sayu sesiapa sahaja yang memandang.

Alamat: Kampung Tepi Sungai, Kuala Muda, Kedah.

Antara tempat menarik lain yang berdekatan dengan Pantai Merdeka:

  • Dataran Zero Kilometer
  • Taman Jubli Perak
  • Jeti Sungai Semeling
  • The Carnivall Waterpark
  • Masjid Sultan Muzaffar Shah
  • Taman Rekreasi Sungai Petani
  • Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Baca: 50 Tarikan Terbaik Di Kedah Untuk Percutian Luarbiasa

Antara Tempat Makan Menarik Di Sekitar Kedah

Setelah puas makan angin, anda boleh mengisi perut yang kelaparan dengan menyinggahi mana-mana kedai makan yang ada. Untuk menjadikan percutian anda lebih sempurna, apa kata kalau anda melawat mana-mana daripada kedai makan yang kami senaraikan ini untuk mengelakkan kekecewaan makan di kedai yang kurang ummph!

1. D’Madinah Corner

D’Madinah Corner Kedah

Apa yang anda mengidam nak makan? Macam-macam hidangan ada di D’Madinah Corner ni. Dari masakan Arab, Melayu sampailah barat, anda tak akan kecewa melihat menu yang ditawarkan.

D’Madinah Corner Gambar Makanan

Antara yang anda boleh cuba di sini adalah shawarma kambing, sup kambing, lamb chop, chickenchop, chicken grill, nasi goreng, kuey teow, aneka roti bakar dan banyak lagi! Yang menariknya, saiz hidangannya cukup besar! Harganya? Sangat murah untuk saiz yang dihidangkan. Tak ada sebab untuk tak cuba kedai ni.

Alamat: D’Madinah Corner, No 27 taman temusu, Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah

Jarak Dari Pantai Merdeka: 22.8 KM / 27 Minit

2. Lé Boss Cafe & Restaurant

Lé Boss Cafe & Restaurant Pantai Merdeka

Memiliki atmosfera yang sangat selesa dengan dekorasi yang menarik hati sesiapa sahaja yang memandang, Lé Boss Cafe & Restaurant adalah sebuah kedai makan berair-cond yang mesti anda singgah kalau bercuti di Kedah ni.

Hidangan yang ada di sini terdiri daripada masakan barat seperti chicken chop, macaroni, lemon chicken grill dan banyak lagi. Saiz hidangannya juga tidak mengecewakan bersesuaian dengan tawaran harga.

Lé Boss Cafe & Restaurant Gambar Makanan

Selain itu, Lé Boss Cafe & Restaurant juga lengkap dengan pelbagai fasiliti lain lagi untuk kemudahan pelanggan seperti surau dan tandas yang bersih.

Alamat: Lé Boss Cafe & Restaurant, 201, Jalan Lagenda 7, Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah

Jarak Dari Pantai Merdeka: 38.2 KM / 44 Minit

3. Chennai Curry House

Chennai Curry House Sungai Petani

Dah kenyang makan masakan western, Melayu dan Arab, di Chennai Curry House ini pula anda boleh menikmati pelbagai masakan India yang dibuat dengan pro! Secukup rasa, bukan sekadar rupa.

Antara makanan yang patut dicuba di sini adalah nasi briyani yang dihidangkan di atas daun pisang, thosai cheese, chappati, roti naan dan banyak lagi.

Chennai Curry House Sungai Petani Makanan Menarik

Restoran ni juga menyediakan ruang yang lengkap dengan penyejuk udara untuk menambahkan lagi keselesaan anda semasa menikmati juadah.

Alamat: Chennai Curry House, 137, Jalan Lagenda 5, Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah

Jarak Dari Pantai Merdeka: 32.2 KM / 45 Minit

  • Medan Selera Jam Besar
  • Hussain Nasi Kandar
  • Pallet Cafe
  • Nasi Lemak Cinta Sayang

Untuk pengalaman percutian yang memerdekakan jiwa dari kehidupan kota yang tak memberi ruang untuk anda bernafas, jadikanlah Pantai Merdeka sebagai destinasi untuk dilawati sebaik sahaja tiba musim cuti nanti.

Di sinilah anda dapat menghirup oksigen segar dan memberikan ‘hiburan’ sebenar kepada deria pandangan yang merindukan keindahan alam semula jadi.

Baca: 35 Hotel Murah Di Sungai Petani Untuk Percutian Bajet Yang Sempurna

Di samping itu, anda juga dapat menikmati hasil laut yang masih segar dalam pelbagai menu yang mengiurkan. Percutian yang sempurna bukan?

Sebelum ke sana, jangan lupa untuk menempah penginapan terlebih dahulu! Untuk tujuan ini, anda boleh melayari booking.com untuk melihat banyak pilihan penginapan dalam tawaran harga yang terbaru. Selamat bercuti ke Pantai Merdeka!

4/5 - (14 votes)