
Mencari destinasi percutian yang unik dan mempesona? Paradise 101 Langkawi adalah jawapannya!
Pulau swasta ini menawarkan pelbagai aktiviti yang seronok dan menarik sambil menikmati keindahan alam semula jadi yang tiada tandingan.
Aktiviti Menarik & Pengalaman Eksklusif
Di Paradise 101 Langkawi, pelbagai aktiviti seronok menati anda sekeluarga atau. Antaranya termasuk:
Sewa Jet Ski
Kalau anda rasa kayak terlalu slow, anda boleh menyewa jet ski untuk melihat rahsia keajaiban laut Andaman.
Jelajahi pulau-pulau cantik di Langkawi bersama jurutunjuk yang berpengalaman, kunjungi pelbagai pulau seperti Dayang Bunting, Pulau Tuba, dan banyak lagi.

Anda boleh memilih untuk menunggang seorang diri atau bersama pasangan. Untuk mereka yang mahukan sesuatu yang lebih romantik boleh memilih pakej matahari terbenam.

Syurga Selfie
Kalau anda datang ke Langkawi dengan niat untuk mengisi halaman instagram anda dengan gambar yang viral dan wow, anda boleh berbuat demikian di pulau peribadi ini.

Terdapat beberapa struktur seni yang dibina khas untuk tujuan ini sahaja. Tak percaya, masukkan hashtag langkawi ke aplikasi media sosial pilihan anda dan kalau nampak gambar pasangan comel berlatarbelakangkan struktur berbentuk heart ala-ala romantik tu berkemungkinan besar ia diambil di Paradise 101.

Memang banyak spot selfie yang boleh ditemui di setiap sudut pulau ini supaya anda boleh mengambil masa untuk mendapatkan gambar couple sempurna yang diidam-idamkan selama ini.

Pelayaran Persendirian Berkumpulan
Antara aktiviti berkumpulan popular yang ditawarkan di sini adalah pelayaran persendirian berkumpulan.
Kalau anda melawat pulau ini bersama keluarga ataupun rakan-rakan roadtrip, aktiviti ini pasti akan menjadi kemuncak percutian anda ke Langkawi.

Jika anda memilih pakej layaran lewat petang pula anda berpeluang untuk menyaksikan matahari terbenam sambil berlayar di atas kapal pesiar mewah bersama orang yang tercinta. Aktiviti wajib disertakan dalam itinerari kalau anda sedang berhoneymoon di Langkawi.

Aktiviti Pantai
Bermain bola tampar merupakan cara yang menyeronokkan untuk menghabiskan masa di pantai berpasir putih yang indah ini.
Untuk yang berjiwa santai pula, anda boleh berjalan sepanjang pantai dibelai angin sepoi sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan.

Taman Tema Air Aqua Park
Bersedia untuk cabaran Taman Tema Air Langkawi yang paling menakjubkan ini? Bermain bersama rakan-rakan dalam cabaran eliminasi yang menggemparkan.
Atau, hadapi perlumbaan halangan yang mencabar dan bersaingan untuk mengetahui siapa diantara kamu yang paling pantas!

Dikelilingi pemandangan yang memukau ketika anda bermandi-manda, seorang pengawal pantai yang bertugas juga akan memastikan keselamatan anda. Bersenang-senanglah dengan tahap keselamatan tertinggi!

Aktiviti Kayak
Adakah aktiviti yang lebih best dari mendayung kayak untuk memulakan atau mengakhiri hari anda? Berlumba di laut biru Langkawi atau terokai keindahan pulau ini mengikut rentak anda sendiri.

Anda boleh berkayak sepanjang perairan berdekatan dan melihat dengan mata sendiri keistimewaan semulajadi pulau yang sudah lama menjadi sasaran pencinta alam sedunia.
Nikmati Makanan & Minuman Di Restoran Eksklusif
Selepas seharian berseronok, rehatkan diri di restoran eksklusif yang terdapat di Paradise 101 Langkawi.

Dari pilihan makanan tempatan yang lazat hinggalah ke masakan antarabangsa yang popular, anda pasti dapat menemui sesuatu yang sesuai dengan selera anda.
Tempat Majlis dan Acara Khas
Anda merancang untuk mengadakan majlis atauacara khas di Langkawi? Paradise 101 Langkawi adalah tempat yang ideal untuk majlis perkahwinan, pertunangan, atau perayaan ulang tahun yang mengagumkan.
Pulau ini menawarkan ruang luas dan pemandangan menawan yang pasti akan meninggalkan kesan abadi kepada tetamu dan menambah kepada keistimewaan acara anda.
Bagaimana Untuk Sampai Ke Paradise 101 Langkawi
Untuk menikmati semua keindahan dan pengalaman yang ditawarkan oleh Paradise 101 Langkawi, anda perlu mengambil bot feri dari Jeti Telaga Harbour Park.
Perjalanan bot dari awal pagi hingga ke 10 malam. Namun, waktu operasi untuk aktiviti tertentu mungkin berbeza. Anda disarankan untuk menyemak jadual aktiviti dan waktu operasi terkini di laman web rasmi atau menghubungi pengurusan sebelum membuat lawatan.
Dah tahu apa yang menanti anda di Paradise 101 Langkawi, jangan tunggu lagi! Rancang percutian anda, buat tempahan, dan bersiap sedia untuk menjelajahi syurga yang indah ini.
Paradise 101 Langkawi menunggu anda dengan tangan terbuka, siap untuk menyambut anda ke dalam pelukan keindahan dan keriangan yang tiada henti. Semoga percutian anda di sini akan menjadi pengalaman yang menakjubkan dan akan meninggalkan kesan indah buat selamanya.
Alamat: Jalan, Lot 57, Seksyen (HSM) 10DR744, MUKIM, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00am-11:00pm)
Media Sosial: Facebook | Instagram
1. Adakah kanak-kanak dibenarkan untuk melakukan sukan air?
Umur minimum bagi kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam semua aktiviti sukan air ialah 8 tahun dan mesti ditemani oleh seorang dewasa.
2. Bolehkah saya membawa makanan dan minuman dari luar?
Membawa makanan dan minuman dari luar adalah dilarang sama sekali.
3. Adakah Paradise 101 Langkawi menawarkan pakej atau diskaun untuk kumpulan yang besar?
Ya, Paradise 101 Langkawi menawarkan pakej dan diskaun khas untuk kumpulan yang besar seperti rombongan pelajar, kelab sukan, atau syarikat. Anda boleh menghubungi pengurusan untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini dan cara untuk membuat tempahan.