Pasar Seni | Pusat Tarikan Pelancong Yang Memaparkan Budaya Malaysia

Seni merupakan antara kriteria penting dalam sesuatu tamadun. Ia bukan sahaja mencerminkan kemahiran dan kehalusan seni seseorang artist, malah ia juga mencerminkan sesuatu budaya.

Tidak kira melalui seni luki, seni pertunjukan (performance art), mahupun muzik dan kraftangan, seni mampu memberi kefahaman tentang sesuatu budaya.

Bagi kita rakyat Malaysia, budaya masyarakat berbilang kaum menghasilkan pelbagai hasil seni. Untuk melihat kepelbagaian ini, datanglah ke Pasar Seni Kuala Lumpur, atau lebih dikenali sebagai Central Market. Pada awal penubuhannya pada tahun 1888, Central Market mulanya merupakan sebuah pasar basah. Kini ia sudah berkembang menjadi hub seni tanah air yang tersohor.

Bangunan berunsur art deco ini menawarkan pengalaman membeli-belah hasil seni dan kraftangan yang bukan sahaja unik, malah memberi kefahaman tentang budaya orang Malaysia.

Menjadi tempat wajib untuk para pelancong, pasar seni juga sentiasa dipenuhi dengan orang lokal kita. Lebih 300 kedai handicrafts, tekstil dan cenderahati, antara yang istimewa di sini ialah kedai melukis batik, kedai henna dan kedai kaligrafi cina.

Pasar Seni Central Market Kuala Lumpur - Wau Dan Batik
Sumber: @nikkirob8

Di sini juga ada satu kedai kasut di mana pembuatnya merupakan anak didik Dato’ Jimmy Choo tau. Pasar Seni juga merumahkan beberapa galeri seni dan muzium seni ilusi 3D. Anda juga akan dihiburkan dengan pertunjukan dan tarian di sini. Jika anda ingin mendapatkan potret wajah anda dan keluarga, boleh datang ke sini juga.

Kedai-kedai makan yang ada di sini juga merupakan dari pelbagai bangsa. Makanan seperti roti canai, nasi ayam, Mua chi dan ais kacang senang dijumpa di sini. Kasturi Walk yang dibuka pada tahun 2011 menawarkan suasana Al-fresco di mana anda boleh menikmati pelbagai juadah di kedai-kedai sepanjang jalan.

Anda boleh sampai ke sini dengan mudah sekali. Dengan perkhidmatan bas seperti bas goKL dan bas KL-hop-on-hop-off, kenaikan awam LRT, atau jalan kaki sahaja dari Petaling Street yang berdekatan dengan Pasar Seni ini, sangat mudah dan convenient untuk semua.

Pasar Seni Central Market Kuala Lumpur - Mural On the Wall
Sumber: @samar.malaysia

Dunia seni Malaysia yang penuh warna-warni semuanya di Pasar Seni Kuala Lumpur. Pastikan anda ikuti laman media sosial Pasar Seni di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini. Pasar Seni kebanggaan rakyat Malaysia.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Central Market, Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: 10am-6pm (setiap hari)[/su_tab][/su_tabs]

4.5/5 - (2 votes)