Kepulauan Borneo memang sangat terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang dijaga rapi dan kekal terpelihara sehingga hari ini.
Walaupun ramai yang datang bercuti ke Sarawak akan menyangkakan Kuching sudah menjadi kotaraya modern, hakikatnya sebahagian dari Kuching tetap kekal dengan identiti alaminya.
Untuk sebuah percutian menarik dalam hutan Borneo di Kuching, kami ingin memperkenalkan Permai Rainforest Resort. Mari kami kongsikan serba sedikit tentang pusat percutian ini.
Latar Belakang
Di sempadan Laut Cina Selatan, di dalam hutan di Gunung Santubong, Permai Rainforest Resort telah pon beroperasi sejak tahun 1990. Permai Rainforest Resort merupakan sebuah pusat percutian dengan konsep Treehouse dan Log Cabin.
Kerana ia terletak di dalam hutan di Gunung Santubong, rekaan resort ini sangat menarik dan tersendiri.
Memastikan ia tidak mengganggu biodiversity dan kehidupan alam di sini, eco-resort ini juga menyediakan banyak aktiviti outdoor dan nature yang menarik untuk sebuah percutian yang cukup istimewa.
Penginapan
Penginapan yang disediakan di Permai Rainforest Resort ini terbahagi kepada 2 jenis bilik; Treehouse dan log cabin.
Treehouse
Bilik jenis treehouse ini merupakan bilik yang dibina 20 kaki dari aras tanah. Seperti zaman kanak-kanak kita apabila berangan-angan tentang bermain di rumah atas pokok, bilik treehouse di Permai Rainforest Resort ini memang dibina di kalangan pokok-pokok tinggi dan menghijau.
Memuatkan sehingga 2 orang dewasa, bilik jenis ini lengkap dengan bilik mandi persendirian, penghawa dingin, kemudahan asas seperti set membuat kopi/teh, tuala dan peralatan toiletries.
Pilihan tepat untuk para pasangan yang ingin mencari ketenangan, reconnect atau saja ingin bermalam dalam suasana yang romantis, ataupun golongan berkeluarga yang inginkan suasana berlainan, treehouse di Permai Rainforest Resort ini memang sangat popular di kalangan pengunjung.
Log Cabin
Log Cabin merupakan jenis bilik yang berkonsep rumah dalam hutan. Terbahagi kepada bilik 1 tingkat atau 2 tingkat, ia menjadi pilihan kepada golongan yang datang secara berkumpulan atau bersama keluarga besar. Setiap kabin 1 tingkat mempunyai 2 bilik tidur yang dilengkapi dengan 3 biji katil. Jadi, setiap unit 1 tingkat ini boleh memuatkan sehingga 6 orang.
Dengan ruang tamu yang selesa, unit ini juga lengkap dengan bilik mandi yang berasingan dengan toilet, kemudahan membuat kopi/teh, peti ais dan air panas untuk mandi. Namun, hanya 3 unit 1 tingkat ini lengkap dengan penghawa dingin, jadi pastikan anda suarakan keperluan ini ketika membuat tempahan.
Hanya 1 unit log cabin ini adalah 2 tingkat. Bilik ini dapat memuatkan sehingga 10 orang. Hanya bilik tidur di tingkat atas yang berpenghawa dingin. Ia juga dilengkapi dengan 2 bilik mandi. Satu di tingkat bawah, dan 1 di tingkat atas.
Tapak kemah
Bagi yang lebih adventurous dan mahukan sesuatu yang berbeza, Permai Rainforest Resort turut menyediakan sebuah tapak kemah dekat hujung resort ini.
Memuatkan sehingga 80 campers, tapak kemah ini turut dilengkapi dengan bilik mandi, toilet dan pencahayaan. Ia menjanjikan pengalaman bercuti yang tenang, aman dan damai di mana si pengembara dapat satukan diri dengan alam semulajadi. Anda perlu membawa peralatan kemah dan sleeping bags tersendiri ya.
Fasiliti
Permai Rainforest Resort lengkap dengan pelbagai fasiliti untuk memberikan anda pengalaman bercuti yang sempurna. Ini termasuk:
- Shuttle servis
- Keperluan BBQ
- Dewan serbaguna
- Cafe
- Kolam Dalam hutan
- WiFi Di kafe, reception dan Dewan
- Pondok istirehat
- Karaoke dan DJ
- Letak kereta Percuma
- Sewaan tempat memasak
- Kedai serbaneka
Aktiviti
Merupakan tempat original team building, Permai Rainforest Resort menyediakan senarai aktiviti yang cukup mengagumkan. Pelbagai aktiviti outdoor yang mereka sediakan khas untuk anda.
Anda boleh memilih antara aktiviti yang santai dan relaks atau aktiviti yang lebih mencabar dan lasak. Ada aktiviti dalam air dan aktiviti di darat. Banyak, kan pilihan?
- Nature walk
- Night walk
- Treasure hunt
- Wall climbing
- Flying fox
- Permainan pantai
- Bako National Park
- Berbasikal
- Paddleboards berdiri
- Melihat ikan lumba-lumba dan Pulau Satang
- Melihat burung
- Tour kawasan paya petang
- Snorkelling
- Melihat Buaya
- Kayak Malam
- Memanjat Gunung Santubong
- High ropes course
Walau apa pun pilihan anda, yang pasti ianya sentiasa dirancang dengan baik.
Itu dia informasi yang boleh kami kongsikan kepada anda tentang Permai Rainforest Resort. Memang ianya sebuah pusat percutian yang luarbiasa. Jadi, pastikan anda pertimbangan Permai Rainforest Resort untuk percutian anda di Kuching, di masa akan datang.
Media Sosial: Facebook | Instagram | Laman Web
Alamat: Teluk Penyuk, Jalan Sultan Tengah, Santubong, 93050 Kuching, Sarawak