Planetarium Negara bukanlah satu tempat lawatan yang baru, bermula sejak tahun 1993 lagi. Namun, dengan usaha dan kerja keras untuk sentiasa memperbaharui dan upgrade pusat ini, Planetarium Negara tetap menjadi destinasi pilihan sehingga hari ini.

Planetarium Negara merupakan satu tempat pembelajaran tidak formal tentang ilmu astronomi dan sains. Dengan perkembangan teknologi terkini, Planetarium Negara juga telah menambah baik cara penyampaian dan perkhidmatannya.

Tentu anda tertanya-tanya, apa yang ada di sini? Dengan keluasan 11,000 meter persegi, banyak yang disediakan di sini.

Malah, sebelum pandemik, lawatan dari sekolah-sekolah dari seluruh Malaysia tidak putus-putus. Tapi, tak perlu tunggu lawatan sekolah, anda boleh datang membawa anak-anak dan keluarga tersayang untuk lawat Planetarium Negara bila ada masa terluang.


Antara tarikan yang ada di sini termasuk, pameran angkasa, yang merupakan pameran interaktif yang memberikan pengalaman angkasa lepas dengan bilik anti graviti, teater angkasa, panggung wayang yang berbentuk kubah, balai cerap, tempat mempelajari penglihatan teleskop, stesen mikrosatelit, tempat mempelajari komuinakasi melalui satelit dan radio, dan juga taman rekreasi yang berbagai tema.


Untuk maklumat lanjut dan virtual tour Planetarium Negara, anda boleh klik di sini. Harga tiket untuk aktiviti-menarik di sini adalah seperti berikut:
Harga warganegara | Dewasa | Kanak-kanak |
Galeri | Percuma | Percuma |
Tayangan Planetarium | RM6 | RM4 |
Space Pods | RM12 | RM8 |


Bagi anda yang berminat dengan ilmu astronomi atau anak-anak yang menyimpan impian untuk menjadi seorang astronaut, Planetarium Negara pasti membangkitkan semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan dunia angkasa lepas.

Pengalaman belajar yang menyeronokkan, menarik dan luarbiasa ini perlu dicuba walaupun sekali.
Baca: KidZania Kuala Lumpur | Destinasi Untuk Si Kecil Berhibur Sambil Belajar
No. Telefon: +603-2273 4303
Media Sosial: Facebook | Instagram | Laman Web | Twitter
Selasa-Ahad | 9.00am-4.30pm |
Isnin | Tutup |
Cuti Umum terpilih (Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Hari Wilayah Persekutuan, Hari Pekerja, Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong) | Tutup |