Setelah lama terkurung di rumah akibat PKP tentu ramai yang terfikir untuk pergi melancong bukan? Sebut sahaja ingin pergi bercuti, Pulau Langkawi pasti menjadi destinasi pilihan.

Tentu anda sudah terbayang keindahan pantai dan pemandangan alam semula jadinya yang saujana mata memandang. Tetapi, ramai yang masih berjaga-jaga dan untuk mengelakkan dari bersesak-sesak dengan orang ramai, mencari penginapan yang lebih private dan eksklusif.

Jangan risau anda boleh lihat dan nilai sendiri  senarai 9 Villa di Langkawi dengan Kolam Renang Peribadi (Private Pool) yang kami senaraikan di bawah untuk membantu anda merancang percutian kayangan yang luarbiasa.

1. La Villa Langkawi

Berada pada carta teratas destinasi pilihan pengunjung untuk ke Langkawi, tentunya La Villa ini menjanjikan pengalaman yang tidak mudah dilupakan.

Walaupun terletak di lokasi yang agak terpencil kerana ingin memastikan privasi pelanggannya lebih terjaga, tetapi akses jalan ke Pantai Chenang hanya 5 minit dari sini.

La-Villa-Langkawi-2
Sumber: @lavillalangkawi

Jadi anda tidak perlu bimbang! Villa ini juga lengkap dengan kolam renang peribadi yang cantik, kemudahan dapur sempurna, bilik berhawa dingin, ruang tamu dan ruang makan yang luas, tambahan pula terdapat rainfall shower di bilik air dan televisyen LCD yang memberi akses kepada lebih 100 saluran, percayalah, anda pasti tidak mahu meninggalkan bilik anda di villa ini.

La Villa Langkawi - Pool Peribadi
Sumber: @lavillalangkawi

Apa yang lebih istimewa ialah pemandangan luar bilik yang menyajikan keindahan jelapang padi dan gunung ganang yang sungguh cantik. Siap sedia dengan kamera ya untuk ambil banyak gambar menarik!

πŸ“ AlamatπŸ’² Harga Tiket
Alamat: Jalan Pantai Tengah, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah
Harga untuk 1 malam:Β  Bermula daripada RM423++/seorang

2. Ambong Pool Villas

Penginapan yang seterusnya adalah Ambong Pool Villa. Kerana Villa ini terletak di atas bukit, anda dapat melihat Pulau Andaman serta pulau-pulau kecil terus dari tingkap bilik tidur anda.

Ambong Pool Villas Langkawi (7)
Sumber: @AmbongPoolVillas

Tempat ini juga sesuai bagi mereka yang gemarkan privasi atau merancang untuk berbulan madu kerana villa yang ditawarkan terhad cuma sembilan buah villa ekslusif sahaja.

Ambong Pool Villas Langkawi (11)
Sumber: @AmbongPoolVillas

Istimewanya disini ialah, setiap villa dihiasi dengan kolam renang peribadi sepanjang 12 meter serta ruang istirehat yang berkonsepkan moden kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri alam semula jadinya.

Ambong Pool Villas Langkawi (8)
Sumber: @AmbongPoolVillas

Bukan itu sahaja, anda juga boleh bersantai di dalam tab mandi outdoor yang disediakan sambil menikmati landskap alam yang cukup menenangkan.

Hiasan dalaman dan kemudahan penginapan yang disediakan di villa ini juga serba mewah berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Tunggu apa lagi? Segera buat tempahan di Ambong Pool Villa!

πŸ“ AlamatπŸ’² Harga Tiket
Alamat: Jalan Teluk Baru, 07000 Langkawi, Kedah
Harga untuk 1 malam: Bermula daripada RM1064++/seorang

3. Maneh Villa Langkawi

Percutian yang mendamaikan menanti anda di Maneh Villa Langkawi. Sebuah lokasi peranginan serba mewah dengan hanya sembilan buah villa eksklusif.

Baca: 37 Homestay Di Langkawi Yang Menarik Untuk Percutian Pulau Luarbiasa

Villa yang ditawarkan dilengkapi dengan ruang istirehat luaran yang luas dan kolam renang peribadi yang dihiasi pokok-pokok berkonsepkan villa dalam hutan di sekelilingnya.

Maneh Villa Langkawi (3)
Sumber: @manehvillalangkawi

Siapa sahaja yang bersantai disini untuk berenang atau beriadah pasti berasa nyaman ditemani tumbuhan hijau yang menenangkan.

Maneh Villa Langkawi (1)
Sumber: @manehvillalangkawi

Apa yang membuat pengalaman bercuti disini sangat unik adalah, pengunjung boleh memesan sarapan pagi a la carte dan meminta makanan anda dihidangkan dalam dulang terapung di atas kolam renang peribadi anda.

Maneh-Villa-Langkawi-(4)
Sumber: @lilchefjoy

Lain daripada yang lain bukan? Selain itu, jika anda sukakan aktiviti riadah, anda boleh menyewa basikal dan kayuh dari lokasi villa ke tempat tempat lain yang popular di sekitarnya seperti Underwater World Langkawi. Tentunya seronok dan satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

πŸ“ AlamatπŸ’² Harga Tiket
Alamat: Lot 1240 Kampung Tasik Anak Mukim, 07000 Langkawi, Kedah
Harga untuk 1 malam: Bermula daripada RM895++/seorang

4. Adagaya Villa Langkawi

Belum dapat melancong ke Bali? Jangan risau, Adagaya Villa Langkawi ada untuk menawarkan anda pengalaman bercuti umpama berada di sebuah Villa Idaman di Bali.

Adagaya Villa Langkawi (2)
Sumber: @ceksyaee, @__riniaggr

Villa ini juga tidak kurang hebatnya dengan pelbagai kemudahan moden kontemporari yang disediakan seperti kolam renang peribadi untuk anda berenang sepuasnya tanpa gangguan orang lain.

Adagaya Villa Langkawi (3)
Sumber: @adagayavillalangkawi

Suasananya juga cukup menenangkan dengan keindahan landskap pokok-pokok menghijau yang ditanam di sekeliling villa. Bukan itu sahaja, ruang tamunya yang luas dihiasi cantik bertemakan tropikal dan kemudahan dapur yang lengkap untuk anda memasak bersama pasangan anda bagi mereka yang sedang berbulan madu atau menyambut ulangtahun perkahwinan. Sungguh romantik!

πŸ“ AlamatπŸ’² Harga Tiket
Alamat: Lot 91, Kampung Bohor Darat Benta, 07000 Langkawi, Kedah
Harga untuk 1 malam: Bermula daripada RM451++/seorang

5. The Ritz Carlton Langkawi

The Ritz Carlton Langkawi merupakan pilihan ramai orang kenamaan dan selebriti kerana elemen serba mewah yang ditonjolkan serta kemudahan hospitaliti bertaraf dunia.

Dibina di dalam kawasan hutan dara yang berusia 10 juta tahun menjadikan tempat peranginan ini nyaman dengan bunyian ombak dikelilingi pokok-pokok hijau.

The Ritz Carlton Langkawi (2)
Sumber: @theritzcarltonlangkawi

Setiap bilik dan villa yang ditawarkan menjanjikan layanan eksklusif bersesuaian dengan harganya seperti pakej Rainforest Villa, Beach Villa dan Ocean Front Villa.

Selain mempunyai kolam renang peribadi lengkap dengan ruang istirehat luaran yang luas, vila-vila disini diperincikan dengan hiasan konsep ala tradisi tempatan serta mempunyai ruang tamu dan bilik mandi yang berasingan. Sememangnya satu pengalaman mewah yang tidak mungkin anda lupakan!

πŸ“ AlamatπŸ’² Harga Tiket
Alamat: Jalan Pantai Kok, Teluk Nibung, 07000 Langkawi, Kedah
Harga untuk 1 malam: Bermula daripada RM 3250++/seorang

6. The Datai Langkawi

Bagi pasangan yang baharu saja berkahwin dan masih tercari-cari destinasi bulan madu, kunjungilah The Datai Langkawi. Terkenal sebagai pusat peranginan 5 bintang yang sudah pastinya cantik dan serba mewah, dapat menangkap hati sesiapa saja yang melangkah  masuk ke resort ini.

The Datai Langkawi (3)
Sumber: @jerseychong⁠, @ellie.darracott

Apa yang menjadikan tempat ini unik, terdapat dua jenis vila yang ditawarkan iaitu Rainforest pool vila dan Beach Vila yang mempunyai saiz private pool yang berbeza.

The Datai Langkawi (4)
@thedatailangkawi

Beach Vila mempunyai private pool yang bersaiz besar sesuai untuk anda bawa ahli keluarga untuk bercuti dan mandi-manda, jauh daripada kekacauan orang lain. Lagipun, view dari vila ini menghadap laut yang tenang.

The Datai Langkawi (2)
@thedatailangkawi

Manakala Rainforest Vila pula menonjolkan persekitaran yang lebih intim kerana binaannya dikelilingi alam semula jadi.

Apa pun pilihan anda, jangan bimbang kerana kedua-dua vila ini mengetengahkan konsep elemen kayu dan dipadankan dengan suasana hutan pasti menjanjikan ketenangan kepada setiap pengunjungnya. Bila lagi nak rehatkan minda daripada kesibukan bandarkan? Inilah masanya!

πŸ“ AlamatπŸ’² Harga Tiket
Alamat: Jln Teluk Datai, 07000 Langkawi, Kedah
Harga untuk 1 malam: Bermula daripada RM 3976++/seorang

7. Villa Paddy

Villa Paddy ini bersesuaian dengan nama yang diberi kerana ia terletak di dalam kawasan sawah padi yang terbentang luas.

Anda juga dapat merasai pengalaman berenang bersama orang yang tersayang di dalam private pool sendiri sambil melihat matahari terbenam secara langsung ditemani suasana alam semula jadinya yang sungguh mendamaikan.

Villa Paddy Langkawi (2)
Sumber: @VillaPaddy88

Jangan lupa ambil gambar untuk merakam kenangan indah ini! Selain itu, tarikan utama lain di Villa Paddy ini ialah kerana lokasinya strategik untuk anda berjalan-jalan ke bandar.

Villa Paddy Langkawi (3)
Sumber: @VillaPaddy88

Anda juga boleh mengunjungi Buffalo Park, Taman Mardi Langkawi dan jika sukakan lebih cabaran, cuba naik kereta kabel yang sememangnya tidak jauh dari kawasan vila ini. Dengan harganya yang cukup berpatutan, pasti anda tidak akan rugi untuk meluangkan masa dan bercuti bersama dengan yang tersayang di tempat yang cantik ini.

πŸ“ AlamatπŸ’² Harga Tiket
Alamat: Lot 2076, Jalan Ulu Melaka, Kampung Bukit Hantu, 07000 Langkawi, Kedah
Harga untuk 1 malam: Bermula daripada RM650++/seorang

8. Villa Tiga (v3) Datai Valley

Jika tadi kita fokus kepada keunikan vila dikelilingi sawah padi, kali ini Vila Tiga Datai pula menjanjikan suasana berbeza yang pastinya menarik iaitu vila di dalam dusun, khusus buat mereka yang lebih gemarkan elemen tradisi tempatan.

Villa Tiga - V3 at Datai Valley (2)
Sumber: Villa Tiga Langkawi

Apa yang lebih mengujakan, villa ini pada pandangan luarnya cukup tradisional tetapi jika melangkah masuk saja ke dalam, pengunjung disambut dengan hiasan dalaman ala Bohemian yang moden berlatar belakangkan perabot berwarna putih. Vila ini Turut menawarkan private pool di sini, iaitu di bahagian tengah di antara dua vila yang berbeza.

Villa Tiga - V3 at Datai Valley (1)
Sumber: Villa Tiga Langkawi

Saranan kami, jika anda ingin jadikan kolam tersebut sebagai private pool tanpa dikongsi dengan pengunjung yang lain, tempahlah dua vila sekali gus dan bawa bersama ahli keluarga yang lain untuk bercuti sambil beriadah disini.

Tentu banyak aktiviti boleh dijalankan bersama dengan kawasannya yang luas dan selesa, bertemankan suasana kampung yang sememangnya cukup menarik. Lain dari yang lain bukan?

πŸ“ AlamatπŸ’² Harga Tiket
Alamat: 07000 Langkawi, Kedah
Harga untuk 1 malam: Bermula daripada RM400++/seorang

9. Rumah Bendang

Langkawi dan pemandangan sawahnya berpisah tiada. Cukup sesuai dijadikan tempat penginapan untuk temasya hari keluarga contohnya, kerana penempatan ini boleh dimuatkan sehingga 15 orang.

Anda juga boleh berenang sambil menikmati suasana bendang di private pool yang berada di bahagian luar vila. Setelah penat berenang, anda boleh minum petang sambil berehat di ruang gazebo kayu yang dibina bersebelahan kolam renang.

Jika anda bernasib baik anda dapat melihat petani melihat petani membajak sawah bersama kerbaunya. Tentunya pengalaman yang cukup mengujakan apatah lagi bertemankan satu cawan kopi panas!

Konsep rumah bendang ini pun tidak kurang hebatnya, ingin mengekalkan suasana tradisi dengan elemen batu bata dan kayu supaya pengunjung dapat berasa hampir dengan alam semulajadi.

πŸ“ AlamatπŸ’² Harga Tiket
Alamat: Lot 386, B1, Kampung Lubok Setol, 07000 Langkawi, Kedah
Harga untuk 1 malam: Bermula daripada RM2000++/seorang

Baca:Β 37 Homestay Terbaik Di LangkawiΒ 

Bolehlah anda semak senarai 9 Villa terbaik dengan kolam renang peribadi yang terdapat di Langkawi ini sebelum merancang percutian anda bersama yang tersayang. Selamat bercuti!

Lihat Destinasi, Penginapan & Tempat Makan Terbaik Di Langkawi
DEstinasi
Hotel
Makan
5/5 - (1 vote)