Putrajaya Challenge Park | Tempat Riadah dan Sukan Untuk Semua Lapisan Masyarakat

Putrajaya Challenge Park - Gambar Luar

Putrajaya yang semakin dinaik taraf dengan pelbagai tarikan dan tempat-tempat menarik kini menawarkan Putrajaya Challenge Park sebagai tempat riadah dan sukan untuk semua lapisan masyarakat.

Lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti extreme dan sukan lasak, pusat riadah ini lebih sesuai buat anak muda.

Putrajaya Challenge Park - Gambar dua pelawat memanjat batu
Sumber: elkaelza

Baca: Glamping di Glow Putrajaya

Namun, bagi golongan yang sudah berkeluarga, dialu-alukan untuk hadir dan melakukan aktiviti-aktiviti sihat bersama.

Putrajaya Challenge Park - Seorang Pelanggan Sedang Skating
Sumber: frznaisml

Lokasi

Putrajaya Challenge Park terletak di Precinct 5, Putrajaya. Taman berkeluasan 30.3 hektar ini bersempadan dengan South Park yang terletak di Precinct 20.

Putrajaya Challenge Park - Gambar Luar Kompleks
Sumber: Mark Tian

Terbahagi kepada 3 bahagian, taman yang dibuka sejak tahun 2009 lagi ini adalah di bawah pengurusan Perbadanan Putrajaya dan menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Tarikan & Aktiviti

Putrajaya Challenge Park ini menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang berunsurkan sukan dan kesihatan. Ada 3 bahagian di taman ini, iaitu:

  • Kompleks Rock Climbing
  • Skate Park & Thrill Park
  • Trail Mountain Bike

Mari kita lihat apa yang ada di setiap bahagian!

Kompleks Rock Climbing

Kompleks rock climbing ini merupakan sebuah kompleks yang menawarkan aktiviti rock climbing secara indoor. Dengan keluasan 2,100 kaki persegi, kompleks ini dipenuhi dengan banyak dinding memanjat yang berbentuk trapezoid.

Putrajaya Challenge Park - Aktiviti Rock Climbing Yang Disediakan
Sumber: linanana3

Ada yang mencecah ketinggian 20 meter atau setinggi bangunan 5 tingkat. Tinggi, betul! Tetapi jangan risau, terdapat 6 zon di sini yang dapat anda cuba mengikut tahap kemampuan dan kepakaran masing-masing. 6 zon tersebut ialah:

  • Zone A – Expert Bouldering Wall
  • Zone B – Beginner Bouldering Wall
  • Zone C – Expert Lead Wall
  • Zone D – Top Roping Wall
  • Zone E – Speed Climbing Wall
  • Zone F – Intermediate Lead Wall

Zon-zon ini tidak dibenarkan untuk kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah. Tapi terdapat satu bilik khas untuk si kecil mencuba aktiviti ini dengan suasana yang lebih selamat. Dinding memanjat untuk kanak-kanak ini lengkap dengan lantai yang dilitupi span tebal untuk keselamatan kanak-kanak.

Harga untuk melakukan aktiviti wall climbing di sini sangat berpatutan. Bayaran untuk masuk dan sewaan kelengkapan adalah seperti berikut:

Bayaran masuk DewasaRM6
Bayaran masuk Kanak-kanakRM3
Sewa Tali MemanjatRM15
HarnessRM5
Sewa Kasut MemanjatRM7
Beg KapurRM3
Alarm BelayRM4

Selalunya, jika anda datang berkumpulan, anda boleh berjimat dengan berkongsi alatan. Tak perlu sewa banyak-banyak. 

Waktu Operasi kompleks Rock Climbing:

Isnin, Selasa, Khamis & Ahad10am-8pm
Rabu, Jumaat & Sabtu10am-10pm
Tutup pada hari Jumaat 12.30pm-3pm

*Challenge Park tutup pada setiap Isnin Pertama dan Ketiga setiap bulan

Di sini, mereka turut menawarkan latihan untuk mempelajari teknik memanjat yang betul. Latihan dan kelas ini dibawakan oleh Cross Move Technical Climbing Coaching Service dan terbahagi kepada:

  • Beginner
  • Intermediate
  • Expert

Untuk dapatkan pakej latihan bersama mereka, anda boleh hubungi mereka melalui:

Skate Park & Thrill Park

Bagi peminat sukan-sukan extreme seperti papan luncur, BMX, kasut beroda dan stunt rider, boleh ke bahagian kedua taman ini. Tarikan utama tentunya skate park yang dibina menggunakan konkrit dan beralun dan berbukit.

Putrajaya Challenge Park - Skate Park
Sumber: Faizal Sapari

Permukaan skate park ini dipastikan licin dan sekata untuk pengalaman meluncur yang baik. Tarikan kedua pula ialah trek yang dilakar di kawasan berumput. Trek ini khas untuk BMX dan stunt rider dan mempunyai aktiviti-aktiviti seperti:

  • Pump Track
  • Dirt Jump
  • North shore
  • Slopestyle Jump

Sewaan basikal ada disediakan di sini dan kemasukan kawasan ini adalah percuma. Waktu Operasi skate park & thrill park di sini adalah seperti berikut: 

Isnin-Khamis 10am-7pm
Jumaat-Ahad10am-11pm
Putrajaya Challenge Park - Skate park terbuka untuk kanak kanak
Sumber: muneer.othman

Trail Mountain Bike

Baki lagi 30 hektar taman ini merupakan trail Mountain bike. Jika anda peminat aktiviti berbasikal, tentu pernah dengar tentang mountain bike. Mountain bike merupakan sejenis basikal khas yang digunakan untuk ditunggang melalui kawasan berbukit dan hutan.

Putrajaya Challenge Park - Tempat Dirt Bike Yang Lasak Downhill Bike
Sumber: Vince Tan

Di Putrajaya Challenge Park ini, pernah dinobatkan sebagai trail terbaik Asia kerana laluannya yang teknikal ini merentasi hutan yang dulunya kebun getah dan kelapa sawit. Trail sepanjang 9.1km ini cukup mencabar sebenarnya. Tetapi, ia terbahagi kepada bahagian mudah, sederhana dan mencabar, termasuk:

  • XC Loop
  • Core Trail Loop
  • Free Cross
  • Slopestyle line
  • Downhill
  • Downhill Fun Ride
Putrajaya Challenge Park - Gambar Aktiviti Downhill Bike
Sumber: @aim_fauzi, @mydirtdiaries

Sewaan basikal mountain bike serta kelengkapan keselamatan juga terdapat di sini. Kemasukan adalah percuma. Ia beroperasi setiap hari dari jam 10am hingga 7pm.

Lain-lain

Buat anda yang ke sini tetapi mungkin mahukan aktiviti yang lebih santai, anda boleh menggunakan laluan-laluan di Putrajaya Challenge Park ini untuk aktiviti seperti jogging, power-walking dan berjalan-jalan sambil menikmati udara segar.

Putrajaya Challenge Park menggalakkan aktiviti dan gaya hidup yang sihat dan aktif. Datanglah ke Putrajaya Challenge Park bersama keluarga tersayang dan beriadah bersama!

Media Sosial: Facebook

Alamat: Jalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya