Refarm Kampar | Percutian Dalam Suasana Ladang Di Perak

Mesti anda familiar dengan lagu Old McDonald Had a Farm, sejenis lagu zaman kanak-kanak, kan? Pernahkah anda terfikir apakah rasanya menjadi seorang peladang atau penternak?

Refarm Kampar Perak - Gambar Kolam
Sumber: Aisyah Sidek

Kalau terasa nak cuba pengalaman luarbiasa di ladang, jom lah ke Refarm Kampar yang menawarkan sebuah percutian dalam suasana ladang untuk seisi keluarga.

Lokasi

Terletak di Kampar, Perak, ladang rekreasi Refarm terletak lebih kurang 4 kilometer dari Bandar Tapah, bersebelahan dengan jalan menuju ke Temoh.

Refarm Kampar Perak - Depan Resort Nampak
Sumber: LR VLOG

Dengan keluasan sebesar 26 ekar ini menawarkan pengalaman di ladang yang cukup unik. Bagi anda yang ada anak-anak kecil, pengalaman ini pasti akan membuatkan mereka cukup teruja.

Refarm Kampar Perak - Papan Tanda

Refarm ini dikelilingi oleh kawasan berbukit dan hutan. Malah, air terjun dalam kawasan tersebut merupakan punca air penting buat ladang ini.

Refarm Kampar Perak - Gambar Bot
Sumber: marwan yaacob

Refarm mengamalkan, mengajar dan mempromosikan gaya hidup sustainable dan mesra alam. Menggunakan sumber-sumber alami untuk menternak haiwan serta menanam sayuran dan tumbuhan.

Refarm Kampar Perak - Terowong
Sumber: refarm.perak

Penginapan

Buat pengetahuan anda, Refarm terbuka untuk lawatan harian dan juga lawatan overnight atau penginapan. Oleh itu, mereka turut menyediakan bilik-bilik penginapan yang bukan sahaja selesa tetapi cukup menarik. Antaranya ialah:

Refarm Kampar Perak - Penginapan Dan Kolam Renang
Sumber: refarm.perak
  • The Cave – bilik berukuran 7 kaki X 7 kaki dan berbentuk bulat ini sesuai buat tetamu berpasangan atau 2 pax.
  • The Brick – bilik ala dormitory yang boleh memuatkan hingga 6-7 pax.
  • The Cabin – bilik berkonsep kontainer yang boleh memuatkan sehingga 4 pax.
  • Villa – villa 2 bilik yang boleh memuatkan 6 pax. 
  • Villa (4 pax) – villa 2 tingkat yang boleh memuatkan 4 pax.
  • Hotel Suite Double Deluxe – bilik hotel mewah memuatkan 2 pax.
  • Hotel Suite Family Suite – bilik suite keluarga yang memuatkan sehingga 5 pax.
Refarm Kampar Perak - Penginapan
Sumber: refarm.perak

Bilik-bilik di sini lengkap dengan kemudahan dan fasiliti yang akan membuatkan penginapan anda lebih selesa seperti mini bar, peti sejuk, toiletries dan lain-lain.

Aktiviti

Refarm Kampar Perak - Gambar Kolam Renang
Sumber: Sir Hakim AlBerlisi

Objektif Refarm adalah untuk menawarkan pengalaman yang jauh berbeza dari kehidupan harian dan membolehkan anda merehatkan diri dari gaya hidup bandar yang sentiasa sibuk dan penuh dengan tekanan.

Refarm Kampar Perak - Kolam renang Kongsi

Jadi, antara aktiviti-aktiviti yang mereka sediakan di sini termasuk:

  • Kolam renang
  • Berbasikal
  • Kebun Organik
  • Menyauk ikan
  • Bermain layang-layang
  • Jogging
  • Pedal bot
  • Jungle trekking
  • Berkemah
  • Menoreh getah
  • Mengumpul madu
  • Taman haiwan

Taman haiwan

Refarm Kampar Perak - Arnab
Sumber: refarm.perak

Bagi kami, yang teristimewa di sini tentulah Taman haiwan mereka di mana anda dan keluarga akan berpeluang untuk memberi makan dan bergaul mesra dengan haiwan ternakan seperti ikan, ayam, itik, kambing, arnab dan kura-kura.

Refarm Kampar Perak - Taman Rusa
refarm.perak

Si kecil pon pasti gembira. Bahagian aktiviti di Refarm ini boleh dilawati sebagai lawatan seharian jika anda tidak menginap di sini.

Refarm Kampar Perak - Gambar Burung Unta
Sumber: Jay Hong

Restoran Refarm

Di Refarm ini juga terdapat sebuah restoran yang mengamalkan konsep farm to table atau dari kebun ke meja makan.

Ini bermaksud setiap bahan-bahan yang dimasak adalah ditanam sendiri di kebun mereka. Bukan sahaja segar, ia cukup enak. Anda boleh menikmati makanan berkualiti tinggi dalam keadaan selesa dan suasana dan pemandangan indah. 

Waktu operasi & Harga Tiket

Ladang rekreasi Refarm dibuka setiap hari dari 9am ke 6pm kecuali hari Selasa. Tiket masuk yang dikenakan ialah RM13 seorang dan hanya dikira untuk golongan 2 tahun ke atas.

Baca: Kuak Hill Resort, Perak | Penginapan Menarik Di Kelilingi Alam Semulajadi

Marilah alami pengalaman bercuti yang cukup berbeza di Refarm Kampar. Kami pasti ia akan membuahkan pelbagai memori indah yang tidak akan dilupakan. Anda juga bolehlah feeling-feeling pekebun dan peladang. Selamat bercuti!

Alamat: Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Perak

5/5 - (1 vote)