
Kalau lauk kampung boleh buat satu Malaysia tunggu slot booking, memang ada sesuatu yang sedang berlaku di Rembayung.
Nama restoran ini memang tengah panas. Bukan panas biasa-biasa. Sejak Khairul Aming umumkan restoran pertamanya di Kampung Baru, ramai terus pasang niat nak cuba sendiri. Ada yang nak rasa masakan kampungnya. Ada yang datang sebab minat Khairul Aming. Ada juga yang sekadar nak tahu, sedap sangat ka sampai nak booking slot pun kena tunggu berbulan?
Rembayung bukan sekadar restoran viral yang muncul sehari dua di media sosial. Ia datang dengan cerita, nama besar, modal yang bukan kecil, dan konsep masakan Melayu yang memang kena dengan selera orang Melayu.
Jadi kalau anda sedang mencari info tentang menu Rembayung, harga makanan, cara booking, lokasi, atau nak tahu berbaloi ke tidak, ini panduan lengkap yang boleh anda baca dulu sebelum pergi.
Apa Itu Rembayung?
Rembayung adalah restoran pertama milik Khairul Aming, influencer makanan dan usahawan yang cukup dikenali melalui video resipi dan gaya masak yang santai dan mudah difahami. Bukan itu saja produknya Sambal Nyet antara sambal instant yang paling laris di Malaysia ini.

Lokasinya pula tidak kurang ikonik, terletak di Kampung Baru yang sudah lama menjadi sasaran pemburu makanan melayu di ibu kota.
Dengan tagline “Masakan Kampung, Citarasa Semua”, restoran berkonsep masakan Melayu dan lauk kampung ini menghidangkan sajian tradisinional melayu kegemaran ramai dalam suasana yang lebih premium, lebih selesa, lebih tersusun, dan sesuai untuk makan bersama keluarga atau kawan-kawan di tengah KL.
Kiranya, kalau anda rindu lauk masak lemak, sambal tumis petai, ulam, sambal belacan, kuih-muih dan hidangan yang sesuai dipadankan dengan nasi putih, Rembayung adalah destinasi selera wajib buat anda.
Menu Rembayung
Menu Rembayung banyak bermain dengan lauk Melayu yang familiar. Bukan makanan yang susah nak faham. Ini makanan yang bila dengar nama pun sudah boleh bayang rasa pedas, lemak, masam, berasap dan cukup menyelerakan.

Antara menu yang banyak disebut ialah:
- Ayam Salai Masak Lemak Cili Api
- Daging Salai Masak Lemak Cili Api
- Udang Sambal Tumis Petai
- Sotong Sambal Tumis Petai
- Ikan Siakap Sambal Berlada
- Ikan Keli Sambal Berlada
- Ayam Kampung Sambal Hijau Petai
- Sayur Masak Lemak Putih
- Terung Sambal Hijau Petai
- Ulam dan Sambal Belacan
- Sambal Tempoyak
Kalau tengok senarai lauk Ini memang tempat khas untuk pencinta makanan melayu tradisional. Pedasnya ada, lemaknya ada, petai pun ada.
Tak lengkap sesi santapan kalau tak diakhiri dengan pencuci mulut dan anda tak akan kecewa dengan pilihan yang ada. Antara yang menarik adalah seperti Cucur Udang, Cekodok Pisang, Tapai Pulut Aiskrim, Pengat Nangka Pulut, kuih-muih dan buah campur asam boi.
Makan menu hiding macam ni memang sesuai dinikmati secara beramai-ramai. Lagi ramai datang, lagi banyak lauk boleh dicuba.
Menu Popular Rembayung
Daripada review awal yang berlegar di media sosial, ada beberapa menu yang tampak mencuri perhatian.

Cucur Udang antara yang banyak disebut. Jenis makanan pembuka selera yang nampak simple, tapi di sini menjadi bintang. Cucur yang rangup dengan udang segar, dicicah pula sos instimewa boleh faham kenapa sajian ini menjadi sasaran.

Pilihan sajian sambalnya juga mejadi pujaan ramai, terutama Udang Sambal Tumis Petai dan Ikan Siakap Sambal Berlada.
Ayam Salai Masak Lemak Cili Api pula sesuai untuk orang yang suka rasa lemak pedas dengan aroma salai.

Untuk sayur pula, ramai memuji Sayur Masak Lemak Putih, Terung Sambal Hijau Petai, Ulam dan Sambal.
Untuk penutup boleh cuba Buah Campur Asam Boi sebagai pencuci mulut yang menyegarkan untuk melengkapkan pengalaman.
Kenapa Rembayung Viral Sangat?
Jujurnya, Rembayung viral bukan semata-mata sebab Khairul Aming popular.
Popular memang satu hal. Tapi kepercayaan orang terhadap jenama Khairul Aming itu yang lebih besar. Bertahun-tahun orang tengok dia masak, kongsi resipi, jual sambal, dan tambah lagi cara berinteraksi dengan pengikutnya yang sangat jujur. Jadi bila dia buka restoran sendiri, ramai sudah ada rasa percaya sebelum masuk pintu restoran pun.
Ini belum masuk lagi elemen kejutan. Rembayung dibangunkan secara agak senyap sebelum diumumkan kepada dunia. Bila orang tahu restoran ini dibina dan jumlah pelaburan yang digunakan, memang bertambahlah perasaan ingin tahu.
Kemudian timbul pula isu tempahan. Suka atau tidak, kalau anda nak makan di Rembayung ada terpaksa booking dulu meja sebab walk-in tidak dibenarkan. Jadi bila slot tempahan cepat penuh ramai berkongsi pengalaman berjaya dapat tempat, hype pun bertambah. Dalam dunia sekarang, bila sesuatu tempat nampak susah nak masuk, lagi ramai pula yang nak cuba.
Begitulah nasib Rembayung. Mula-mula orang ingin tahu. Lepas itu orang berebut nak booking. Kemudian media sosial viral dengan video makanan, resit, review, dan reaksi pelanggan awal.
Lokasi Rembayung Di Kampung Baru
Lokasinya memang menarik sebab Kampong Baru sendiri ada jiwa Melayu yang kuat. Walaupun kawasan ini sudah dikelilingi bangunan tinggi, masih ada nostalgia yang haya dapat ditemui disini. Jadi bila restoran masakan kampung Melayu dibuka di sini, konsep ini padan dengan tempatnya.
Dari kawasan KLCC, Rembayung tidak terlalu jauh. Tapi jangan terlalu yakin, jarak atas peta memang nampak dekat tapi Kampung Baru tak pernah sepi, terutama waktu makan tengah hari, petang, malam, dan hujung minggu, menghadap jam tu wajib.
Kalau malas pening kepala fikir parking, naik e-hailing mungkin pilihan lebih selamat. Apa pun pilihan anda pastikan rancang perjalanan dengan betul untuk mengelakkan daripada terlepas time slot booking anda.
Cara Booking Rembayung
Ini bahagian penting. Jangan main redah.
Buat masa ini, Rembayung menggunakan sistem tempahan online. Berdasarkan laporan semasa, pelanggan perlu membuat booking terlebih dahulu dan walk-in tidak dibenarkan.

Sistem tempahan Rembayung dibuka secara online melalui platform booking yang disediakan. Ada laporan menyebut slot tempahan dibuka setiap hari pada waktu tertentu, kecuali hari Jumaat. Deposit juga dikenakan untuk mengesahkan tempahan.
Jadi sebelum pergi, pastikan anda semak saluran rasmi Rembayung dahulu. Jangan hanya ikut screenshot lama yang dikongsikan di media sosial. Waktu operasi, syarat booking, jumlah minimum pelanggan, jumlah maksimum pelanggan, deposit dan slot makan boleh berubah dari masa ke semasa.
Harga Rembayung Mahal Ke?
Soalan ini memang ramai nak tahu.
Kalau anda bandingkan Rembayung dengan kedai makan tengah hari biasa yang lauk cedok sendiri, ya, Rembayung memang bukan kategori murah. Tapi kalau anda lihat sebagai restoran Melayu moden di tengah Kuala Lumpur, dengan hidangan yang boleh dikongsi dan suasana premium yang lebih selesa, harganya lebih mudah difahami.
Berdasarkan menu yang dikongsikan oleh beberapa pelanggan dan media, lauk utama di Rembayung boleh bermula sekitar belasan ringgit untuk pilihan tertentu dan naik sehingga RM60 lebih untuk hidangan ikan besar seperti siakap atau bawal. Menu seperti ayam salai masak lemak, daging salai masak lemak, udang sambal tumis petai dan sotong sambal tumis petai pula ditengan-tengah.
Untuk minuman dan pencuci mulut, harganya juga lebih dekat dengan restoran dan bukan harga warung.
Jadi apa bajet yang realistic kalau nak makan dekat Rembayung?
Kalau datang berkumpulan dan order beberapa lauk untuk di, sediakan sekitar RM70 hingga RM100 seorang, bergantung pada apa yang dipesan. Macam biasa kalau sekadar datang untuk pengalaman dan order makanan simple tak jauh beza dari restoran lain, tapi kalau anda ambik menu makanan laut bersedialah untuk bayar lebih. Nak kata bajet tak, nak kata kayangan pun tak, tengah-tengah gitu.
Kalau anda berjaya dapat slot Rembayung, anggaplah itu rezeki dapat makan lauk kampung paling viral di KL buat masa ini. Datang dengan selera terbuka dan bersedia untuk menikmati pengalaman menjamu selera yang ramai berebut nak rasa.
Alamat: Lot 2791, Jalan Daud, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 11:00am – 11:00pm
Medial Sosial: TikTok | Facebook | Instagram
FAQ
1. Rembayung boleh walk-in ke?
Berdasarkan laporan semasa, Rembayung menggunakan sistem tempahan online dan walk-in tidak dibenarkan. Pembaca disarankan menyemak saluran rasmi Rembayung sebelum datang.
2. Apa konsep makanan di Rembayung?
Rembayung mengetengahkan masakan Melayu dan lauk kampung seperti masak lemak, sambal tumis petai, sambal berlada, ulam, sambal belacan, kuih-muih dan pencuci mulut tradisional.
3. Harga makanan Rembayung mahal ke?
Rembayung lebih sesuai dianggap sebagai restoran Melayu moden dengan harga pertengahan ke premium. Ia bukan kategori kedai makan bajet harian, tetapi harganya berpatutan jika datang berkumpulan dan berkongsi lauk.