Restoran Al-Mathaam Syed Corner | Nasi Kandar & Nasi Beriyani Power Yang Perlu Anda Cuba!

Hidangan Nasi Kandar adalah antara sajian kegemaran orang Malaysia. Tidak kira bangsa ataupun negeri mana, nasi kandar adalah antara sajian yang cukup sinonim dengan budaya kita.

Namun, seperti semua sedia maklum, hidangan ini datang dari orang utara. Di Ipoh, ada satu restoran yang perlu anda kunjungi untuk mencuba nasi kandar yang terbaik. Restoran ini merupakan restoran nasi kandar yang paling lama beroperasi di Station 18, Ipoh, iaitu Restoran Al-Mathaam Syed Corner.

Sudah menjadi hidangan staple di restoran-restoran mamak, nasi kandar, secara asasnya adalah nasi campur. Bezanya ialah kuah kari campur yang dibanjirkan ke atas nasi putih.

Lauk yang dipadankan bersama nasi putih itu juga terpulang kepada selera dan kesukaan masing-masing. Namun, apa yang membuatkan Restoran Al-Mathaam Syed Corner ini berbeza? Jom, kita kenali bersama!

Tahukah Anda? Matha’am juga dikenali kerana telah diiktiraf halal oleh JAKIM Malaysia dengan pemegang sijil berdaftar atas nombor 20240527 – 101616.

Lokasi

Jika anda sering ke Ipoh, kawasan Station 18 ini tidak asing lagi buat anda. Terletak di bandaraya Ipoh, Station 18 ini merupakan kawasan komersial yang cukup disenangi ramai.

Bukan sahaja mudah buat pengunjung luar negeri kerana mempunyai pelbagai hotel dan penginapan di sini, Station 18 juga digemari oleh penduduk Ipoh sendiri kerana terdapat banyak pusat membeli-belah dan kedai-kedai makan di sini.

Lokasi strategik ini merupakan tapak tetap Restoran Al-Mathaam Syed Corner sejak kemunculan mereka pada tahun 2007 lagi. Senang kata, mereka antara legend di sini dan cukup terkenal dengan hidangan nasi kandar dan nasi beriyani mereka.

Suasana

Restoran Al-Mathaam Syed Corner ini membawakan suasana tipikal mamak. Berbagai bangsa, budaya dan semua lapisan masyarakat selalu berkumpul di sini untuk menjamu selera sambil meluangkan masa bersama. Suasana perpaduan beginilah yang akan anda nikmati apabila berkunjung ke sini. Memang meriah dan havoc tetapi menghiburkan.

Suasana meriah sepanjang hari - Ramai penduduk tempatan memilih Al Matha'am Syed Corner sebagai tempat makan utama di Ipoh

Di sini, anda boleh melihat pelbagai ragam masyarakat Malaysia dan juga para pengunjung dari luar negara yang ingin mengenali budaya kita. Sambil menjamu selera dalam suasana yang bersih dan selesa.

Restoran ini juga menyediakan tempat duduk outdoor dan indoor dan mempunyai satu ruang berhawa dingin supaya anda sentiasa selesa. Maklumlah cuaca di Malaysia ini tidak menentu.

Tarikan Utama: Chennai Briyani yang Tak Muak!

Al Matha’am Syed Corner - Makanan Di Hidang Lazat Dan Segar

Antara menu yang menjadi kegilaan ramai ialah Chennai Briyani yang dimasak menggunakan beras pusar panjang dan paling menarik, tanpa ghee!

Hasilnya? Nasi yang tidak berminyak, ringan dimakan dan buat anda rasa nak tambah lagi dan lagi. Yang uniknya, Chennai Briyani dihidang bersama Yogurt Bawang & Patcheri Terung mesti anda tak pernah rasa lagi kan?

Yang penting, tiada pewarna tiruan atau rempah tambahan. Semua dimasak secara “slow cook” demi mengekalkan rasa asli dan padu. Setiap suapan terasa kaya dengan rasa rempah yang seimbang – bukan sekadar pedas semata-mata.

Nasi Kandar Ayam Madu 20 Rempah

Matha'am Nasi Kandar Ayam Madu 20 Rempah
Nasi Kandar Ayam Madu 20 Rempah

Namanya saja sudah pun memberi gambaran yang cukup menarik buat hidangan istimewa ini. Nasi Kandar dari Restoran Al-Mathaam Syed Corner ini memang digemari ramai. Nasi Kandar dari mereka ini dihidangkan khas bersama ayam madu 20 rempah yang menambahkan lagi nikmat menjamu selera bagi pengunjung.

20 rempah terpilih yang mereka gunakan untuk menghasilkan ayam madu ini membuatkan rasa ayam madu ini benar-benar luarbiasa. Tidak hairanlah ramai yang datang dari jauh semata-mata untuk merasa nasi Kandar Al-Mathaam ini.

Lauk-Pauk Pelbagai, Pilih Sampai Puas

Al Matha’am Syed Corner - Lauk Nasi Biriyani Beraneka Pilihan

Nak lengkapkan nasi anda? Pilihan lauk di Matha’am memang memikat:

  • Kari ayam & ikan
  • Ayam madu 20 rempah
  • Ayam masak bawang
  • Aneka sayuran
  • Telur dan banyak lagi!

Sesuai untuk penggemar Nasi Kandar dan Nasi Beriyani – semua ada!

Aneka Roti

Sajian yang sudah sinonim dengan restoran mamak, roti canai, thosai dan capati juga disediakan di Restoran Al-Mathaam Syed Corner. Hampir semua jenis roti canai yang boleh anda fikirkan ada disediakan di sini.

Namun, yang sering menjadi pilihan ramai ialah roti mozarella cheese nan yang merupakan roti nan yang penuh dengan mozarella Australia ditengahnya. Makan pula dengan sos garlic istemewa dan lauk pilihan anda, lagilah sedap.

Naan Cheese Tarik Mathaam Spesial

Selain itu, roti bakar telur goyang juga sangat popular di sini, terutama sekali untuk sarapan pagi. Tetapi, untuk sesuatu yang lebih spesial, anda boleh cuba roti tisu. Sejenis roti rangup yang dibentukkan seperti kon tinggi ini disalut dengan sirap. Anda mesti cuba apabila datang minum petang di sini.

Sangat menarik. Aneka jenis roti, thosai dan capati di sini cukup berbaloi.

Goreng-goreng & Masakan Panas

Masakan panas dan goreng-goreng ala mamak memang menjadi antara hidangan yang diminati sebilangan besar pengunjung.

Mee Goreng Mamak Garing Istimewa Matha'am

Selain dari menu spesial ini, anda boleh dapatkan segala macam masakan goreng-goreng termasuk nasi goreng, mee goreng, maggi goreng dan lain-lain.

Yang best nya di sini, terdapat 2 jenis masakan panas yang boleh anda dapati iaitu masakan ala mamak atau masakan ala thai. Jadi, anda tak perlu lah susah-susah mencari kedai tom yam jika teringin nak makan masakan Thai.

Nasi Lemak, Rojak & Mee Rebus

Seperti biasa, nasi lemak pasti ada di mana-mana. Maklumlah, makanan favourite orang kita. Selain itu, berbagai jenis rojak juga tersedia di sini. Kalau dah sampai kat kawasan utara ini, pasti anda mencari pasembor.

Nasi Lemak Ayam Goreng Crispy Matha'am Special
Nasi Lemak Ayam Goreng Crispy Matha’am Special

Jangan lupa cuba Pasembor dari Al-Mathaam ini. Mereka juga menyediakan Mee rebus yang juga antara makanan kesukaan ramai.

Minuman

Restoran Al-Mathaam Syed Corner ini menyediakan berbagai minuman kegemaran lokal. Minuman paling top tentulah teh tarik dan kopi o. Namun, jika mahukan sesuatu yang berbeza, bolehlah cuba milo ais mereka yang ditabur dengan serbuk milo diatasnya.

Selain itu, jus buah-buahan juga tidak ketinggalan. Bermacam jenis jus buah yang mereka sediakan dan sebahagian besar adalah jus perahan segar. Harga minuman pon tak lebih dari RM6. Berbaloi sangat lah.

Jangan Lupa Cuba Air “Rare”: Chennai Kuluki Sarbath

Kalau anda jenis suka air yang unik dan menyegarkan, jangan lepaskan peluang cuba Chennai Kuluki Sarbath, minuman berais yang menyegarkan tekak dan cukup “refreshing” bila cuaca panas!

Restoran Al-Mathaam Syed Corner ini memang sesuai untuk dijadikan persinggahan untuk menjamu selera, untuk seisi keluarga. Tidak kira tua, muda atau kanak-kanak, semuanya akan berpuas hati dengan seleksi menu yang luas.

Makanan pon sedap-sedap belaka. Jadi jika anda berada di sekitar Station 18, Ipoh, dipersilakan untuk cuba sendiri. Untuk mencuci mata dengan gambar-gambar makanan yang sedap-sedap dan dapatkan maklumat lanjut tentang promosi terkini, jangan lupa untuk ikuti laman media sosial mereka. Selamat menjamu selera!

Media Sosial: Facebook | Instagram | Tiktok

No Telephone: 013 2602131

Alamat: No. 108, Medan Station18/3, Station 18, Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 6.00am-12.00am (setiap hari)