REXKL | Hab Budaya & Kreatif Berasaskan Komuniti Di Kuala Lumpur

Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, REXKL merupakan satu pusat komuniti dan budaya. Satu masa dahulu, Rex merupakan panggung wayang pertama di Malaysia yang dibina pada tahun 1947 dan dinamakan sebagai Rex Cinemas.

Awalnya ia dibawah pengurusan Shaw Brothers dan kemudian Golden Screen Cinemas. Namun, selepas sebuah kebakaran yang berlaku pada tahun 2002, ia tidak lagi beroperasi sebagai panggung wayang dan ditutup.

REXKL Kuala Lumpur - Gambar Event Area
Sumber: devk6

Pada tahun 2019, satu kumpulan entrepreneur kreatif yang di ketuai oleh Shin Tseng dan Shin Chang mengambil alih bangunan berkeluasan 60,000 kaki persegi ini dan memulakan sebuah movement baru yang mengumpul para seniman dari pelbagai bidang untuk bertapak di sini, menjadikan REXKL sebagai pusat Seni dan budaya di Kuala Lumpur.

Baca: Pasar Seni | Pusat Tarikan Pelancong Yang Memaparkan Budaya Malaysia

REXKL Kuala Lumpur - Gambar Kedai Buku
Sumber: leonidas_arch

REXKL menempatkan beberapa perniagaan, restoran dan lokasi event yang menawarkan interaksi bersama komuniti. Perniagaan seperti DH Paper Art, Outsiders Bikes dan lain-lain, memberikan ruang buat masyarakat membeli-belah dan mengenali gaya hidup yang berlainan.

Restoran-restoran di sini pula bukan sahaja memberikan ruang rehat dan lepak kepada pengunjung sambil mengisi perut, malah, ia juga membenarkan pakar-pakar seni masakan ini memperkenalkan makanan mereka. Anda boleh mencuba beberapa restoran seperti Lauk Paul, Pastalah, Barbacoa dan banyak lagi.

REXKL Kuala Lumpur - Gambar Tempat Makan

Di tingkat-tingkat atas bangunan ini, terdapat lokasi-lokasi event dan pameran. Mereka menawarkan pelbagai acara dan pameran yang mengetengahkan hasil-hasil seni dari seniman tempatan dan antarabangsa.

Baca: Splatter Art Factory Subang Jaya

Ia juga merupakan satu pusat pembelajaran di mana workshop dan bengkel-bengkel yang mengajar skill-skill yang berbeza-beza dari pelbagai aspek seni.

REXKL Kuala Lumpur - Gambar Lukisan Dari Ahli Seni
Sumber: Qasim B

Dari seni lukis ke nyanyian, lakonan ke pembuatan kraf, banyak sungguh yang anda boleh pelajari dan kongsi di sini. Untuk maklumat terkini tentang bengkel-bengkel dan acara yang sedang berlangsung di REXKL, pastikan anda ikuti mereka di Facebook dan Instagram.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: 80, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: 10am-10pm (Selasa-Ahad, tutup pada hari Isnin)[/su_tab][/su_tabs]

5/5 - (1 vote)