Rollerskate K-Style Di Rollerwa One Utama

Malaysia sudah mengikut aliran hallyu atau K-wave sejak tahun 2000-an. Dengan kemasukan drama-drama Korea dan kenaikan populariti K-pop, Malaysia boleh dikatakan peminat fanatik Korea.

Jadi, buat anda yang minat dengan budaya Korea, berita baik! Rollerwa kini dibuka di One Utama Shopping Centre.

Rollerwa merupakan sejenis gelanggang kasut roda atau rollerskate yang berasal dari Korea. Sejak 23 Disember 2021 yang lalu, Rollerwa menyediakan pengalaman berkasut roda yang menyeronokkan. Boleh dikategorikan sebagai aktiviti sihat atau senaman, berkasut roda di gelanggang Rollerwa dilengkapi dengan mainan muzik sebagai peneman anda.

Rollerwa One Utama - Locker Rooms
Sumber: @marshamng

Dibuka di District K, Tingkat 1, gelanggang seluas 17,000 kaki persegi ini merupakan cawangan ketiga Rollerwa selain yang ada di Bundang dan Dongtan, Korea Selatan.

Rollerwa One Utama - Lobby Area

Menurut laman sosial Rollerwa di Facebook dan Instagram mereka turut menyediakan penyewaan untuk kasut 4 roda. Mereka tidak membenarkan kasut roda selari. Umur minima yang dibenarkan masuk ialah 5 tahun dan size  kasut roda yang disediakan paling kecil ialah UK C10/EURO 28 manakala yang paling besar ialah UK11/EURO 45.

Rollerwa One Utama - Waiting Area

Harga kemasukan hanya RM12 bagi pengunjung yang tidak berminat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kasut roda. Namun, untuk harga sesi bermain kasut roda adalah seperti berikut:

2 jam (termasuk bayaran masuk, kasut roda dan aksesori keselamatan)Dewasa RM50

 

Kanak-kanak (bawah 18 tahun) RM40

Sewaan seharian (termasuk bayaran masuk, kasut roda dan aksesori keselamatan)Dewasa RM80

 

Kanak-kanak (bawah 18 tahun) RM70

*Walk-in sahaja, tidak menerima booking

**Diskaun RM3 diberikan kepada pengunjung yang membawa kasut roda sendiri.

Rollerwa juga dijangkakan membuka cawangan kedua di LaLaport Mall Bukit Bintang tidak lama lagi. Pastikan anda ikuti laman media sosial mereka untuk maklumat terkini.

Jika anda peminat setia K-pop, K-drama dan segalanya Korea, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk ke sini. Rollerwa dibuka setiap hari dari 10am-10pm.

Laman web: http://www.rollerwa.com/

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Lot F603A-F613, First Floor, 1UE, 47800 Selangor, Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor[/su_tab][/su_tabs]

4/5 - (1 vote)