
Makanan dari luar negara bukannya sesuatu yang asing di Malaysia. Dengan kepelbagaian kaum dalam masyarakat kita, mudah untuk kita jumpa makanan luar negara di sekitar ibu negara.
Paling mudah, tentunya dessert atau pencuci mulut. Terbaru, Rollney membawakan dessert dari Hungary bernama Kurtoskalacs ke Malaysia.
Dimulakan oleh seorang pengembara yang satu ketika itu sedang berjalan-jalan di Kota Hungary, terbau sesuatu yang cukup mengasyikkan.
Lantas, beliau terus mencuba chimney cake yang bernama Kurtoskalacs ini. Chimney cake atau kek cerobong asap ini merupakan sejenis roti manis tradisional di Hungary.

Ia dinamakan sebegitu kerana bentukknya yang tampak seperti cerobong asap setelah siap dibakar. Teksturnya pula rangup di luar dan lembut di dalam.

Selepas beliau rasa buat pertama kali dan amat menyukainya, beliau tekad untuk membawa roti tradisional ini ke Malaysia.
Setelah mempelajari cara-cara membuat Kurtoskalacs ini, beliau sedar bahawa tekstur dan rasanya sangat sesuai digabungkan dengan aiskrim.

Tahun 2017, bermulalah perjalanan Rollney Malaysia yang kini sudah mempunyai lebih 7 cawangan di serata Kuala Lumpur.

Rollney mengetengahkan Kurtoskalacs sebagai bintang utama dalam menu mereka. Anda boleh dapati Kurtos dengan seadanya yang didatangkan dalam beberapa perasa seperti original kayu manis, coklat, kacang dan Nutella almond, ataupun dalam bentuk jejari atau fries. Di mana Kurtos tadi dipotong kecil-kecil dan dihidang bersama sos celupan.

Anda boleh juga dapatkan Kurtos yang berinitikan aiskrim, sama ada vanilla ataupun coklat. Setiap aiskrim juga didatangkan dengan rasa dan topping berbeza.
Kami syorkan anda cuba 24k Gold Vanilla Kurtos yang dibuat dengan litupan kertas emas atas permukaan aiskrim atau royal chocolate, yang dihias bersama coklat shavings dan wafer. Kurtos yang savoury juga disediakan di sini.

Kurtos yang berinitikan sosej atau bebola ayam memberikan rasa yang lebih sedap dan sungguh berbeza dari manisan-manisan yang mereka sediakan.
Selain dari makanan dan dessert berunsurkan Kurtos, mereka juga menyediakan minuman Frappe. Terdapat 4 jenis frappe iaitu Lotus Heaven, Royale Chocolate, Cookies & Cream dan Chocolate Peanut yang boleh anda pilih.

Jika anda teringin sekali untuk mencuba sendiri dessert yang unik dari Hungary ini, pastikan anda kunjungi mana-mana cawangan Rollney yang berdekatan dengan anda.
Baca: 12 Cafe Menarik Di Kuala Lumpur
Sehingga itu, pastikan anda ikuti mereka di Instagram untuk maklumat terkini.
Alamat: LG2-08,3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Selangor