Roti2u | Syurga Khas Buat Peminat Roti Turki & Pizza

Rancang untuk berjalan-jalan cari makan cuti nanti? Atau tercari-cari port makan terbaharu untuk dicuba? Anda boleh membuka langkah kaki menuju ke Bandar Diraja, Muar di Johor.

Di daerah ini, anda bukan sahaja dikelilingi oleh kedai-kedai makan yang menarik, tapi juga tarikan alam semula jadi dan bangunan-bangunan peninggalan era lama. Cukup menarik sekali aura bandar ni kan?

Daerah yang turut dikenali sebagai Bandar Maharani ini jugalah menjadi lokasi bertapaknya salah satu kedai roti yang viral di Muar iaitu Roti2U. Apa istimewanya kedai Roti2U ni berbanding kedai roti lain? Perlu ke susah payah datang jauh-jauh nak cuba makan kat kedai ni? Jawapannya ya, tak rugi untuk anda datang semata-mata untuk cuba hidangan roti special yang ada di sini. Nak tahu dengan detail apa yang menariknya? Teruskan dengan membaca keseluruhan artikel ni.

Kedai Roti Yang Simple Tapi…

Dari luar, kedai ini nampak agak simple dan santai, tapi konsep makanan kedai roti ni sebenarnya jauh daripada jangkaan.

Roti2u Roti Turki Dan Pizza Batu Pahat Johor Muar Gambar Makanan

Kedai Roti2U sebenarnya mengetengahkan masakan Turki, timur tengah dan western yang boleh mengejutkan deria rasa anda dengan betapa enaknya hidangan yang ditawarkan.  Apa hidangan yang ada? Jom kita tengok.

Menu

Kedai makan santai ini menawarkan roti istimewa dengan resepi yang berasal dari Turki yang tak cukup sekali makan, Roti Bazlama (RM 12.00 – RM 19.90).

Roti2U Batu Pahat Gambar Roti Turki Sedap

Anda boleh memilih sama ada ingin menikmati Roti Bazlama Plain ataupun Roti Bazlama Cheese dengan gabungan pelbagai jenis kuah berbeza yang dapat membangkitkan lagi selera.

Dalam masa yang sama terdapat juga menu berat lain seperti Nasi Beringin Kambing Istanbul (RM 15.00), Mee Bandung Hipster (RM 12.00) dan Lasagna (RM 12.00 – RM 20.00). Bagi pencinta Pizza (RM 12.00 – RM40.00), wajib untuk anda cuba sebab pizzanya cukup istimewa, lain daripada yang lain. Antara jenis pizza yang ada ialah Pizza Chicken Mushroom Pizza Meatball dan Pizza Tuna.

Roti2u Batu Pahat Mini Pizza Photo

Selain ini semua, terdapat juga menu sampingan lain untuk menambahkan kekenyangan seperti Mushroom Soup (RM 5.00), Tempura Ayam (RM 6.00) dan Kentang Goreng (RM 6.00).

Bagi minumannya pula antara yang ada di sini ialah Air Nanas Float (RM 5.00), Laici Ais (RM 3.00), Teh Ais (RM 3.00) dan sebagainya.

Roti2U Air Nanas Float

Roti Turki Resepi Terkenal Dari Perkampungan Turki Yang Lembut dan Gebu

Dalam banyak-banyak menu yang ditawarkan di kedai ini, Roti Bazlama Cheese ialah menu wajib cuba atau paling menjadi rebutan ramai orang yang datang singgah. Apa yang istimewanya dengan roti ni? Kalau anda nak tahu, Roti Bazlama dari kedai ini dihasilkan dengan menggunakan resepi istimewa daripada Turki yang telah diolah supaya ‘kena’ dengan citarasa orang Malaysia.

Roti2u Set Roti Turki Lembut

Rotinya jauh lebih lembut dan gebu daripada resepi asal. Gigit sekali terus terperangkap untuk order lagi dan lagi. Apatah lagi bila digabungkan dengan cheese cheddar dan mozzarella yang digunakan sebagai topping yang melimpah-ruah banyaknya.

Aroma gabungan roti dan cheese yang dihidangkan panas-panas ini mampu menggoda jiwa sesiapa sahaja yang terhidu apatah lagi bila memandang.

Roti2U Roti Turki Chese Tarik

Tak berapa suka cheese? Nak try yang plain je? Pun tak ada hal. Boleh try Roti Bazlama yang asli dalam caj yang lebih murah. Roti Bazlama Plain atau yang bercheese ini boleh dimakan bersama dengan pelbagai jenis kuah.

Jenis-jenis kuahnya ialah seperti Kuah Menamen  (kuah yang menjadi pilihan ramai), Kuah Daging Rendang, Kuah Kari Ayam dan Kuah Kambing Masak Merah. Semuanya dihasilkan dengan pekat dan secukup rasa untuk suapan yang boleh buat anda terbang ke awan biru sedapnya.

Selain Roti Bazlama, menu lain yang menjadi pilihan ramai ialah Pizza Chicken Mushroom yang bertoppingkan daging ayam. Wajib cuba!

Harga

Bercakap tentang harga di kedai roti ini, untuk kesedapan yang menanti deria rasa, sangatlah berbaloi dengan harga. Lingkungan harga bagi menu special dan terhangat mereka iaitu set Roti Bazlama bersama aneka jenis kuah adalah dari RM 12.00 ke RM 19.90. Harga bagi menu seperti Nasi Beringin Kambing ‘Istanbul Aku Datang’ ialah RM 15.00 dan Mee Bandung Hipster pula ialah RM 12.00.

Bagi Lasagna pula, Roti2U menawarkan Lasagna Ayam dan juga Lasagna Daging yang datang dalam dua jenis saiz hidangan iaitu Saiz M yang berharga RM 20.00 dan Lasagna Saiz S berharga RM 12.00.

Untuk Pizzanya, terdapat Pizza Chicken Mushroom yang berharga RM 15.00 untuk set kecil, RM 40.00 untuk set besar. Bagi Pizza Meatball pula, juga dalam harga yang sama iaitu RM 15.00 bagi set kecil dan RM 40.00 untuk set besar. Akhir sekali ialah Pizza Tuna on Fire yang berharga RM 12.00 untuk set kecil dan RM 35.00 untuk set besar.

Hidangan sampingan seperti Mushroom Soup, Tempura Ayam dan Kentang Goreng ialah dari RM 5.00 ke RM 6.00. Minumannya ialah dari RM 1.50 ke RM 5.00.

Senarai Harga Makanan

A) Roti Bazlama

  • Roti Bazlama Cheese + Rendang Daging: RM 18.00
  • Roti Bazlama Plain + Rendang Daging: RM 15.00
  • Roti Bazlama Cheese + Kuah Menamen: RM 15.00
  • Roti Bazlama Plain + Kuah Menamen: RM 12.00
  • Roti Bazlama Cheese + Kuah Kari Ayam: RM 15.00
  • Roti Bazlama Plain + Kuah Kari Ayam: RM 12.00
  • Roti Bazlama Cheese + Kuah Kambing Masak Merah: RM 19.90
  • Roti Bazlama Plain + Kuah Kambing Masak Merah: RM 17.00

B) Lasagna

  • Lasagna Ayam (Saiz S): RM 12.00
  • Lasagna Ayam (Saiz M): RM 20.00
  • Lasagna Daging (Saiz S): RM 12.00
  • Lasagna Daging (Saiz M): RM 20.00

C) Pizza

  • Pizza Chicken Mushroom Set Kecil: RM 15.00
  • Pizza Chicken Mushroom Set Besar: RM 40.00
  • Pizza Meatball Set Kecil: RM 15.00
  • Pizza Meatball Set Besar: RM 40.00
  • Pizza Tuna on Fire Set Kecil: RM 12.00
  • Pizza Tuna on Fire Set Besar: RM 35.00

D) Lain-Lain

  • Nasi Beringin Kambing “Istanbul Aku Datang”: RM 15.00
  • Mee Bandung Hipster: RM 12.00
  • Mushroom Soup: RM 5.00
  • Tempura Ayam: RM 6.00
  • Kentang Goreng: RM 6.00

E) Minuman

  • Air Nanas Float: RM 5.00
  • Laici Ais: RM 3.00
  • Teh Ais: RM 3.00
  • Teh O Ais: RM 2.00
  • Kopi O Ais: RM 2.00
  • Milo: RM 3.00
  • Ice Lemon Tea: RM 3.00
  • Pepsi: RM 3.00
  • Air Mineral: RM 1.50

Fasiliti

Kedai ini menyediakan 32 buah tempat duduk yang santai untuk pelanggan yang ingin datang makan di lokasi. Anda juga boleh memilih untuk mendapatkan khidmat delivery ke lokasi anda dengan melakukan tempahan melalui pautan ini: https://roti2u.orderla.my/roti2u-muar#section-3

Antara lokasi delivery ialah di sekitar Sg. Abong / Jln Salleh, Bandar Muar (KPJ, Jln Khalidi), Bakri 2-4, Bakri 5-6, Hj. Kosai, Bkt. Pasir & Sg. Terap, Jln Abd. Rahman, Jln Joned, Tanjung Agas, Parit Bunga, Sungai Mati, Pagoh Jaya, Pekan Pagoh, Pt. Jawa, Ambil di kedai, Tg. Gading, Bakri 7-8, Jalan Temenggung Ahmad dan Serom 1-3.

Lokasi

Kedai ini terletak di belakang Pasaraya TF, Jalan Salleh. Kedudukannya adalah di bahagian deretan kedai paling belakang bersebelahan dengan tangki air.

Alamat:

📍 Cawangan 1: No. 2, Jalan Perniagaan Jaya 4, Pusat Perniagaan Masjaya, Jalan Salleh, 84000, Muar, Johor.

📍 Cawangan 2 (HQ): Roti2U, 39, Jalan Mohd Salleh, Kampung Saleh, Batu Pahat, Johor.

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (11.00 am – 6.00 pm) | Rabu (Tutup)

Media Social

Instagram: ROTI2U

Facebook: ROTI2U

5/5 - (1 vote)