Royale Chenang Resort Menawarkan Penginapan Suasana Penuh Ketenangan Di Langkawi

Langkawi adalah antara destinasi pilihan ramai untuk bercuti dan mengurangkan tekanan dari kehidupan rutin seharian. Ia juga antara pusat pelancongan yang sering menarik perhatian para pelancong dari luar negara.

Royale Chenang Resort Langkawi - Gambar Luar Resort
Sumber: @royalechenangresort

Jadi tidak hairanlah ia menawarkan pelbagai pilihan penginapan. Antara yang perlu anda cuba ialah Royal Chenang Resort. Mari kami berikan sedikit informasi tentang pusat penginapan ini.

Royale Chenang Resort Langkawi - Gambar Tempat Masuk Resort
Sumber: @royalechenangresort

Lokasi 

Royale Chenang Resort ini telah pun beroperasi sejak tahun 2017 lagi. Terletak di Pantai Cenang, ia hanya 1.5km dari Underwater World Langkawi dan 2km dari Cenang Mall.

Baca: 27 Hotel Murah di Pantai Cenang Langkawi

Mudah sungguh untuk anda berjalan-jalan jika menginap di sini. Resort ini berkonsep coastal dan mempunyai vibe aka Miami atau Kepulauan Carribbean. Sangat santai dan chill.

Royale Chenang Resort Langkawi - Gambar Pelanggan Gembira
Sumber: @akmlhrthazmi

Penginapan

Terdapat 40 bilik yang disediakan di sini jadi resort ini boleh dikira sebagai low density. Dari 40 bilik di sini, ada bilik yang dilengkapkan dengan balkoni, dan ada yang dilengkapkan dengan tempat duduk di luar.

Royale Chenang Resort Langkawi - Gambar Bilik Single
Sumber: Gary Chia

Namun, kesemuanya lengkap dengan kemudahan dan kelengkapan asas seperti penghawa dingin, TV flat screen, bilik mandi, toiletries, kelengkapan membuat kopi/teh dan peti sejuk mini. Anda boleh memilih dari jenis-jenis berikut:

  • Standard Twin Room
  • Queen Suite
  • Junior Suite
  • Deluxe Queen Room
  • Deluxe Queen Suite
Royale Chenang Resort Langkawi - Gambar Bilik Berkongsi
Sumber: @dashvelouge

Setiap bilik boleh memuatkan dari 2 hingga 4 pax. Jadi bolehlah anda membuat tempahan mengikut kesesuaian percutian dan saiz keluarga anda.

Royale Chenang Resort Langkawi - Gambar Balcony
Sumber: @royalechenangresort

Fasiliti

Fasiliti yang disediakan di sini adalah cukup lengkap dengan fasiliti ringkas dan asas. Tarikan utama tentunya kolam renang. Mereka turut menyediakan kolam renang khas untuk kanak-kanak agar anak-anak kecil dapat Mandi dan berseronok dalam keadaan selamat dan ceria.

Royale Chenang Resort Langkawi - Gambar Kolam Renang
Sumber: @royalechenangresort

Anda juga akan dapat akses ke pantai dengan cukup mudah. Ya lah, kalau dah sampai ke Langkawi, tak sah lah tak ke pantai, kan?

Selain dari itu, anda tidak perlu risau tentang hal makanan kerana restoran Cengkih yang ada di sini sedia menyediakan makanan untuk anda menjamu selera. Anda juga tentu senang hati untuk tahu bahawa seluruh resort ini dilengkapi dengan WiFi percuma.

Royale Chenang Resort Langkawi - Gambar Pelanggan Private Pool Unit
Sumber: @nurhalawanie

Tarikan

Walaupun fasiliti dan bilik penginapan di sini sudah cukup selesa dan menyeronokkan, tarikan lain sekitarnya tentu akan membuatkan percutian anda lebih bermakna. Jika anda ingin merantau atau berjalan-jalan di sekitar Pantai Cenang, bolehlah anda berkunjung ke tempat-tempat berikut:

  • Underwater World Langkawi (1.5km)
  • Cenang Mall (2km)
  • Pantai Cenang (1.8km)
  • The Zon Duty Free Zone (1.5km)
  • Batik Village (1.7km)
  • Langkawi Sky Bridge (2km)
  • Laman Padi (3km)

Lapangan Terbang Langkawi pula terletak lebih kurang 11km dari Royale Chenang Resort ini. Jadi jika anda akan terbang ke sini, ia Masih berdekatan sahaja.

Baca: 62 Tempat Menarik Di Langkawi

Ini adalah petanda anda perlu membuat perancangan untuk ke Langkawi di waktu terdekat. Jangan ragu-ragu. Royale Chenang Resort Langkawi mungkin sahaja pusat penginapan yang tepat untuk anda dan bajet anda. Percutian menarik menanti anda di Langkawi.

Medial Social: Facebook | Instagram

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Lot 735c, Jalan Teluk Baru, Jalan Pantai Tengah, Pantai Chenang, 07100 Langkawi[/su_tab][/su_tabs]

5/5 - (1 vote)