Pulau Langkawi merupakan destinasi percutian yang cukup terkenal, tidak kira di kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong dari luar negara. Ini menyebabkan ia sentiasa di penuhi pelancong dan lebih sesak apabila musim cuti sekolah dan cuti umum berlangsung.

Rumah Bendang Langkawi - Gambar Swimming Pool
Sumber: @Rumahbendanglangkawi

Masing-masing ingin mengambil peluang untuk beristirehat dan meluangkan masa bersama keluarga di pantai Langkawi yang cukup terkenal ini. Namun, Langkawi juga sebenarnya menawarkan pemandangan dan suasana lain yang mungkin akan menarik perhatian anda yang Inginkan kelainan. Alami percutian menarik dengan penginapan luarbiasa dikelilingi sawah padi di Rumah Bendang Langkawi.

Latar Belakang

Rumah Bendang merupakan sebuah penginapan berkonsep homestay di Langkawi. Terletak di Kampung Lubuk Setol, Langkawi, Rumah Bendang merupakan sebuah homestay berkolam renang yang unik. Dengan kombinasi rekaan tradisional, rustic dan modern, arkitektur Rumah Bendang ini juga turut mencerminkan sebuah identity yang sangat unik.

Rumah Bendang Langkawi - Gambar Luar Villa Dan Kawasan Riadah
Sumber: @Rumahbendanglangkawi

Gabungan bahan seperti bata, konkrit dan kayu memberikan personaliti buat pusat penginapan ini. Malah, sang pereka turut menggunakan atap singgora yang merupakan sebuah atap tradisional dari rumah-rumah lama Kelantan dan Terengganu.

Baca: 9 Villa Di Langkawi Dengan Kolam Renang Peribadi

Atap singgora ini sengaja dipilih untuk memberikan ventilasi udara yang baik dalam bangunan ini agar sekitar rumah sentiasa terasa dingin dan nyaman. Almaklumlah, dikelilingi sawah padi, tentunya akan terasa panas jika cuaca panas.

Rumah Bendang Langkawi - Gambar Pemandangan Sawah Padi
Sumber: @Rumahbendanglangkawi

Antara fakta menarik tentang Rumah Bendang ini ialah sebahagian besar bahan-bahan pembinaan rumah ini diambil dari binaan-binaan lama. Boleh dikatakan bahan recycle. Ini kerana pemilik Rumah Bendang ini sangat mementingkan gaya hidup sustainable dan penjagaan alam sekitar.

Contohnya, panel-panel kayu pada tingkap dan pintu Rumah Bendang ini dikumpul dari rumah-rumah lama sekitar Langkawi, tingkap-tingkap kayu pula datang dari rumah lama di Melaka dan railing di balkoni Rumah Bendang ini sebenarnya adalah railing dari sebuah rumah di Negeri Sembilan. Menarik sungguh ciptaan Rumah Bendang ini.

Penginapan

Di Rumah Bendang ini, anda ditawarkan dengan 3 jenis rumah untuk anda pilih mengikut kesesuaian, keselesaan dan bajet percutian anda. Rumah Wan, Rumah Tok dan Rumah Opah. Setiap rumah di Rumah Bendang ini menampilkan rekaan dalaman tradisional Melayu klasik dengan suntikan elemen-elemen modern.

Rumah Bendang Langkawi - Gambar Bilik Dan Ruang Tamu
Sumber: @Rumahbendanglangkawi

Rumah Wan & Rumah Tok

Kedua-dua penginapan ini merupakan sebuah villa yang besar dengan muatan sehingga 15 orang setiap satu. Jadi ia sangat sesuai dijadikan sebagai pilihan untuk membuat gathering atau berkumpul bersama rakan-rakan ataupun family day. Dalam kedua-dua rumah ini, terdapat 4 bilik dan 4 bilik mandi yang memudahkan anda dan keluarga. Ia juga dilengkapi dengan sebuah dapur yang mempunyai kelengkapan asas seperti peti sejuk, microwave dan cerek. Bilik-bilik ini turut dilengkapi dengan penghawa dingin untuk keselesaan optimum. 

Rumah Opah

Rumah Opah merupakan siri rumah kecil di kawasan Rumah Bendang ini. Rumah Opah lebih private dengan hanya 2 bilik yang memuatkan sehingga 4 orang sahaja. Rumah 2 bilik dan 2 bilik mandi ini sesuai dijadikan penginapan bercuti untuk keluarga kecil. Diberi nama sempena ibu pemilik, rumah Opah ini dilengkapkan dengan penghawa dingin untuk keselesaan anda. Kelengkapan asas seperti cerek, TV, peti sejuk dan ruang tamu yang memberi pemandangan kolam renang dan sawah padi, rumah Opah memang menjadi pilihan ramai.

Fasiliti

Rumah Bendang memastikan percutian anda cukup istimewa. Antara fasiliti menarik di sini ialah: 

Rumah Bendang Langkawi - Gambar Luar Villa Dan Kawasan Riadah
Sumber: @Rumahbendanglangkawi

Kolam Renang Infinity

Kolam renang infinity yang betul-betul bersebelahan dengan sawah padi. Jadi, anda dan keluarga dapat menikmati pemandangan hebat ini sambil beriadah bersama. Berdekatan dengan kolam renang ini juga terdapat sebuah gazebo di mana anda dan keluarga dapat bersantai, berkelah dan berehat sambil menikmati pemandangan luas sawah padi ini. Malah, ia menjadi antara spot bergambar kegemaran ramai. 

Shuttle Airport

Bagi anda yang akan menaiki kapal terbang untuk ke sini, Rumah Bendang turut menyediakan shuttle airport yang akan mengambil anda dari Lapangan Terbang Langkawi ke Rumah Bendang atau menghantar anda dari Rumah Bendang me Lapangan Terbang Langkawi. Jadi, anda tidak perlu bersusah-susah untuk memikirkan soal sewaan kereta atau memandu ke sini. 

BBQ

Percutian akan lebih menyeronokkan apabila anda dan keluarga dapat makan bersama. Seringkali bila ada gathering bersama keluarga atau rakan-rakan, ramai yang memilih untuk BBQ bersama. Di Rumah Bendang ini, anda dapat melakukan BBQ dan menyambut apa-apa sambutan atau hari istimewa bersama.

Memancing

Buat anda yang sukakan aktiviti memancing, bolehlah mencuba aktiviti memancing darat di kawasan bendang di sini. Antara ikan yang ada ialah ika sepat, ikan puyu dan ikan haruan. Maklumkan saja pada tuan rumah jika anda berminat untuk cuba, mereka akan menyediakan joran kampung untuk anda cuba.

Tarikan Berdekatan

Tentunya apabila kita bercuti, kita ingin meneroka kawasan sekitar. Buat pengetahuan anda, Rumah Bendang ini sering menjadi pilihan ramai, bukan sahaja kerana penginapan istimewa dan selesa mereka, malah lokasinya yang strategik sangat membantu. Ia berdekatan dengan pelbagai tarikan di sekitar Langkawi.

Dari Lapangan Terbang Langkawi, hanya 2km sahaja untuk ke Rumah Bendang. Ia juga terletak lebih kurang 5km dari Makam Mahsuri. Berada di Pantai Chenang, ia tidak mengambil masa yang lama untuk ke Pantai. Anda juga boleh ke Beras Terbakar yang hanya mengambil masa 15 minit berjalan kaki dari Rumah Bendang. Atau jika anda ingin, boleh memandu ke Atma Alam Batik Art Village yang hanya mengambil masa beberapa minit. Hanya 7km dari Laman Padi Langkawi dan 8km dari Underwater World Langkawi dan Cenang Mall.

Baca: 62 Tempat Menarik Di Langkawi

Itu dia, serba sedikit tentang Rumah Bendang Langkawi, sebuah penginapan unik dengan pemandangan sawah padi yang cukup luarbiasa untuk membuatkan percutian anda lebih istimewa dan bermakna. Pastikan anda tinjau dan ikuti laman media sosial mereka untuk maklumat lebih lanjut.

Selanjutnya Di Booking.com

Media Sosial: Facebook

📍 Alamat
Alamat: Lot 386, B1, Lorong Rumah Bendang, Kampung Lubok Setol, 07000 Langkawi, Kedah
5/5 - (1 vote)