Rumah Hobbit sudah menjadi realiti

Anda pernah tengok movie Lord of the Rings tak? Kalau pernah pasti anda nampak perkampungan Hobbit yang penuh dengan rumah comel yang dibina didalam tanah.

Tertanya tak anda “mesti syok kalau dapat duduk rumah macam ni kan?” dengan duka citanya saya memaklumkan cita – cita anda untuk memiliki rumah seperti ini jauh lagi, tetapi tak mustahil, kena pindah ke Amerika Syarikat sahaja.

Satu syarikat pembinaan US bernama Green Magic Homes, sudah tampil dengan idea membina rumah ala-hobbit ini.

idea ini tercetus apabila mereka mencari cara untuk membina rumah yang “ecofriendly” yang boleh mejimat tenaga dengan kos pembinaan yang rendah. Rumah ini tidak memerlukan tenaga buruh yang tinggi dan hanya mengambil masa seminggu untuk dibina.

Kerana rumah ini di bina menggunakan teknik pemasangan modular, ia membolehkan syarikat ini membentuk rumah mengikut citarasa peribadi pelanggan. Bumbung rumah ini boleh di dilindungi dengan rumput kalau itu yang anda inginkan.

Kalau anda ingin jimat sedikit belanjawan rumah tangga, boleh tumbuh sayur sendiri dekat bumbung. Apa-apa pun jom kita lihat bertapa coolnya rumah ini.

Sumber Info: greenmagichomes.com

Green Magic Homes 1
Sumber: Green Magic Homes – greenmagichomes.com
Green Magic Homes 2
Sumber: Green Magic Homes – greenmagichomes.com
Green Magic Homes 3
Sumber: Green Magic Homes – greenmagichomes.com
Green Magic Homes 4
Sumber: Green Magic Homes – greenmagichomes.com
Green Magic Homes 5
Sumber: Green Magic Homes – greenmagichomes.com
Green Magic Homes 6
Sumber: Green Magic Homes – greenmagichomes.com
Green Magic Homes 7
Sumber: Green Magic Homes – greenmagichomes.com


Related Posts