Salted, Mutiara Damansara | Jom Nikmati Citarasa Asli Sarawak

Malaysia memang sungguh istimewa kerana kepelbagaian masyarakat dan budaya. Walaupun terpisah oleh Laut Cina Selatan, Sabah dan Sarawak yang berada di Kepulauan Borneo tetap menjadi sebahagian dari warna-warni Malaysia.

Malah, kini, anda boleh mengenali, menikmati dan menghargai budaya mereka di semenanjung. Contohnya restoran Salted Mutiara Damansara ini yang menawarkan masakan Sarawak.

Dibuka sejak tahun 2015, restoran Salted memang sudah dikenali oleh penduduk sekitar Petaling Jaya kerana kelainan menu mereka.

Salted, Mutiara Damansara - Outside Image
Sumber: @pjxeb

Masakan Sarawak meaning sangat sedap namun, tidak semua bertuah untuk merasainya kerana tidak pernah sampai ke sana. Makanan popular Sarawak seperti Laksa Sarawak dan Mee Kolok hanya pernah didengari. Kini, bolehlah rasa sendiri.

Salted, Mutiara Damansara - Mee Sambal Daging

Hiasan kedai ini sangat simple tetapi cukup menarik. Terdapat lukisan gambar penggiat seni makanan seperti seorang tukang masak, seorang waiter menghantar minuman dan juga pengkritik makanan ternama, Anthony Bourdein.

Ruang makannya luas dan selesa dan tampak kemas. Vibe industrial dari bar minuman mereka memberi suasana lebih bertenaga di kedai kecil ini.

Baca: Mean Mince Mutiara Damansara

Menu makanannya yang popular tentulah Laksa Sarawak yang didatangkan dalam bentuk biasa ataupun pedas. Mee Kolok pula merupakan hidangan mee bersama sup asing dan daging pilihan, mereka tawarkan ayam, daging, makanan laut, kambing (hanya pada hujung minggu) dan paling istimewa, itik salai.

Selain itu, makanan Sarawak lain seperti Mee Jawa, Bee Hoon Belacan, Crispy Mee Tomato dan Kacang Ma juga ditawarkan di sini. Dari segi minuman, mereka tawarkan variasi yang biasa anda dapati di restoran jadi anda tentu akan mendapatkan minuman kegemaran anda untuk makan bersama hidangan Sarawak di sini.

Tidak kira jika anda baru saja ingin mencuba masakan Sarawak ataupun anak kelahiran Sarawak yang rindukan perkampungan, Salted sedia memberikan pengalaman makanan yang membuatkan anda berasa seperti berada di Sarawak.

Baca: 8 Tempat Makan Menarik Di Kota Damansara

Pastikan anda datang cuba sendiri keistimewaan di sini. Sementara itu, ikuti mereka di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini.

Alamat: 30-1, Jln PJU7/16A, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: 10am-2pm (Selasa-Ahad, tutup pada hari Isnin)

5/5 - (1 vote)