SaudaHappy Garden | Taman Bunga ala Netherlands Di Kota Belud

Sabah memang antara destinasi pelancongan pilihan ramai, terutama sekali bagi yang tinggal di semenanjung. Ini kerana, ramai antara kita belum berpeluang untuk menyeberangi laut Cina Selatan ke Kepulauan Borneo ini.

Jadi bagi mereka yang berpeluang untuk ke sana, pastikan anda kunjungi juga Sauda Happy Garden di Kota Belud.

Taman bunga ini tidaklah kelihatan sebijik di Netherlands, cuma kerana dihiasi dengan sebuah windmill di tengah taman ini, membuatkan ia kelihatan seperti Netherlands yang memang popular dengan windmills yang dikelilingi bunga-bunga Tulip.

SaudaHappy Garden Kota Belud Sabah - Gambar Taman
Sumber: @nbellaluna89

Di SaudaHappy Garden, taman bunga ini terbahagi kepada 4 bahagian yang mempunyai laluan diantaranya. Di tengah-tengah taman ini ialah sebuah windmill tersegam indah. Bunga-bunga yang ditanam di sini sangat cantik dan berwarna warni. Malah, is ditanam dalam bentuk yang linear dan kemas.

SaudaHappy Garden Kota Belud Sabah - Buayan Cantik
Sumber: @nbellaluna89

Taman bunga ini sering dikunjungi untuk mendapatkan peluang bergambar. Sekitar taman ini juga dihiasi dengan pelbagai backdrop, ornamen, dan skulptur yang berwarna-warni dan unik.

SaudaHappy Garden Kota Belud Sabah - Windmill Dari Depan
Sumber: @ainannx

Di sini juga terdapat sebuah mini rabbit garden yang menempatkan sekumpulan arnab comel yang boleh anda berikan makan atau berinteraksi bersama. Di sekitar taman bunga juga terdapat pondok kecil dan bench untuk anda duduk sambil menikmati pemandangan yang cantik.

SaudaHappy Garden Kota Belud Sabah - Kandang Arnab

Untuk mendapatkan spot-spot insta-worthy, pastikan anda kunjungi Sauda Happy Garden di Kota Belud, Sabah ini apabila anda melawat negeri Sabah.

Baca: 67 Tempat Menarik Di Sabah

Malah, bagi pasangan yang baru berkahwin juga, ini merupakan tempat menarik untuk mendapatkan gambar outdoor selepas majlis wedding anda.

Alamat: Jln Rampayan Laut, kampung nanamun, 89150 Kota Belud, Sabah

4/5 - (1 vote)