Nama Sekeping bukanlah nama yang asing dalam industri penginapan. Bermula dengan Sekeping Serendah, kini Sekeping mempunyai lebih kurang 5 lokasi penginapan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Antara yang paling menarik ialah Sekeping Tenggiri yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.

Sekeping Tenggiri Bangsar - Gambar Luar
Sumber: nadhque

Bagi anda yang belum terdengar tentang Sekeping, mereka merupakan sebuah pengusaha penginapan yang sangat berlainan dari yang sering anda jumpa.

Baca: 36 Tempat Menarik Untuk Family Day Di Malaysia

Malah, mereka dikatakan menjadi trendsetter dengan membawa konsep industrial dan environmental dari segi rekaan dan seni bina pusat-pusat penginapan mereka.

Sekeping Tenggiri Bangsar - Gambar Pool
Sumber: @kawakami1112

Struktur-struktur pusat penginapan mereka seringkali mengikut keadaan tumbuhan di sekelilingnya. Mereka memastikan untuk meminimalkan menebang pokok-pokok yang sedia ada. Malah, pokok-pokok ini seringkali di masukkan ke dalam look penuh pusat-pusat penginapan mereka.

Sekeping Tenggiri Bangsar - Gambar Rumah
Sumber: hans513

Di Sekeping Tenggiri pula, konsep ini masih dikekalkan. Struktur yang dulunya merupakan sebuah rumah banglo, kini diubah suai menjadi pusat penginapan yang cukup unik dan menarik.

Sekeping Tenggiri Bangsar - Gambar Penginapan
Sumber: @janicesogood

Terdapat 7 jenis bilik di sini bersama sebuah ruang lounge, ruang makan dan pantry yang lengkap dengan peti sejuk, oven, filter air panas dan sejuk dan sinki. Setiap bilik yang mereka sediakan mempunyai kapasiti, pemandangan dan rekaan yang berbeza antara satu sama lain.

Mereka juga menggunakan elemen alam semulajadi bagi mengekalkan privasi untuk setiap ruang. Elemen-elemen alam semulajadi termasuk, tumbuhan, pokok-pokok dan lumut digabungkan bersama elemen-elemen konkrit seperti batu-bata, besi, dan batu kerikil bagi memberikan suasana yang cukup harmoni. Malah, ada antara perabot di sini dihasilkan dari barangan-barangan recycled.

Sekeping Tenggiri Bangsar - Gambar Bilik Twin
Sumber: keanareinu

Fasiliti di sini juga sangat memuaskan. Walaupun mereka tidak menyediakan televisyen, untuk menggalakkan pengunjung beriadah dan meluangkan masa bersama, mereka menyediakan buku-buku dan majalah untuk anda habiskan masa. Jangan risau, WiFi yang boleh diakses di seluruh rumah juga tersedia di sini. Terdapat juga kolam renang yang cantik untuk anda dan keluarga.

Sekeping Tenggiri Bangsar - Gambar Tingkap Tengok Dalam
Sumber: nadhque

Keindahan rekaan di sini seringkali menjadi inspirasi untuk bergambar. Jika anda ingin menjalankan photoshoot atau sesi bergambar untuk sebarang majlis atau perayaan, pastikan anda e-mail mereka untuk mendapatkan rate yang terbaik.

Baca: 75 Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

Dan buat anda yang inginkan kelainan dan ketenangan untuk percutian atau staycation anda, boleh membuat tempahan di laman web mereka. Alami ketenangan luarbiasa di Sekeping Tenggiri.

Medial Sosial: Facebook | Instagram

📍 Alamat
Alamat: No. 48, Off Kuala Lumpur, Jalan Tenggiri, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
5/5 - (1 vote)