Serendah River Retreat | Percutian Tepi Sungai Yang Menjanjikan Suasana Damai

Bercuti di dalam suasana kehijauan hutan selalunya bermakna anda akan berkemah. Namun, di Serendah, terdapat sebuah pusat penginapan dalam hutan dan bersebelahan dengan sungai yang menjanjikan keselesaan dan keunikan buat anda sekeluarga.

Serendah River Retreat merupakan sebuah pusat penginapan yang pastinya perlu anda cuba untuk percutian dalam hutan yang cukup istimewa.

Serendah River Retreat - Gambar Luar

Pengenalan

Terletak dalam hutan dan ladang buah, Serendah River Retreat mempunyai keluasan sepanjang 5 ekar dengan sungai natural tersedia di dalamnya. Walaupun terletak dalam kawasan hutan, sebenarnya untuk ke sini, hanya memerlukan 5 minit masa memandu dari sebuah taman perumahan di Serendah.

Serendah River Retreat - Gambar Sungai

Ini bermakna, tidaklah terlalu jauh ke dalam hutan. Cukup sekadar memberikan anda dan keluarga suasana yang dilitupi dengan kehijauan flora dan fauna. Malah, anda berpeluang untuk bertemu dengan beberapa haiwan seperti monyet di sini.

Penginapan

Terdapat 2 rumah di sini yang dijadikan sebagai penginapan jenis homestay. Anda boleh memilih kedua-duanya atau Salah satu, mengikut kesesuaian percutian anda. Lebih sesuai dijadikan sebagai pusat penginapan family day, kedua-duanya menawarkan penempatan untuk kumpulan yang lebih besar.

Brick house

Brick house merupakan sebuah rumah yang diperbuat dari batu-bata dan membawa konsep yang lebih kepada konkrit. Dengan look yang lebih industrial, Brick house juga dapat memuatkan sehingga 16-30 orang.

Serendah River Retreat - Gambar Pintu Masuk

Mempunyai 6 bilik secara keseluruhan, kesemua bilik di sini lengkap dengan bilik mandi persendirian dan berhawa dingin. Ada ruang tamu di dalam yang juga berhawa dingin dan lengkap dengan Smart TV sebesar 65″ yang juga ada Netflix dan YouTube.

Serendah River Retreat - Gambar Play Area

Rumah ini juga dilengkapi dengan WiFi dan ada pasangan yang merupakan housekeeper di sini yang tinggal di rumah sebelah. Brick house juga lengkap dengan dapur outdoor yang cukup lengkap dengan pelbagai alatan dan keperluan memasak. Bahan-bahan makanan yang asas juga disediakan di sini.

Serendah River Retreat - Gambar Ruang Tamu

Untuk tujuan keselamatan, sebuah First Aid Kit telah disediakan dan racun penghalau nyamuk juga ada bagi memastikan penginapan anda sentiasa selesa.

Wood House

Rumah berkonsep kayu ini mempunyai 4 bilik dan boleh memuatkan dari 10-18 orang. Lebih kecil berbanding dengan Brick house, Wood house juga mempunyai look dan gaya yang berbeza.

Serendah River Retreat - Gambar Belakang Villa

Lebih rustic dengan kegunaan kayu-kayu, digabungkan pula dengan rekaan modern, Wood house adalah seperti kabin gaya Amerika dikelilingi hutan.

Serendah River Retreat - Balkoni di bilik

Ia lengkap dengan bilik mandi untuk setiap bilik, penghawa dingin, smart TV yang lengkap dengan Netflix dan YouTube serta WiFi. Dapur outdoor yang dilengkapi dengan semua kemudahan dan peralatan memasak serta bahan-bahan asas untuk anda sediakan hidangan untuk anda dan keluarga.

Serendah River Retreat - Gambar Dalam Bilik single

Untuk keselamatan dan keselesaan anda, mereka turut sediakan first aid kit dan racun penghalau nyamuk. Housekeeper yang mesra duduk berdekatan dengan Brick house jika anda perlukan sesuatu.

Peraturan penginapan

Untuk keselesaan, keselamatan dan kesesuaian semua pihak, mereka telah menetapkan beberapa peraturan bagi penginap di sini. Antaranya adalah:

  • Tiada masakan berasaskan daging khinzir dibenarkan
  • Tidak dibenarkan menghisap rokok di dalam mana-mana rumah, hanya di luar.
  • Anda dikehendaki menjaga kebersihan sekitar rumah dan luar, setiap sampah sarap perlu dibuang ke tempat yang sepatutnya
  • Anda diminta membersihkan semua peralatan memasak dan makan selepas menggunakannya
  • Anda tidak dibenarkan memberi makan kepada monyet atau mana-mana haiwan liar di dalam hutan
  • Tiada haiwan ternakan dibenarkan 
  • Bunyi-bunyi kuat tidak dibenarkan di waktu malam dan gelap. Dinasihatkan anda menggunakan ruang tamu di tingkat atas sekiranya ada majlis atau perayaan pada waktu malam

Fasiliti

Selain dari barangan memasak dan dapur yang lengkap, terdapat beberapa fasiliti yang disediakan untuk memudahkan dan memeriahkan percutian anda. Anda akan dapat akses secara langsung ke kawasan sungai dari rumah, di mana anda boleh lakukan aktiviti seperti mandi sungai, memancing atau berkelah.

Serendah River Retreat - Tempat Makan Luar

Anda juga dibekalkan dengan tuala dan toiletries. Keperluan asas lain seperti peralatan BBQ, arang dan fire starter ada disediakan. WiFi percuma di seluruh rumah juga memudahkan anda. TV yang lengkap dengan slot HDMI dan USB juga akan menghiburkan anda. Sekiranya anda tidak merancang untuk masak, khidmat katering dari restoran Melayu juga ada disediakan. Anda juga boleh hiking dan sampai ke air terjun yang terpencil, terletak sejam jauh dari rumah.

Baca: 18 Tempat Glamping Menarik Di Malaysia

Alami kehidupan yang tenteram dan damai dalam hutan. Anda juga akan terasa relaks, santai dan hilangkan tekanan dari rutin kehidupan seharian. Meluangkan masa bersama keluarga dalam suasana ini juga akan membantu anda merapatkan semula hubungan sesama sendiri dan belajar menghormati alam sekitar. Jadi, jangan lupa untuk cuba sendiri keistimewaan dan keunikan pengalaman ini hanya di Serendah River Retreat.

Media Sosial: Facebook | Laman Web | Email

Alamat: Serendah River Retreat, 48200 Serendah, Selangor

5/5 - (1 vote)