Shuttle In The Dark Menawarkan Pengalaman Badminton Luarbiasa

Bertempat di Twin Towers Fitness Centre, Shuttle In The Dark menjadi bualan ramai kebelakangan ini. Dengan pengalaman bermain badminton yang unik, Shuttle In The Dark menaikkan semangat warga belia untuk menceburi senaman ini.

Shuttle In The Dark membawa konsep Glow In the Dark dengan rekaan gelanggang, raket dan bulu tangkis khas yang akan bersinar dalam gelap. Ini bermakna anda akan bermain badminton dalam ruang yang gelap hanya berlampukan hiasan dan alatan yang mempunyai elemen glow in the dark sahaja. Unik, bukan?

Shuttle In The Dark Kuala Lumpur - Twin Towers Fitness Center - KLCC

Dengan dekorasi dalaman yang berunsur galaktik dan futuristik, ia membuatkan para pemain berasa dalam dunia yang lain. Mengetengahkan sensori lampu yang lain daripada yang lain, permainan badminton anda pasti menjadi lebih menarik.

Untuk pengalaman luarbiasa ini, anda boleh mendapatkan pakej berharga RM180 sejam. Pakej ini termasuk 1 jam pengalaman shuttle in the dark, 4 raket glow in the dark (yang akan dikenakan deposit sebanyak RM50 seraket), 1 set bulu tangkis khas glow in the dark (dipinjamkan sahaja), wristband atau gelang tangan glow in the dark untuk setiap pemain, pengalaman bermain di atas gelanggang bertaraf perlawanan BWF yang dibawa khas dari Macao Open, gelanggang berhawa dingin dan terhad kepada 8 orang pemain maksima.

Anda juga boleh mendapatkan pakaian khas glow in the dark yang boleh dibeli di situ. Mereka juga menjual bulu tangkis glow in the dark dengan harga RM15 untuk setiap tube.

Untuk membuat tempahan bagi menikmati pengalaman unik Shuttle In The Dark ini, anda boleh pergi ke laman web mereka ataupun muat turun aplikasi AFA yang disediakan secara percuma di Google play dan Apple app store. 

Bagi sesiapa yang menggemari permainan badminton ini, Shuttle In The Dark ini merupakan satu pengalaman yang wajib dicuba walaupun sekali. Sihatkan badan anda dan nikmati pengalaman unik ini.

Social Media: Facebook | Instagram

Alamat: Concourse Level, Petronas Twin Tower, Twin Towers Fitness Centre, 50088 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (7.30am-8.30pm), Sabtu, Ahad & Cuti Umum (10.30am-5.30pm)

4/5 - (1 vote)