Skytrex Langkawi | Taman Cabaran Khas Untuk Pemburu Adrenalin

Adakah anda bersedia untuk menguji ketangkasan dan keberanian anda sambil menempuh rintangan yang mencabar dengan hati yang berdebar? Inilah yang menanti anda di Skytrex Langkawi! Di sini, pelbagai cabaran yang mengasyikkan disediakan untuk semua golongan usia.

Skytrex Langkawi - Papan Tanda Depan
Sumber: yosoykamal

Mencabar Kemahiran dan Ketangkasan Anda di Tiga Litar Berbeza

Skytrex Langkawi menawarkan tiga litar yang berbeza untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan: Little Legend Adventure, Eagle Thrill, dan Island Extreme.

Sumber: homeideal.langkawi

Setiap litar menampilkan pelbagai rintangan yang mencabar dan menarik.

Little Legend Adventure: Mula Pengembaraan Anda Dengan Zipline & Jambatan

Bermula dengan Little Legend Adventure, teroka dunia zipline yang mendebarkan sambil meluncur dari pokok ke pokok dan uji keseimbangan anda di atas jambatan mendatar di tengah-tengah hutan.

Sumber: the_pekentuts

Meneroka Litar Tahap Permulaan (Little Legend) dan nikmati aktiviti seperti Cable Walk, Flying Swing, U Rope, Flying Fox, Pipe Bridge, Walking Pipe, dan banyak lagi.

Sumber: the_pekentuts

Pengembaraan yang sesuai untuk keluarga, terutamanya mereka yang ingin mencuba aktiviti lasak dengan selamat.

Eagle Thrill: Tingkatkan Pengembaraan Anda dengan Rintangan yang Lebih Mencabar

Apabila anda bersedia untuk menghadapi aktiviti yang lebih mencabar, Eagle Thrill menunggu anda dengan rintangan seperti Cargo Net Up, U Rope, Fishermen Net & Flying Fox, Plank Bridge, dan banyak lagi.

Sumber: anna_mtvv

terbang melintasi kanopi hutan yang menakjubkan. Ini bukanlah pengembaraan untuk mereka yang lemah semangat, tetapi bagi mereka yang berani, keseronokan dijamin!

Skytrex Langkawi - Jambatan Gantung Yang Mencabar
Sumber: jcrawfordjc

Island Extreme: Uji Keberanian Anda dengan 35 Rintangan Yang Luarbiasa

Bagi mereka yang ingin mencari pengalaman adrenalin yang tak tertandingi, Island Extreme menawarkan 35 rintangan yang menakutkan seperti Saddle, Cargo Net Up, X Bridge, dan Surf Board.

Sumber: anna_mtvv

Keselamatan dan Keseronokan Terjamin

Di Skytrex Adventure Langkawi, keselamatan anda adalah keutamaan pihak pengurusan. Semua peralatan diselenggara dengan baik dan mengikut piawaian keselamatan yang ketat.

Sumber: fadhlypotter

Anda akan diberikan taklimat keselamatan sebelum memulakan pengembaraan dan anda akan mendapat bimbingan daripada jurulatih yang mesra dan berpengalaman, memastikan pengalaman yang selamat dan menyeronokkan. Bersama-sama dengan panduan profesional, anda akan dapat menguasai setiap cabaran dengan yakin dan selamat.

Sumber: sylvm

Percutian di Skytrex Langkawi pasti berbaloi bagi mereka yang mencari pengalaman fizikal yang luar biasa dan ingin menguji keberanian mereka.

Apakah Peralatan Keselamatan Yang Disediakan

Anda akan diberikan harnais, tali pengikat keselamatan, dan helm. Sebelum memulakan aktiviti, jurulatih akan memberikan taklimat keselamatan dan mengajar anda cara menggunakan peralatan tersebut.

Kod pakaian yang sesuai untuk menikmati pengalaman di Skytrex Langkawi

Untuk memastikan keselesaan dan keselamatan semasa menjalani aktiviti di Skytrex Langkawi, adalah disarankan memakai pakaian yang selesa dan sesuai untuk aktiviti lasak. Pakaian mudah kering seperti poliester adalah pilihan yang baik.

Baca: Senarai Destinasi Terbaik Di Langkawi

Anda juga harus memakai kasut yang sesuai, seperti kasut sukan yang mempunyai tapak yang tidak licin. Elakkan dari memakai selipar atau kasut bertumit tinggi, kerana ia tidak dibenarkan atas sebab keselamatan.

Alamat: Jalan Teluk Yu, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Setiap Hari (09:00am-05:30pm)

Harga Tiket: RM60

Media Sosial: Facebook | Instagram

Soalan Lanjut

1. Adakah terdapat had umur atau ketinggian untuk mengambil bahagian dalam aktiviti di Skytrex Langkawi?

2. Bagaimana cara untuk membuat tempahan dan adakah disyaratkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu sebelum mengunjungi Skytrex Langkawi?