Port Dickson, Negeri Sembilan memang menjadi antara destinasi pilihan terutama sekali bagi orang Kuala Lumpur dan Selangor. Tidak begitu jauh dari ibu negara, ia menjadi pusat getaway yang paling tepat untuk mendapatkan ketenangan dari kesibukan kotaraya di hujung minggu. Port Dickson diserikan lagi dengan pusat penginapan berkonsep kontainer baru bernama Solesor Kampong Beach Resort.
Terletak di Kampung Baru Teluk Pelanduk, Solesor Kampong Beach Resort ini menawarkan penginapan kontainer yang berwarna-warni. Berlatar belakangkan Alam semulajadi dan pantai, resort ini tampak eksklusif dan modern.
Terdapat beberapa jenis bilik penginapan di sini untuk anda pilih sesuai dengan saiz keluarga dan bajet anda. Bilik-bilik penginapan mereka semuanya dihias dengan rekaan simple, modern dan cantik.
Penggayaan unik mereka tidak sahaja terhad kepada bilik-bilik penginapan, malah, ruang umum dan persekitaran resort ini juga sangat cantik. Mampu membuatkan anda berasa seperti berada di negara luar, ruang legar mereka dihias dengan pokok-pokok yang diletakkan di lokasi-lokasi strategik.
Fasiliti-fasiliti mereka serba lengkap. Ruang makan mereka yang menyediakan makanan dari sarapan pagi ke makan malam, sangat stylish dan luas. Kolam renang mereka juga sangat menarik dengan konsep infinity.
Di sekeliling kolam ini tersedia tempat-tempat istirehat dan lepak yang selesa. Sudah sampai ke Port Dickson, tentulah wajib untuk ke pantai. Anda boleh menikmati hari indah di pantai dengan pelbagai aktiviti menarik.
Jadi, jika anda mencari destinasi buat hujung minggu anda, pastikan anda cuba lihat Solesor Kampung Beach Resort di Facebook dan Instagram untuk melihat sendiri gambar-gambar menarik dan dapatkan maklumat terkini.
Alamat: Lot 4003, Jalan Batu 12, Kampung Baru Telok Pelanduk, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan