Splatter Art Factory Subang Jaya | Ekspresi Diri Anda Melalui Seni Disini

Seni adalah subjektif. Ia adalah sejenis ekspresi diri yang terbuka kepada interpretasi individu. Paling utama, seni adalah sejenis aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan. Jika anda ingin mencuba ekspresi seni yang unik, cubalah ke Splatter Art Factory di Subang Jaya.

Terletak di kawasan industrial USJ, Subang Jaya, Splatter Art Factory ini memang agak tersembunyi. Namun, setibanya di sini, anda akan diperkenalkan dengan pengalaman seni yang bukan sahaja unik, tetapi juga sangat menyeronokkan.

Baca: 25 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya

Malah, di sini anda digalakkan untuk membawa bersama keluarga, rakan-rakan atau kenalan-kenalan bekerja untuk merapatkan lagi hubungan keluargaan dan teamwork.

Splatter Art Factory Subang Jaya - Destinasi Seni Menarik
Sumber: @splatterartfactory

Apakah aktiviti yang boleh dilakukan di sini? Tentulah menghasilkan seni. Pakej mereka termasuk 1 canvas yang boleh dibawa pulang dan penyediaan berus, alatan, pewarna acrylic, ponco lindungan baju dan kasut serta goggle atau pelindung mata. Ye lah, tentunya kotor sana sini nanti.

Splatter Art Factory Subang Jaya - Gambar Bunga Dan Pelukis
Sumber: @fie.afiqah

Seni yang akan anda hasilkan nanti boleh dicipta melalui pelbagai teknik mengikut kreativiti dan kesukaan anda.

Ada yang merenjis warna dari berus, mempercikkan warna menggunakan berus gigi, malah ada yang meletupkan belon berisi warna. Memang seronok.

Splatter Art Factory Subang Jaya - Pelbagai Pilihan Cat
Sumber: @fie.afiqah

Untuk mengambil bahagian dalam aktiviti menarik ini, anda perlu membuat tempahan bersama mereka melalui laman Instagram atau Facebook mereka.

Bayaran juga secara online. Ini adalah supaya mereka dapat menjaga keselamatan dan mengikut SOP yang disediakan. Setelah selesai sesi berseni anda, hasil tangan anda akan dibiarkan untuk kering.

Splatter Art Factory Subang Jaya - Hasil Seni Pelanggan
Sumber: @splatterartfactory

Masa pengeringan akan mengambil masa dari 24 ke 48 jam bergantung kepada ketebalan warna yang digunakan. Setelah ianya kering, anda boleh kembali ke Splatter Art Factory dan membawa pulang karya agung anda sebagai perhiasan di rumah dan kenangan yang tidak ternilai.

Splatter Art Factory Subang Jaya - Gambar Pelanggan Gembira
Sumber: @izzatisuza

Jadi jika anda mencari suatu aktiviti yang luarbiasa dan unik untuk mengeratkan hubungan bersama yang tersayang, kami syorkan anda cuba menghasilkan seni bersama. Warnai dunia anda dengan cara yang cukup menyeronokkan.

Waktu Operasi: 10am-5pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)

Alamat: 50, Block C, Lot, 49 &, 777, Jalan Subang 4, Ultramine Industrial Park, 47610 Subang Jaya, Selangor

5/5 - (1 vote)