Terdapat banyak lokasi Starbucks menarik di seluruh dunia tetapi jangan terlepas pandang tentang keunikan Starbucks yang ada di Malaysia.
Dengan perincian seni bina dan hiasan dalaman yang cukup mengujakan, tentunya anda mahu senaraikan 7 lokasi Starbucks menarik di Malaysia dalam senarai tempat yang harus anda kunjungi! Apatah lagi dengan sekatan perjalanan ke luar negara buat masa sekarang, sudah tiba waktunya anda mengembara ke lokasi tempatan yang tidak kurang hebatnya.
Kandungan
- 1. Starbucks Bertemakan Rumah Kaca – Teluk Cempedak, Kuantan
- 2. Starbucks bertemakan Perkampungan ala Perancis – Bukit Tinggi, Pahang
- 3. Kafe Starbucks yang ke-300 di Malaysia – Bukit Bintang, KL
- 4. Starbucks Signing Store – Bangsar Village II
- 5. Starbucks di dalam Bangunan Warisan- Georgetown, Penang
- 6. Starbucks by The Beach – Batu Ferringhi, Penang
- 7. Starbucks dengan konsep ala Industri- Malim Jaya, Melaka
1. Starbucks Bertemakan Rumah Kaca – Teluk Cempedak, Kuantan

Starbucks yang pertama di senarai kami terletak di lokasi yang amat strategik menghadap pantai Teluk Cempedak.

Antara ciri yang membuat kafe dua tingkat ini unik adalah rekabentuk tingkap hadapanya yang terbentang luas dari siling ke lantai, memberikan anda pemandangan yang sangat mempersonakan.

Bersantai sambil menikmati secawan kopi sambil disajikan pemandangan pantai yang nyaman tentunya satu pengalaman yang cukup mengujakan. Jangan lupa pula untuk ambil gambar di pintu masuk kafenya yang cantik itu!
2. Starbucks bertemakan Perkampungan ala Perancis – Bukit Tinggi, Pahang

Ini satu lagi lokasi menarik Starbucks yang boleh anda kunjungi jika anda seorang yang sukakan kawasan sejuk dan berangin untuk menikmati secawan kopi enak.
Cawangan Starbucks di Bukit Tinggi, Pahang ini menampilkan konsep rekaan dalaman ala-ala French Village dengan dindingnya dihiasi warna merah jambu dan dilengkapkan dengan binaan tingkap-tingkap berciri bangunan lama masyarakat Perancis.

Bukan sahaja lokasi terbaik untuk bersantai bersama kawan-kawan dan keluarga menikmati pelbagai pilihan rasa kopi, tapi juga tempat yang cukup sesuai untuk mengambil gambar. Para instagrammer, tunggu apa lagi?
3. Kafe Starbucks yang ke-300 di Malaysia – Bukit Bintang, KL

Tahukah anda Starbucks ini merupakan cawangan yang ke 300 dibuka di Malaysia? Apa yang membuatkan cawangan ini istimewa adalah kerana ianya menampilkan tema suasana rustic dilengkapi rekaan dalaman dengan siling tinggi bersama hiasan lampu yang elegan.

Bukan itu sahaja, tingkapnya unik dengan lekukan melengkung dan rekaan luar bercirikan batu-bata tentunya menjadikan kafe ini lain daripada biasa.

Pastinya lokasi Starbucks ini tidak rugi anda kunjungi untuk bersantai menikmati secawan kopi Starbucks yang enak setelah penat seharian membeli belah.

4. Starbucks Signing Store – Bangsar Village II

Terletak di Bangsar Village II, cawangan Starbucks seumpama ini adalah yang pertama di seluruh dunia menampilkan komitmen Starbucks untuk menjadi sebuah syarikat di mana setiap golongan masyarakat diraikan sebagai pelanggan.
Starbucks Signing Store ini ialah kafe bahasa isyarat Starbucks yang pertama di dunia (yang kedua dibuka di Burma Road, Pulau Pinang) dan dikendalikan oleh sekumpulan rakan kongsi yang berlainan upaya (pekak) serta beberapa orang barista yang cukup berpengalaman.

Anda akan disambut dengan senyuman dan layanan mesra sebaik tiba untuk membuat pesanan, tentunya menjanjikan kunjungan ke cawangan Starbucks ini bakal memberikan satu pengalaman unik yang sukar didapati di tempat lain. Jadi tunggu apa lagi? Segera kunjungi lokasi ini ya!
5. Starbucks di dalam Bangunan Warisan- Georgetown, Penang

Kepada pencinta kopi yang mahu perasaan kembali ke masa lalu boleh bergegas ke Starbucks seterusnya yang berada di Pulau Pinang.



Starbucks yang mendiami bangunan warisan sejarah ini dihiasi lantai jubin yang elegan dan reka bentuk dalaman berciri tradisional.

Nikmati kopi Starbucks kegemaran anda dan jangan lupa untuk bergambar sepuasnya di setiap bahagian dalaman kafe yang unik ini terutamanya di dinding berlatarkan warna putih yang tentunya menjadikan gambar anda kelihatan seperti photo vintage!
6. Starbucks by The Beach – Batu Ferringhi, Penang

Dengar nama Starbucks by The Beach ini sudah cukup untuk buat anda rasa teruja! Anda dapat menikmati suasana santai ditepi pantai berserta pemandangan laut yang luas sambil ditemani secawan kopi latte Starbucks kegemaran.


Ibu bapa yang merancang untuk membawa anak kecil juga tidak perlu bimbang kerana terdapat in-house sandbox khas untuk kanak-kanak.
Anda boleh menikmati minuman anda dengan tenang sambil anak anda sibuk membina istana pasir.
7. Starbucks dengan konsep ala Industri- Malim Jaya, Melaka

Dibuka pada tahun 2019, kafe dua tingkat yang luas ini adalah cawangan Starbucks yang terbaharu dan terbesar di Melaka.
Dengan ruang tempat duduk dua tingkat dan tempat letak kereta yang besar, anda tidak perlu berebut untuk mendapatkan tempat duduk di sini.

Tambahan pula, anda dapat menikmati keindahan konsep dalamannya yang bercirikan ala-ala industri yang menampilkan elemen kayu dikelilingi kehijauan di bahagian luar.

Jadi, pastikan anda sertakan kafe ini dalam senarai kafe wajib lawat semasa berkunjung ke Melaka untuk food hunting nanti. Kalau perut terasa lapar, boleh terus memesan hidangan utama popular mereka iaitu spagetti dan cheese-baked rice yang pasti memikat deria rasa. Rugi kalau tak cuba!
Begitulah senarai 7 cawangan Starbucks luarbiasa yang berada di negara kita.
Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menikmati sendiri pengalaman unik bersantai di lokasi menarik Starbucks seperti yang telah disarankan di atas. Adakah kami terlepas mana-mana lagi cawangan Starbucks yang luar biasa di negara ini? Beritahu kami!