Cyberjaya, Kuala Lumpur memang banyak pilihan restoran. Merupakan hub teknologi negara, kawasan ini memang dipenuhi golongan professional dalam dan luar negara.
Jadi, makanan yang sihat dan ringkas menjadi pilihan terbaik untuk anda. Nikmati hidangan ala Tex-Mex dan Turki yang menjanjikan keistimewaan dari Stuff’d.
Lokasi
Terletak di DPULZE Shopping Centre, Stuff’d berada di tingkat UG. Ia merupakan sebuah restoran yang kecil molek yang boleh memuatkan pelanggan dine-in yang cukup. Anda hanya perlu order di kaunter, dan buat bayaran sebelum menikmati hidangan anda. Mudah, bukan?
Sistem yang ringkas ini pasti memudahkan pelanggan untuk mendapatkan makanan mereka dengan cepat, efisyen dan betul.
Rekaan dan hiasan dalaman di sini juga simple dan kemas. Nampak modern dan fresh sahaja. Konsep kasual dining mereka juga memberikan suasana yang santai namun tetap bertenaga.
Menu & Harga
Menu yang mereka tawarkan juga simple namun sangat bervariasi. Mereka lebih fokus kepada makanan jenis wrap atau dibalut. Inspirasi menu mereka datang dari makanan dari Mexico dan Turki dan memastikan makanan mereka adalah mudah dan ringkas. Sesuai dengan gaya hidup on-the-go masyarakat Kuala Lumpur.
Antara kegemaran ramai di sini ialah taco. Taco merupakan sejenis makanan Mexico yang diperbuat dari tortilla tepung dan diisikan dengan inti mengikut pilihan anda. Di Stuff’d mereka menawarkan 2 pilihan inti iaitu ayam dan daging. Setiap set didatangkan dengan 2 taco.
Selain itu, anda juga boleh mencuba burrito. Ia merupakan sejenis wrap yang diperbuat dari tortilla dan juga diisi dengan pilihan inti ayam atau daging yang bernama chilli con carne. Jika anda seorang vegetarian, mereka juga menawarkan pilihan inti sayuran sahaja.
Hidangan lain yang boleh anda cuba ialah quesadilla. Quesadilla pula lebih kurang seperti burrito. Bezanya ia mempunyai cheese di dalam yang menjadikan wrap ini lebih menarik kepada peminat keju. Wrap dari Turki pula anda boleh cuba Kebab.
Kebab mungkin bukan sesuatu yang baru tetapi rasa kebab dari Stuff’d ini memang seperti kebab Timur tengah. Dengan daging pilihan, antara ayam atau daging yang dipanggang atau grill, disempurnakan lagi dengan sayuran dan sos pilihan anda seperti honey mustard, smoky BBQ, habanero, mayo cucumber sebelum dibalut dengan tortilla, memang sedap.
Bagi yang mahukan makanan sama tetapi tanpa roti, anda boleh cuba Daily Bowl. Sejenis hidangan yang mencampurkan nasi cilantro atau kentang putar dengan sayuran, kekacang dan protein pilihan menyerupai salad. Di sini mereka menawarkan Daily Bowl berinti ayam, daging, atau sayuran sahaja.
Stuff’d juga menyediakan pelbagai topping yang boleh ditambah seperti keju, guacamole, hummus dan bermacam lagi. Tetapi, add-ons ini akan dikenakan cas tambahan ya.
Minuman yang mereka tawarkan adalah air mineral ataupun minuman ringan. Namun, jika anda mahukan hidangan yang sihat, minumlah air mineral, kan. Harga makanan di sini adalah seperti berikut:
Kebab:
Chicken | RM 10.90 |
Beef (chilli con carne) | RM 11.90 |
Veggie | RM 10.30 |
Burrito:
Chicken | RM 17.20 |
Beef (chilli con carne) | RM 18.20 |
Veggie | RM 16.50 |
Quesadilla:
Chicken | RM 15.50 |
Beef (chilli con carne) | RM 16.50 |
Veggie | RM 14.90 |
Tacos:
Chicken | RM 10.90 |
Beef (chilli con carne) | RM 11.90 |
Daily Bowl:
Chicken | RM 16.50 |
Beef (chilli con carne) | RM 17.50 |
Veggie | RM 15.90 |
- Add-ons/Tambahan: Dari RM1- RM3.80
- Upgrade kepada ‘Meal It’ (1 Minuman Percuma) tambah RM3 sahaja
Fasiliti
Kerana lokasinya yang terletak di dalam sebuah shopping centre, ia memudahkan anda menikmati semua fasiliti yang tersedia di mall ini. Jadi kemudahan tandas, surau dan tempat letak kereta bukan sesuatu yang perlu anda risaukan. Malah, kedai ini cukup selesa berhawa dingin.
Status
Restoran Stuff’d adalah mesra Muslim dan tidak menghidangkan atau menggunakan apa-apa produk tidak halal. Jadi, nikmatilah tanpa was-was.
Jadi, jangan berlengah lagi dan cuba sendiri keistimewaan yang dibawakan oleh Stuff’d. Restoran pilihan buat warga kota yang mementingkan kesihatan, yang sering on-the-go dan penggemar makanan Tex-Mex dan Turki yang menjanjikan kelainan.
Bagi yang tidak pernah rasa lagi makanan-makanan genre ini, ia tentu membuatkan anda datang kembali. Rasa Mexico dan Turki yang dibawa khas untuk orang Malaysia.
Media Sosial: Facebook | Instagram
Alamat: Lot UG-22, D’Pluze Shopping Centre, Persiaran Multimedia, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: 10.30am-9pm (setiap hari)