Janda Baik cukup sinonim dengan pusat-pusat penginapan dan percutian yang menarik. Namun, Sugeh Hill Resort membawa kelainan dengan gandingan modern dan tradisional sambil dikelilingi alam semulajadi, menjadikan percutian anda relaxing, aman dan santai. Resort yang dimiliki Dato’ Aliff Syukri ini sungguh mesra keluarga.
Lokasi
Terletak di atas Bukit, dengan keluasan 8 ekar, Sugeh Hill Resort menyediakan penginapan yang berbagai konsep dan landscape yang cukup indah untuk percutian yang berkonsep hutan hujan tropika.
Hanya lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, pastinya ini menjadi tempat yang sesuai buat anda yang mencari persinggahan dan percutian short getaway dari kesibukan ibu kota.
Penginapan
Dengan lebih dari 40 jenis bilik untuk dipilih, tentunya anda akan dapati bilik yang paling sesuai dengan percutian dan bajet anda.
Untuk 2 orang (Bermula dari RM100 semalam)
- Rumah Batak
- Sedap Malam
- Hamba Raja
- Sekali
- Gadis Lompat
- Pandan Wangi
- Tenggek Burung
- Lidah Buaya
- Kuku Garuda
- Durian
- Manggis
- Halia Bara
- Gajah Beranak
- Bawang Emas
- Kelapa Beruk
- Kekabu Hutan
- Letup Letup
- Patawali
- Kucing Galak
- Serindit
- Rajawali
Untuk 3 orang (bermula dari RM312 semalam)
- Subang Nenek
- Dukung Anak
Untuk 4 orang (bermula dari RM300 semalam
- Derhaka Mertua
- Mahkota DEWA
- Belalai Gajah
- Rambutan
- Kantan
- Serai
- Janda Berhias
- Janda Tua
- Janda Muda
- Janda Kaya
- Janda Ayu
- Janda Lawa
- Janda Comel
- Cenggal
- Jati
- Menanti
- Balau
- Dato’ Seri
- Dato’ Paduka
Untuk 6 orang (bermula dari 700 semalam)
- Dato’ Wira
- Untuk 10 orang (bermula dari RM1,000 semalam)
- Dorm Bawah
- Untuk 12 orang (bermula dari RM1,400 demam)
- Sundal Malam & Sundal Malam Studio
- Enggang & Kenyalang
Untuk 14 orang ( bermula dari RM1,000 semalam)
- Dorm atas
Hampir kesemua penginapan di sini di lengkapi dengan kelengkapan yang Sama seperti bilik berhawa dingin, TV, cerek, tuala dan toiletries. Tapi sudah tentu bilik-bilik yang lebih mahal mempunyai kelengkapan lebih tersendiri. Untuk melihat sendiri gambar-gambar dan kelengkapan bilik, sila klik di sini.
Fasiliti
Sugeh Hill Resort menyediakan pelbagai fasiliti yang akan membuatkan percutian anda lebih lengkap. Kolam renang mereka cukup menyeronokkan untuk kanak-kanak.
Berdekatan dengan kolam renang, terdapat juga kafe di mana anda boleh menjamu selera jika tak dan nak masak. Sugeh Hill Resort ini juga dilengkapi dengan gym dan spa tau. Untuk yang kaki gym tu boleh la teruskan rutin exercise anda.
Aktiviti
Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Satu malam penginapan mungkin tidak mencukupi untuk mencuba semuanya. Antara yang istimewa di sini ialah:
- Flying Fox – Ya! Anda boleh mencuba aktiviti ini bersama keluarga. Dengan harga RM30 (dewasa) dan RM20 (kanak-kanak), nikmati pemandangan alam semulajadi dari ketinggian aras pokok.
- Sungai – Sungai yang berdekatan ini sangat sesuai untuk anda mandi, beriadah dan berkelah. Tanpa dikenakan apa-apa bayaran.
- Riding – Anda boleh menikmati aktiviti berbasikal dengan harga sewaan RM10 setiap satu atau cuba ATV yang juga boleh disewa.
- Mini Zoo – Bagi anda yang bercuti bersama kanak-kanak, ini mungkin antara tarikan yang exciting. Anda boleh melihat dan berinteraksi sendiri bersama kuda, rusa dan swan.
- Karaoke – Ini tentulah aktiviti pilihan di mana-mana tempat percutian kan? Istimewanya di sini, anda tidak dikenakan bayaran untuk berkaraoke tapi perlu membayar deposit.
- Dayung Sampan – Di sini terdapat tasik kecil yang menyediakan aktiviti bersampan. Bagi yang belum pernah menaiki atau mendayung sampan, aktiviti ini mesti dicuba.
- BBQ – Seharusnya tempat sebegini menyediakan BBQ pit tetapi arang dan bahan BBQ perlu disediakan sendiri ye.
Fakta Menarik
- Sugeh Hill Resort terletak dalam dusun durian. Jika anda bernasib baik, datang pada musim durian, dapatlah makan durian percuma. Konsep durian gugur, ambil je, membolehkan anda menikmati durian fresh. Sedap nya!
- Sesuai dijadikan pusat percutian family day, gathering dan company trip, dengan penginapan, aktiviti dan dewan yang cukup untuk keperluan anda.
- Berdekatan dengan Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, anda boleh ke sini untuk berjalan-jalan atau ke Japanese Garden untuk sesi fotografi.
- Anda juga boleh ke Bilut Extreme Park di mana anda boleh menaiki ATV, bermain Paintball atau memanah.
Itu dia, serba lengkap, bukan? Ternyata Dato’ Aliff Syukri menitik beratkan dan prihatin terhadap semua jenis pelawat yang akan datang ke sini.
Sama ada mempelai baru yang ingin berhoneymoon, keluarga bersama anak-anak kecil, pengunjung berkumpulan, atau pengunjung bersama warga emas, semua tidak terkecuali.
Rekaan resort yang ala-ala perkampungan disesuaikan dengan suasana alam semulajadi dan hutan natural, akan menyuntik perasaan aman, damai dan bahagia. Pastikan anda jadikan Sugeh Hill Resort antara pilihan penginapan anda apabila berkunjung ke Janda Baik, Pahang.
Laman Sosial : Facebook | Instagram | Laman Web
Email: sugehvillagecountryhouse@gmail.com
Alamat: Lot 495, Kampung Chemperuh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia