Buat anda yang mencari-cari aktiviti dan destinasi hujung minggu untuk luangkan masa bersama keluarga, apa kata anda ke Sunset Paradise yang terletak di Sepang. Pusat rekreasi dan tarikan pelancong ini menyediakan keseronokan buat seisi keluarga. Terletak di Pantai Bagan Lalang, pemandangan di sini memang cukup indah, terutama pada waktu matahari membenam.
Apa yang terdapat di sini? Macam-macam ada. Dinosaur Park di sini menyediakan taman replika dinosaur yang berbagai jenis. Pastinya kanak-kanak yang sukakan dinosaur menjadi teruja melihat haiwan prehistoric ini seakan-akan ada di depan mata.
Fun Fair pula merupakan sebuah karnival yang menyediakan mainan dan rides yang klasik dan menyeronokkan. Menjanjikan waktu bersama keluarga yang cukup istimewa.
Yang terbaik di sini, pilihan makanan memang sangat luas. Kedai kopi bernama sunset kopi menyediakan variasi minuman kopi, teh dan chocolate yang boleh diminum panas atau sejuk. Ruang minum yang berdekatan dengan perairan memang memberikan suasana yang cukup damai.
Baca: Pantai Floria Putrajaya
Bakery dan dessert juga ada disediakan di Sunset Paradise ini untuk anda menikmati bersama kopi. Untuk makanan yang lebih berat, anda boleh mencuba Tai Yummy Seafood dan BBQ Restaurant. Dekorasi dan hiasan di kedai-kedai makan ini sangat menarik. Makanan yang ditawarkan juga tidak kurang hebat.
Kawasan di sekitar Sunset Paradise ini juga dihiasi dengan pelbagai lampu-lampu LED dan tempat-tempat bergambar. Malah, jika anda merancang sesuatu kejutan atau Malam romantik, mereka juga menyediakan tempat makan khas.
Jadi, jadikanlah Sunset Paradise @ Sepang ini salah satu pilihan untuk destinasi dan aktiviti hujung minggu anda dan keluarga. Ikuti laman Facebook dan Instagram mereka untuk maklumat terkini.
Baca: 18 Tempat Glamping Menarik Di Malaysia Yang Seronok & Mesra Alam
Alamat: Jalan Pantai Bagan Lalang, Kampung Bagan Lalang, 43950 Sepang, Selangor
Waktu Operasi: 10am-10pm setiap hari