Super Saigon | Nikmati Makanan Fusion Australia-Vietnam Istimewa

Makanan fusion bukan sesuatu yang baru dalam industri pemakanan. Seringkali kita dihidangkan dengan gandingan makanan dari budaya yang berbeza. Makanan fusion Australia-Vietnam menjadi taruhan Super Saigon.

Super Saigon Meals

Super Saigon dimulakan oleh golongan yang sama yang mencipta La Juiceria Superfoods. Menggabungkan yang terbaik dari makanan Australia iaitu daging wagyu dengan makanan comfort food masyarakat Vietnam iaitu Pho, Super Saigon telah menaikkan level nikmat makan Pho ke tahap yang berbeza.

Melbourne Style Pho

Pho adalah sejenis makanan staple bagi masyarakat Vietnam. Ia sejenis dish yang berasaskan sup dan mengandungi beberapa elemen asas seperti kuah sup (broth), mee Bahn Pho iaitu sejenis mee beras, herba dan rempah serta hirisan daging empuk.

Hot Pho Dengan Bone Broth, Avocado Smoothie, Fried-Spring-Roll
Hot Pho Dengan Bone Broth, Avocado Smoothie, Fried-Spring-Roll

Pho biasanya dihidangkan bersama sejenis sambal yang dipanggil sate sauce. Tapi bukan kuah satay orang melayu ye. Secara Tradisional, hirisan daging nipis tidak dimasak namun akan masak sehingga medium rare atau separa masak apabila dicurahkan sup panas ke atasnya. Di Vietnam, Pho ini dihidang di rumah, di jual di warung jalanan dan juga restoran-restoran.

Girl Enjoying Super Saigon

Namun Super Saigon telah memberikan makanan Vietnam terkenal ini identiti baru dengan menyuntik sedikit rasa Australia. Menggunakan daging, ayam, herba dan rempah ratus premium dari Australia, Super Saigon mencipta sendiri Melbourne Style Pho.

Dengan kuah sup istimewa mereka yang dimasak selama 8 jam menggunakan resepi rahsia, kuah sup Pho mereka sangat penuh dengan flavour. Anda juga boleh pilih antara hirisan daging, hirisan ayam atau kedua-duanya sekali. Jika anda vegetarian, tiada masalah, mereka juga menyediakan vegetarian Pho khas untuk pelanggan vegetarian mereka.

Menu Lain

Walaupun Melbourne Style Pho merupakan menu pilihan dan kegemaran ramai, menu lain dari Super Saigon juga disukai ramai. Antara yang mesti anda cuba ialah Vietnamese Rice Paper Rolls. Sejenis wrap yang menggunakan kulit beras dan diisi dengan sayuran dan pilihan antara udang, ayam atau sayur sahaja, Vietnamese Rice Paper Rolls ini dihidangkan bersama sos yang cukup lazat.

Ada juga Crispy Spring Rolls jika anda lebih sukakan yang rangup. Lebih kurang macam popia, Crispy Spring Rolls mereka mempunyai pilihan inti vegetarian, ayam atau ayam dan udang. Isinya juga cukup padat.

Anda juga boleh mencuba Bahn Mi dari Super Saigon. Ia sejenis roti aka baguette Perancis. Bahn Mi ini boleh dijadikan sandwich aka Subway dengan inti pilihan anda. Antara ayam serai, daging diracik halus atau campuran salami ayam, semuanya meliurkan.

Spicy Beef Bulgogi Banh Mi
Spicy Beef Bulgogi Banh Mi

Kalau anda nak tahu, Bahn Mi ini boleh juga dimakan begitu sahaja, bersama sedikit butter atau susu sejat dan dicicah ke dalam kopi Vietnam istimewa mereka. Barulah rasa seperti di Vietnam.

Menu-menu lain seperti nasi dan mee juga ada. Jadi jangan risau sekiranya anda membawa ahli keluarga yang mesti nak makan nasi. 

Crispy XXL Chicken Chop
Crispy XXL Chicken Chop

Dessert Vietnam & Lokal

Super Saigon menyediakan pencuci mulut yang sesuai dihidang selepas makan makanan Vietnam yang kaya dengan rasa. Flan Creme Caramel mereka cukup digemari ramai, ada topping Biscoff pulak tu. Mereka juga menawarkan Coconut Coffee Affogato, yang merupakan aiskrim kelapa yang dimandikan bersama kopi. Cukup menyelerakan. Terbaru mereka juga membawa Yum Thong Sui, sejenis jenama dessert masyarakat Cina.

Kopi Vietnam

Jika anda pernah ke Vietnam, anda pasti pernah mencuba kopi Vietnam. Kalau rindu nak minum kopi Vietnam, singgahlah ke Super Saigon. Mereka membuat kopi mereka menggunakan proses drip brewing yang menggunakan “pinh” – sejenis penapis kopi yang khas dari Vietnam. Selalunya kopi Vietnam ni dihidangkan dengan bancuhan susu sejat dan boleh diminum panas ataupun sejuk berais.

Penghantaran/Delivery

Jika anda terlalu sibuk dan tidak dapat berkunjung ke Super Saigon, berita baik buat anda, Super Saigon boleh dipesan melalui applikasi Grabfood dan Oddle.

Cawangan

Seperti yang dikatakan, Super Saigon mempunyai 8 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Super Saigon KL East Mall
Super Saigon KL East Mall

Mari kami senaraikan dan lihat mana cawangan yang paling berdekatan dengan anda.

Sri Hartamas2 Jalan Sri Hartamas 8, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur+603-2856988611:00am-09:00pm
Ampang34, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur+6032856999810:00am-09:45pm
Bangsar75, Jalan Bangkung (Off Jalan Maarof), Bangsar, 59100 Kuala Lumpur+603-28569936 11:00am-08:30pm
Menara Hap Seng 2Level 1-01, Menara Hap Seng 2, Plaza Hap Seng, No 1, Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur+603-27734713Isnin-Jumaat – 9:00am-8:00 p.m

 

Sabtu & Ahad – 10:00am-6:00 p.m.

Subang Parade G32 & LG33, Subang Parade, No 5, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya+603-8600892311:00am-09:00pm
Main PlaceGF-21 & 22, Main Place Mall, Jalan usj 21/10, Usj 21, 47630 Subang Jaya, Selangor+603-86019698 11:00 am-08:20 pm

Halal

Super Saigon menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal dan laman web mereka menyatakan bahawa mereka sentiasa berusaha dan bangga menjadi restoran Vietnam yang Muslim friendly.

Baca: 6 Tempat Makan Dim Sum Halal & Best Di KL

Jadi, jika anda teringin mencuba atau merindui rasa makanan Vietnam, jangan lupa untuk mencuba Super Saigon. Makanan Vietnam dengan sentuhan Melbourne, rasa luarbiasa.

Pastikan anda ikuti mereka di laman sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk dapatkan maklumat tentang promosi dan update tentang Super Saigon.

Portal Rasmi: YouTube | Laman web

4/5 - (1 vote)