Meluangkan masa bersama keluarga dan beriadah melakukan aktiviti sihat bukan sahaja mengeratkan hubungan, malah membantu meningkatkan tahap kesihatan pada tahap optimum. Lebih-lebih lagi pada waktu pandemik ini.
Antara pusat beriadah yang tentunya mementingkan aktiviti fizikal dan senaman ialah Superpark Malaysia yang terletak di Avenue K, Kuala Lumpur.
Direka khas oleh founder, Taneli Sutinen, ia terinspirasi dari pengalaman beliau membawa anak perempuannya bermain di sebuah taman permainan indoor di mana beliau diajak untuk bermain bersama. Namun, kelengkapan yang disediakan khas untuk kanak-kanak itu ternyata terlalu kecil untuknya.
Jadi, dari situ beliau bercita-cita menghasilkan sebuah taman tema aktiviti atau taman permainan indoor yang boleh disertai oleh semua ahli keluarga, baik orang dewasa atau kanak-kanak.
Tahun 2012, bermulalah perjalanan Superpark yang kini mempunyai 13 cawangan di Finland, dan cawangan antarabangsa termasuk Hong Kong, Sweden, China, Singapura dan Malaysia.
Mementingkan aktiviti-aktiviti sihat, Superpark terbahagi kepada 3 bahagian.
- Adventure Area – bahagian ini lebih kepada aktiviti seperti flying fox, trampoline, trek ninja, gelongsor tube dan banyak lagi. Menggabungkan keseronokan dengan cabaran yang menguji fizikal dan mental kanak-kanak, menyumbang kepada pembesaran mereka.
- Game Arena – bahagian ini menempatkan aktiviti yang berteraskan sukan seperti baseball, basketball jalanan, bowling, golf dan banyak lagi. Bahagian ini mungkin sahaja menjadi kesukaan orang ramai, termasuk orang dewasa.
- Freestyle Hall – bahagian ini membawa aktiviti-aktiviti lifestyle yang berbeza seperti wall climbing, skate, dan iwall yang menggabungkan senaman dengan gaming.
Memastikan Superpark sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk digunakan, mereka mempraktikkan SOP yang ketat. Pusat ini disanitasi setiap 2 jam selama setengah jam. Anda juga dinasihatkan memakai pakaian yang bersesuaian. Kasut sport adalah wajib bersama stokin grip.
Ticket bermula dari RM53 ke atas untuk akses ke seluruh taman. Untuk mendapatkan tiket anda, klik di sini. Atau ikuti laman media sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk promosi dan maklumat lanjut. Bermain, berseronok dan kekal sihat di Superpark.
[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: 10am-7pm (Selasa-Ahad) tutup pada hari Isnin[/su_tab][/su_tabs]