Pulau Pinang memang antara destinasi percutian yang sangat digemari, baik dari orang kita sendiri mahupun pelancong luar negara. Sering digelar Syurga Makanan, Penang memang sinonim dengan juadah-juadah lazat yang susah didapati di negeri lain.
Namun, ada satu tempat di Penang yang memelihara tarikan lain di sini. Taman Botani Penang menjaga keindahan alam semulajadi Malaysia yang tiada tandingan. Anda mesti lawati sendiri untuk menyaksikanya.
Latar Belakang
Suatu masa dahulu, tapak Botanic Gardens, atau Taman Botani ini adalah sebuah lombong batu granit. Pada tahun 1884, pihak British telah menjadikannya sebuah Taman Botani yang dulunya dikenali sebagai Waterfall Gardens.
Berkeluasan 29 hektar, taman ini dipelihara dan dikekalkan tanpa diganggu oleh pembangunan. Sejak dari kurator pertama mereka, Tuan Charles Curtis, sehingga kini, mereka tetap dengan visi utama mereka iaitu mendekatkan masyarakat dengan alam semulajadi.
Baca: Entopia Pulau Pinang | Taman Rama-Rama Luarbiasa Di Penang
Misi mereka adalah untuk menjaga, mengkaji, dan menjadikan ia sebuah pusat riadah, tarikan pelancong dan menyediakan perkhidmatan horticulture dan landskap.
Tarikan
Terdapat 11 taman botanik berbeza di Penang Botanic Gardens. Setiap satu mempunyai tema yang berbeza.
- Aquatic Garden (Taman Akuatik) – Nikmati keindahan flora yang hidup di atas dan dalam air.
- Economic Garden (Taman Ekonomi)
- Quarry Garden (Taman kuari)
- Secret Garden (Taman rahsia)
- Herbs Garden (Taman Herba) – pelajari tentang tumbuhan-tumbuhan herba yang boleh digunakan dalam masakan, kecantikan dan kesihatan
- Aroid Trail (Laluan Aroid)
- Lily Pond (Tasik Lili)
- Curtis Trail (Denai Curtis) – laluan untuk hiking dan jogging
- Formal Garden (Taman Formal)
- Sunken Garden (Taman Mendap)
- Japanese Garden (Taman Jepun) – Taman zen yang direka khas berdasarkan budaya Jepun
Di sini juga terdapat 4 rumah Greenhouse yang menempatkan dan mengetengahkan 4 jenis tumbuhan spesifik, iaitu:
- Fern House (Rumah Paku-Pakis)
- Cactus & Succulent House (Rumah Kaktus)
- Orchidarium (Rumah Orkid)
- Bromeliad House (Rumah Bromeliad)
Dengan tarikan yang banyak seperti ini, dan pemandangan dan persekitaran yang cukup aman, damai dan menenangkan, tidak hairanlah ramai yang memilih untuk beriadah, berkelah, dan bersenam di sini.
Waktu Pembukaan
Buat pengetahuan anda, Taman Botani Penang ini beroperasi dari 5am pagi hingga ke 8pm malam, setiap hari. Jadi ramai penduduk setempat akan bersenam di sini awal pagi sebelum bekerja atau lewat petang setelah pulang dari kerja. Kemasukan juga adalah percuma.
Fasiliti
Kerana ia sudah pun menjadi taman kegemaran ramai dan sebuah pusat pelancongan, mereka memastikan fasiliti di sini cukup lengkap dan memudahkan semua. Kemudahan awam seperti tandas, surau dan gazebo untuk berehat terletak di sekitar taman ini. Mereka juga memastikan semua trek jogging dan laluan hiking adalah ditanda, dijaga dan terang.
Perkhidmatan
Ada beberapa perkhidmatan yang mereka sediakan untuk orang awam.
Lawatan Berkumpulan
Anda boleh merancang sebuah lawatan secara berkumpulan untuk persatuan, kelas, sekolah atau keluarga anda. Mereka akan memberikan anda itenerary yang akan membuatkan lawatan anda cukup istimewa.
Sewaan tanaman hiasan
Buat pengetahuan anda, ada tanaman dan pokok-pokok yang boleh disewa bagi tujuan hiasan untuk majlis atau sambutan hari istimewa anda.
Baca: Kopi Hutan Penang Hill | Nikmati Kopi Di Cafe Tertinggi Di Penang
Sewaan kawasan
Ada kawasan di sini yang boleh anda sewa juga untuk mengadakan majlis atau sambutan hari istimewa.
Terdapat pelbagai tarikan, informasi dan perkhidmatan yang mereka sediakan di sini. Bagi anda yang memang meminati bidang botani atau berminat untuk melakukan apa-apa kajian tentang tumbuhan dan manfaat yang boleh kita dapati darinya, boleh datang ke sini. Anda juga boleh meluangkan masa bersama keluarga sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Laman Web | Email: botani@penang.gov.my
- No. Telefon: 604-2264401 (Am)
- 604-2264405 (Pentadbiran)
- 604-2264404 (Botani & Hortikultur)
[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Kompleks Pentadbiran,Bangunan Pavilion, Jalan Kebun Bunga,10350 Pulau Pinang, Malaysia[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: 5am-8pm (setiap hari)[/su_tab][/su_tabs]