Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, Taman Botani Perdana (Perdana Botanical Garden) dulu dikenali sebagai Taman Tasik Perdana atau Lake Gardens.
Menjadi antara sumber oksigen utama di tengah kota, Taman Botani Perdana ini memang sudah lama merumahkan pelbagai koleksi tumbuhan. Namun, kini, ia telah diubah suai dan ditambah baik menjadi Taman Botani yang memberikan anda suasana hutan walaupun berada di tengah kota.
Lokasi
Taman Botani Perdana terletak di Taman Warisan Tun Abdul Razak atau Tun Abdul Razak Heritage Park Kuala Lumpur. Taman Warisan ini berkeluasan lebih 170 ekar dan terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Jadi, untuk ke sini adalah amat mudah. Jika anda tidak memandu, dapatkan saja perkhidmatan public transport. Taman Botani ini terletak sepanjang Jalan Perdana, dekat saja dengan Muzium Negara.
Tarikan
Taman Botani ini lengkap dengan pelbagai tarikan. Ia bukan sekadar sebuah taman semata-mata.
Ia juga merupakan sebuah pusat pemuliharaan dan penyelidikan tumbuh-tumbuhan. Mereka merumahkan berbagai tumbuhan dari koleksi yang berbeza-beza. Antaranya:
- Forest Tree Collection (Koleksi Pokok Hutan)
- Exotic Species Collection (Koleksi Pokok Eksotik)
- Lesser Fruit Tree Collection (Koleksi Pokok Kurang Berbuah)
- Name of Places Tree Collection (Koleksi Pokok Nama Tempat)
Terdapat juga beberapa kawasan dalam taman botani ini yang menawarkan pemandangan dan landskap yang berlainan.
Laman Perdana
Di tengah-tengah Taman Botani ini terdapat sebuah kawasan di mana semua jalan masuk bertemu. Kawasan ini dinamakan sebagai Laman Perdana dan di sinilah di mana kebanyakan event dan aktiviti dijalankan.
Pulau Cycad
Di tengah tasik Perdana, ada pulau yang menempatkan beberapa spesis tumbuhan. Salah satunya ialah pokok buluh yang tumbuh di pulau itu. Selain itu ialah beberapa spesis pokok cycad.
Ada sebuah ambin yang di bina untuk pelawat beriadah atau beristirehat. Jambatan juga di bina untuk menyambungkan antara satu bahagian taman dengan pulau dan pulau ini dengan bahagian taman yang bertentangan. Kiranya, boleh short cut kalau nak ke sebelah taman.
Sunken Garden
Taman ini agak baru dan seperti namanya, ia kelihatan seperti mendap ke bawah.
Taman Herba & Rempah
Taman ini memang sudah sebati dengan Taman Botani Perdana ini kerana telah lama diusahakan dan merupakan lokasi lama bagi glass house atau rumah kaca. Sebuah taman di mana pelbagai herba dan rempah ditanam, ia bukan sahaja amat berfaedah, ia juga sangat cantik.
Brownea Street
Jalan di sini dibarisi dengan pokok Brownea dan memberikan suasana yang amat tenang. Seringkali dijadikan kawasan pilihan untuk jogging dan bersenam.
Taman Rusa
Sebuah kawasan berkeluasan 2 hektar yang menempatkan beberapa ekor Rusa Holland.
Taman Bunga Raya
Didedikasikan kepada bunga Kebangsaan iaitu Bunga Raya, Taman ini bukan sahaja menempatkan Bunga Raya yang berwarna warni, ia juga ada air terjun setinggi 4 meter, pancutan air dan kolam. Ada juga sebuah bangunan kolonial yang kini menjadi sebuah gallery dan tea-room.
Taman Orkid
Sebuah taman yang merumahkan lebih 5000 spesis bunga Orkid.
Herbarium
Sebuah gallery yang menempatkan pelbagai tumbuhan yang sudah dikeringkan bagi tujuan pengumpulan data, kajian dan pengajian hortikultur. Ia juga dibuka kepada orang ramai yang mungkin sedang membuat kajian tentang mana-mana tumbuhan.
Kemudahan
Kemudahan di sini teramat lengkap dan dijaga rapi. Jika anda memerlukan apa-apa maklumat, boleh ke Pusat Interpretasi. Ada juga kedai cenderahati yang menjual pelbagai item untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Kemudahan awam seperti tandas, surau dan parking tentunya ada dan diletakkan di serata kawasan taman. Jika anda terasa lapar, jangan risau, dalam Taman Botani ini ada kafe yang dibuka setiap hari dari 9am ke 6pm. Ada juga Taman permainan yang disediakan untuk si kecil bermain.
Walau apa pun niat anda untuk ke Taman Botani Perdana ini, sama ada untuk bersiar-siar bersama yang tersayang, bergambar untuk kontent media sosial, ataupun atas dasar kajian dan pelajaran, kami pasti lawatan dan kunjungan anda ke sini tidak akan menghampakan. Tentunya Taman Botani Perdana ini adalah antara lokasi yang cukup istimewa di Kuala Lumpur.
Baca:Â Taman Persahabatan Selangor-Jepun | Destinasi Indah & Simbolik
Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur