Taman Botani Shah Alam | Beriadah Sambil Menikmati Persekitaran Yang Hijau

Hujung minggu bersama keluarga memang sering disulami dengan pelbagai jenis aktiviti. Semuanya terpulang kepada pilihan dan kesukaan masing-masing. Ada yang suka memancing, bermain game, menonton wayang ataupun ke pantai.

Taman Botani Shah Alam - Sawah Padi
Sumber: Munzir

Namun, jika anda mahukan sebuah tempat yang berdekatan, mudah dan penuh dengan kepelbagaian, datanglah ke Taman Botani Shah Alam.

Taman Botani Shah Alam menggalakkan anda melakukan aktiviti sihat bersama keluarga di hujung minggu. Mari kita lihat apa yang mereka tawarkan!

Lokasi

Taman Botani Shah Alam terletak di Taman Pertanian Malaysia Shah Alam. Taman ini dahulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah.

Taman Botani Shah Alam - Tempat masuk
Sumber: Nurfaizah Mohd Jabir

Bagi orang lama, mesti pernah dengar nama Bukit Cerakah, kan? Taman ini mempunyai keluasan sebesar 817 hektar dan mengambil masa lebih kurang sejam dari ibu kota melalui Lebuhraya Persekutuan. Untuk memudahkan anda, gnakan saja aplikasi waze atau Google maps untuk ke sini.

Baca: 29 Tempat Menarik Di Shah Alam

Taman Botani Shah Alam - Gambar sawah padi yang luas
Sumber: syezzy

Tarikan & Aktiviti

Buat pengetahuan anda, taman ini sebenarnya merupakan taman pertanian terbesar di dunia. Bangga, kan? Walapun diwujudkan sebagai pusat penyelidikan, ianya terbuka untuk orang awam. Jadi, apa yang ada di sini? Mari kami kongsikan.

Taman Haiwan

Taman Botani Shah Alam - Taman haiwan
Sumber: Stephen Abraham

Di sini terdapat sebuah taman haiwan atau petting zoo. Dengan keluasan sebesar 72 hektar, taman haiwan ini menempatkan pelbagai jenis haiwan. Termasuk kambing, lembu, ayam, burung-burung eksotik, rusa dan banyak lagi.

Kandang Rusa Di Taman Botani
Sumber: kass_cassidy

Haiwan-haiwan ini diternak atas dasar penyelidikan. Namun, anda dan keluarga boleh saja melawat dan berinteraksi bersama haiwan-haiwan ini. Anda juga boleh mengambil peluang untuk mendidik anak-anak tentang haiwan-haiwan berkenaan.

Taman 4 Musim

Oleh kerana negara kita beriklim Khatulistiwa, ramai di antara kita yang tidak dapat merasa atau membayangkan musim-musim lain. Bagi kita yang tidak sering melancong ke luar negeri, kita tidak tahu apa rasanya musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim salji.

Di Taman Botani Shah Alam ini, anda akan berpeluang untuk merasai sendiri semua musim-musim ini. Kanak-kanak pasti seronok dapat buat orang salji. Buat pengetahuan anda, taman ini berubah setiap 3 bulan.

Taman Herba

Dah namanya pon Taman Botani, tidak lengkaplah taman ini sekiranya tidak mempunyai taman yang mengetengahkan tumbuhan. Salah satu daripada taman ini ialah taman herba. Di sini, anda akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis tanaman herba dan pokok-pokok yang digunakan dalam perubatan.

Buat anda yang sangat meminati cara perubatan tradisional atau alami dan ingin mengetahui tantang tanaman yang berkhusukan kesihatan, tentu sekali anda akan sukakan taman herba ini.

Taman Kaktus

Terdapat lebih 3000 kaktus yang ada di taman in. Jadi jika anda memang menghargai pokok kaktus dan succulents ini, taman ini pasti buat anda teruja. Anda bukan sahaja dapat menyaksikan Sugauro gergasi yang biasanya tumbuh di Mexico, anda juga boleh mempelajari cara-cara menyemai, membesarkan dan menjaga pokok kaktus dengan betul.

Taman Buah-buahan Tropika

Sebagai negara berhutan hujan tropika, Malaysia memang kaya dengan buah-buahan yang dikategorikan sebagai eksotik di mata dunia luar. Buah-buahan tropika kita memang menjadi tarikan dan kegilaan ramai masyarakat luar, tau.

Di Taman Botani Shah Alam ini terdapat sebuah taman khas untuk buah-buahan tropika. Kebun buahan ini terdiri daripada pokok-pokok buah seperti buah durian, rambutan, mangga dan banyak lagi. Malah antara tarikan utama di taman ini ialah sebuah rumah yang dinamakan sebagai rumah kelapa. Rumah ini dbina seluruhnya dari bahagian-bahagian pokok kelapa. Memang unik dan cantik.

Memancing

Bagi anda yang meminati aktiviti memancing, Taman Botani Shah Alam ini sebenarnya mempunyai tempat memancing tau. Malah, seringkali menganjurkan karnival memancing.

Aktiviti memancing di taman botani shah alam
Sumber: izzulhakim_0

Namun, sebagai aktiviti hujung minggu, bolehlah cuba sendiri aktiviti menggagau ikan atau menangkap ikan di kawasan sawah. Anak-anak pasti seronok bermain selut. Jangan risau, memang akan kotor punya. Tetapi, bersihkan diri dan mandi sahaja nanti.

Berkemah

Jika anda mencari tempat berkemah yang dekat, cuba Taman Botani Shah Alam yang menyediakan sehingga 100 tapak perkemahan. Bolehlah anda adakan family gathering, team building atau sekadar beriadah bersama rakan-rakan. Mereka turut menyediakan kemudahan lain seperti amfiteater, surau, tandas dan peralatan BBQ.

Paintball

Pernah tak anda bermain paintball atau perang bola cat? Seronok tau! Di Taman Botani Shah Alam ini terdapat juga gelanggang paintball di mana anda dan kumpulan anda dapat berlawan dengan kumpulan lain.

Lain-lain

Taman Botani Shah Alam - Kawasan Jogging
Sumber: lean_n

Selain daripada aktiviti-aktivit di atas, anda juga boleh memenuhi masa hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti lain seperti:

  • Bersenam
  • Jogging
  • Jungle trekking
  • Berbasikal
  • Berkayak
Taman Botani Shah Alam - Aktiviti berkayak
Sumber: ayuuuu_ayunii

Kemudahan

Taman Botani Shah Alam - Peta lokasi dan tarikan di taman
Sumber: geetadorai

Taman Botani Shah Alam ini tentunya menyediakan pelbagai fasiliti-fasiliti untuk kegunaan awam bagi memastikan kunjungan anda mudah dan selesa. Ini termasuk:

  • Tempat letak kereta
  • Tandas
  • Bilik Persalinan
  • Surau
  • Amfiteater
  • Tempat istirehat (wakaf)

Harga Tiket & Waktu Operasi Taman Botani Shah Alam

Buat pengetahuan anda, Taman Botani Shah Alam beroperasi setiap hari dari pukul 7.30am hingga 4.30pm kecuali pada hari Isnin. Hari Isnin hanya dibuka pada cuti umum dan cuti sekolah sahaja. Ia juga ditutup sementara pada hari Jumaat bagi menghormati Solat Jumaat.

Harga tiket adalah seperti berikut:

Harga TiketDewasaKanak-kanak
Tiket masuk (wajib)RM3RM1
Rumah 4 musim (salji)RM5RM3
Rumah 4 musim (selain salji)RM3RM1

Baca: i-City Shah Alam | Tempat Hiburan Sekeluarga Menarik

Itu dia, serba sedikit tentang Taman Botani Shah Alam yang boleh ambil tahu. Mungkin ia akan memberi inspirasi kepada anda untuk melakukan aktiviti sihat dan meluangkan masa bersama keluarga sambil beriadah di sini di hujung minggu nanti.

Media sosial: Facebook | Instagram | Laman Web

Alamat: 40000, Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor