Taman Botanikal Melaka

Taman Botanikal Melaka merupakan satu permata di Melaka yang memberi anda peluang bersantai sambil menikmati keamanan alam semula yang ditawarkan bandar bersejarah ini.

Dengan keluasan 228 ekar, taman yang luas ini adalah tempat sempurna untuk melarikan diri dari kesibukan bandar.

Sama ada anda suka mendaki, berbasikal, atau kaki camping, disini ada sesuatu untuk semua. Mari kita terokai apa yang menjadikan taman ini destinasi wajb kunjung untuk pencinta alam.

Menerokai Taman Botanikal Melaka

Melangkah masuk ke dalam Taman Botanikal Melaka ini anda akan dibawa ke dunia flora dan fauna yang luarbiasa. Kawasan taman yang luas memastikan terdapat banyak ruang untuk diterokai tanpa rasa sesak.

Tambahan pula, dengan kemasukan percuma, tidak hairanlah mengapa penduduk tempatan dan pelancong berkunjung ke sini.

Antara tarikan yang anda akan jumpa disini adalah jambatan gantung dan menara tinjau. Ia adalah cara yang menyeronokkan untuk melihat pandangan pohon-pohon hijau yang terbentang dibawah, kalau anda berani.

Untuk mereka yang mempunyai kanak-kanak pula jangan risau, disini juga terdapat taman permainan yang luas khas untuk si kecil.

Taman ini juga mempunyai laluan jogging dan laluan berbasikal dan kemudahan menyewa basikal juga disediakan jika anda berminat.

Zon Bertema

Taman ini dibahagikan kepada beberapa zon setiap satu dengan tema unik, masing-masing dengan daya tarikannya sendiri. Taman Prasejarah, sebagai contoh, mempamerkan spesis tumbuhan zaman dahulu kala. Melalui kawasan ini anda dapat belajar sedikit sebanyak tentang asal usul tumbuhan negara ini.

Selain itu terdapat juga Taman Orkid penuh dengan warna-warna cerah dan bau harum bunga segar yang menyenangkan, ia adalah pesta untuk deria.

Anda akan teruja melihat kepelbagaian orkid dan tumbuhan lain yang hidup di sini, best tengok biodiveriti kaya negara kita ini.

Taman Cabaran Yang Seronok

Skytrex – Jika anda memburu aktivi yang mencabar semasa berada di Melaka, Taman Pengembaraan Skytrex adalah tempatnya. Skytrex menawarkan cabaran yang pasti akan menaikkan adrenalin anda. Dari zip line hinggalah ke ayunan tali, ia adalah pengalaman yang menarik tidak kira ada seorang yang baru mencuba ataupun berpengalaman. Hanya pasangkan tali pinggang keselamatan anda dan bersedia untuk pengalaman yang mendebarkan.

Story Land – Tarikan ini pula adalah siri taman bertema yang menceritakan kisah melalui reka bentuk dan susunan tumbuhan. Ia seperti berjalan melalui sebuah buku cerita hidup, dengan setiap taman menawarkan cerita baru untuk dialami.

Hidupan Liar & Alam Semula Jadi

Taman Botanikal Melaka adalah rumah kepada pelbagai jenis burung dan serangga. Ia adalah syurga bagi pencinta burung dan alam semula jadi. Kalau bernasib baik anda juga akan bertemu dengan monyet nakal yang telah lama menjadi penghuni tetap taman botani ini. Walaupun gelagat comel mereka seronok untuk dilihat, sangat penting anda menjaga jarak dan ingat agar tidak memberi makan kepada mereka.

Tips Praktikal Untuk Pelawat

Taman ini agak luas dan jika anda ingin melihatnya secara menyeluruh kami sarankan membawa atau menyewa basikal disini supaya anda sempat pusing satu taman.

Taman ini sangat popular pada hujung minggu, dengan penduduk tempatan datang untuk bersenam dan menghabiskan masa bersama keluarga mereka. Untuk pengalaman yang lebih tenang, hari bekerja adalah pilihan terbaik.

Taman Botanikal Melaka bukan sekadar taman biasa. Dengan gabungan zon pendidikan, aktiviti rekreasi, dan kerja pemuliharaan alam semulajadi, ia menawarkan pelbagai pengalaman yang unik. Sama ada anda berada di sini mencari ketenangan, atau menhargai keindahan alam semulajadi tempatan, taman ini pasti ada sesuatu untuk anda.

Jadi, lain kali anda mencari tempat untuk melepaskan stres di Melaka datanglah Taman Botanikal Melaka.

Alamat: Jalan Tun Abdul Razak, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Tarikan Berhampiran