Bercuti bersama keluarga di Melaka memang akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik. Maklumlah, bukan sahaja dikenali sebagai kota bersejarah, Melaka juga terkenal dengan pusat-pusat tarikan pelancong yang luarbiasa dan unik.
Antaranya ialah Taman Buaya Melaka yang merupakan antara tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga ketika bercuti. Jom, kami kongsikan serba sedikit tentang taman buaya ini.
Lokasi
Taman Buaya yang berkeluasan 3.5 hektar ini terletak di Ayer Keroh, Melaka. Memang sesuai dijadikan tempat bersiar-siar dan meluangkan masa bersama keluarga.
Dalam taman ini terdapat 9 kolam yang merumahkan lebih 100 ekor buaya termasuk buaya terbesar iaitu Buaya Air Masin.
Tarikan
Taman Buaya
9 kolam di sini merumahkan pelbagai jenis buaya yang berlainan spesis, yang didatangkan dari seluruh dunia. Ada buaya tempatan seperti buaya Jenjulung dan buaya Tembaga, buaya import seperti buaya March Mugger dari India dan Alligator dari Amerika Syarikat.
Di sini, anda akan didedahkan dengan pelbagai informasi tentang buaya. Saksikan sendiri bagaimana mereka bermain, tidur dan bergaul sesama sendiri, bagaimana mereka makan dan banyak lagi. Anda akan rasa cukup terpegun dan agak thrilling untuk saksikan sang buaya depan-depan mata.
Ular
Selain dari buaya, taman ini turut menempatkan beberapa spesis ular yang boleh anda saksikan. Ini termasuk ular terbesar iaitu ular sawa batik. Ada juga pertunjukan dan persembahan ular yang mereka sediakan buat seisi keluarga. Memang best tengok depan-depan.
Taman haiwan
Ada juga taman haiwan mini atau mini zoo yang menempatkan haiwan-haiwan yang lebih jinak seperti arnab, burung, anak buaya dan racoon.
Di sini, anda dan anak-anak boleh bergaul mesra dan memberi makan pada haiwan-haiwan ini.
Taman Air Mini
Buat pengetahuan anda, di sini juga terdapat sebuah kolam mandian khas untuk pengunjung.
Antara Tarikan-tarikan lain yang terdapat di sini:
Taman mini air ini memang seronok. Pastinya anak-anak mahu berenang. Jadi, jangan lupa membawa pakaian renang dan pakaian salinan apabila berkunjung ke sini. Tidak perlu risau jika tempat anda menginap tiada kolam renang, boleh datang ke sini. Sambil tengok haiwan, sambil berenang.
Kemudahan
Fasiliti di sini memang cukup lengkap untuk kemudahan dan keselesaan anda sekeluarga. Ini termasuk:
- Tandas awam
- Bilik salinan
- Surau
- Akses kerusi road
- Restoran
Senang saja jika anda ke sini untuk satu Hari penuh dengan penerokaan. Sudah ada pelbagai aktiviti, tempat mandi, malah tempat makan juga ada.
Harga Tiket Taman Buaya Melaka
Harga tiket yang minima dikenakan, berbeza buat setiap lapisan masyarakat. Mari kami kongsikan:
Warganegara | ||
Isnin-Jumaat | Dewasa
RM16 | Kanak-kanak
RM11 |
Sabtu-Ahad | Dewasa
RM19 | Kanak-kanak
RM14 |
Warga Asing | ||
Setiap hari | Dewasa
RM30 | Kanak-kanak
RM25 |
Itu dia serba sedikit tentang Taman Buaya Melaka. Menarik, kan? Apa lagi, pastikan anda singgah apabila bercuti ke Melaka. Selain dari melawat pusat-pusat bersejarah, Taman Buaya Melaka ini tentunya antara tempat yang perlu anda lawati. Selamat bercuti!
Media Sosial: Facebook
Alamat: Jalan Tun Abdul Razak, 75450 Ayer Keroh, Melaka