Taman Burung Kuala Lumpur | Destinasi Terbaik Untuk Pencinta Burung

Kotaraya Kuala Lumpur memang tidak lekang dengan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga untuk luangkan masa bersama di hujung minggu.

Taman Burung Kuala Lumpur - Jambatan Di Tasik Indah
Sumber: leeyana_salih

Buat anda yang menggemari haiwan atau mempunyai anak-anak kecil yang meminati burung-burung, jom ke KL Bird Park atau Taman Burung Kuala Lumpur!

Taman Burung Kuala Lumpur - Burung Bangau Bersama Pelawat
Sumber: sashihasadik

Lokasi

Taman Burung Kuala Lumpur ini terletak di dalam perkarangan Taman Tasik Perdana. Memang aman dan tenteram. Taman Burung ini berkeluasan 20.9 ekar dan merumahkan lebih 3,000 ekor burung yang terdiri dari lebih kurang 200 jenis spesis.

KL Bird Park - Papan Tanda Taman Burung
Sumber: haffismusthafa

Ada burung tempatan dan ada burung luar negara. Taman ini juga terbahagi kepada 4 zon yang berbeza. Zon 1 dan 2 merupakan zon terbang bebas, zon 3 ialah taman burung enggang dan zon 4 adalah tempat khas untuk burung-burung tertentu serta kandang burung atau aviary.

Taman Burung Kuala Lumpur - Gambar Dalam KL Bird Park
Sumber: haffismusthafa

Tarikan 

Zon 1: Free-Flight Walk-In Aviary

Dalam zon 1 ini terdapat beberapa bahagian. Bahagian utama digabungkan bersama Zon 2 iaitu zon terbang bebas. Ia sejenis kawasan di mana burung-burung di sini dibiar berlegar dan terbang secara bebas.

Taman Burung Kuala Lumpur - Burung Bangau Banyak Banyak
Sumber: thamcam

Anda juga dapat merasai pengalaman bersama burung-burung ini dalam suasana persekitaran alami mereka atau habitat asal mereka. Memang istimewa sangat. Gabungan berbagai jenis burung termasuk burung merak, storks, crowned pigeons dan banyak lagi juga mewujudkan ekosistem yang unik dan tersendiri.

Taman Burung Kuala Lumpur - Air Terjun
Sumber: Bernard Lee

Selain dari itu, zon 1 juga merumahkan beberapa bahagian lain termasuk: 

  • Love Aviary – Kandang burung yang menempatkan burung yang berpasangan seperti Indian Ring-necked Parakeets, Budrigers, Sun Conures dan Cockatiels.
  • Brahminy Land – Sangkar dan pameran burung jenis pemburu, Brahminy Kites. 
  • Tasik Flamingo – Lihat burung Flamingo yang berwarna pink ini sambil menikmati minuman dan snek di Flamingo Kiosk
  • Bulbul Land – Berdekatan dengan tasik Flamingo tadi terletaknya Bulbul Land yang menempatkan burung-burung Bulbul yang merupakan burung jenis burung bersiul. 
Taman Burung Kuala - Gambar Burung Bangau Yang Cantik
Sumber: mariahbrian

Zon 2

Taman Burung Kuala Lumpur - Gambar Kolam Di Dalam
Sumber: SUFIAN RAFIE

Merupakan zon bebas terbang yang digabungkan bersama Zon 1.

Zon 3: Taman Burung Enggang

Merupakan tempat khas untuk burung enggang. Burung enggang Malaysia adalah spesis yang terbesar di dunia. Warna hitam berkilau mereka digabungkan dengan warna jingga kekuningan pada tanduk dan paruh burung ini membuatkan is nampak lebih gah dan hebat.

KL Bird Park - Sangkar Burung Enggang
Sumber: evwijk88

Di sini, mereka digabungkan juga dengan spesis burung enggang yang lain. Anda juga akan berpeluang untuk memberi makan kepada burung-burung enggang ini yang dilakukan padanjam 11.30am setiap hari. Terdapat juga tempat makan di sini yang dinamakan Hornbill Cafe. 

Zon 4: Dunia Burung Kakak Tua

Zon ini juga mempunyai beberapa bahagian. Bahagian utama ialah Dunia Burung Nuri. Di sini, anda boleh berinteraksi dan memberi makan kepada Burung-burung Nuri Yang dijaga rapi di sini.

Bahagian kedua pula menumpukan kepada burung-burung tidak terbang. Burung-burung seperti burung unta, emu, kasawari merupakan burung-burung besar yang tidak terbang. Datanglah melihat mereka dan kehidupan harian mereka.

Taman Burung Kuala Lumpur - Memberi Makanan Kepada Burung Parot
Sumber: mio.i.am

Bahagian lain termasuk: 

  • Galeri Burung – lihat pameran burung-burung taxidermi iaitu sesuatu teknik mengekalkan burung-burung untuk tampak masih hidup. Ia juga mempamerkan beberapa jenis bulu burung dan rangka tukang burung-burung berlainan jenis.
  • Pusat Pendidikan Burung – belajar tentang cara-cara burung dijaga dan diternak. Anda juga boleh melihat bagaimana telur-telur burung ini melalui fasa inkubasi dan jika anda bernasib baik, boleh tengok kelahiran anak-anak burung.
  • Sekolah Burung – belajar tentang burung dalam kelas khas yang disediakan untuk kanak-kanak. Orang-orang dewasa juga boleh join!
  • Aviary Burung Oriental – saksikan burung-burung Asia yang berwarna-warni
  • Aviary Air Terjun – saksikan burung-burung yang hidup di kawasan air terjun di sekitar air terjun buatan ini.
  • Amfiteater – pameran dan pertunjukan khas oleh burung-burung terlatih dan berbakat. 
Taman Burung Kuala Lumpur - Pertunjukan Burung
Sumber: haffismusthafa

Fasiliti

Taman Burung ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang akan memudahkan lagi lawatan anda sekeluarga. Ini termasuklah kemudahan awam seperti tandas awam, tempat letak kereta, surau dan lain-lain.

Taman Burung Kuala Lumpur - Gambar Depan Taman
Sumber: Ali Reza Azmi

Namun, mereka turut menyediakan fasiliti tambahan seperti beberapa restoran iaitu Hornbill Cafe & Sandwich Bar, kiosk makanan iaitu Flamingo Kiosk & Parrot Kiosk, Booth Gambar dan kedai-kedai cendermata iaitu Peacock Gift shop dan Hornbill Gift shop.

Taman Burung Kuala Lumpur - Gambar Pelawat Yang Gembira Bergambar Bersama Burung
Sumber: sarahnhsm

Kesemua fasiliti di sini dibuka setiap hari dari 9am ke 6pm kecuali Hornbill Cafe yang dibuka sehingga 8pm.

Harga Tiket & Waktu Operasi Taman Burung KL

Seluruh Taman Burung ini dibuka setiap hari termasuk cuti umum dan cuti sekolah dari jam 9am hingga 6pm.

Harga tiket adalah seperti berikut:

*Warga Emas (Mykad) dari 60 tahun ke atas.

*Kanak-kanak berumur dari 3-11 tahun 

Baca: 10 Taman Tema Menarik Di Kuala Lumpur

Apa lagi pencinta burung? Marilah ke Taman Burung Kuala Lumpur untuk hujung minggu yang penuh ceria dan keseronokan. Pastikan anda ikuti laman media sosial mereka untuk maklumat terkini dari mereka.

Media Sosial: Facebook | Instagram

Hubungi Mereka: Laman Web | Email

Alamat: 920 Jalan Cenderawasih, Taman Tasik Perdana 50480, Kuala Lumpur, Malaysia