Taman Persahabatan Selangor-Jepun | Destinasi Indah & Simbolik

Kerjasama antara negeri Selangor dan pelabur Jepun kian meningkat sejak 10 tahun yang lepas. Atas sokongan dan kepercayaan pelabur Jepun terhadap potensi negeri ini, Taman Persahabatan Selangor-Jepun telah dibina sebagai tanda penghargaan. Taman yang terletak di Shah Alam.

Taman Persahabatan Selangor Jepun - Gambar Taman Dari Atas
Sumber: @mayonadz

Pembukaan taman itu sangat simbolik mencerminkan keakraban kerajaan negeri Selangor dengan Negara Jepun.

Taman Persahabatan Selangor Jepun - Tempat Bergambar Di Jambatan ala Jepun
Sumber: @nr4drnmf__

Syarikat-syarikat besar Jepun seperti Panasonic, Canon dan Matsushita memilih Selangor sebagai lokasi kilang-kilang mereka.

Baca: 36 Tempat Makan Menarik Di Shah Alam

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim mengatakan ini adalah salah satu cara mereka berterima kasih kepada pelabur-pelabur Jepun.

Taman Persahabatan Selangor Jepun - Laluan Air Jernih
Sumber: @rina_sorparno

Taman bertasik ini dibuka kepada pengunjung secara percuma dari jam 10am-7pm setiap hari. Antara tarikan yang ada di taman ini ialah Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai.

Taman Persahabatan Selangor Jepun - Pelawat Di Laluan Buluh
Sumber: @atiyahmsdk

Jika anda peminat suasana Jepun dengan pokok cherry blossom mereka dan taman-taman yang minimalis, di sini merupakan tempat yang tepat untuk anda beriadah dan bergambar.

Dibuka pada bulan Mac tahun 2021 yang lepas, dengan landscape-landscape indah yang kemas dan elegan, suasana aman dan jambatan-jambatan kecil dikelilingi air tasik, memang merefleksi budaya masyarakat Jepun. Anda juga boleh terasa bagai berada di negara matahari terbit itu.

Taman Persahabatan Selangor Jepun - Titian Jepun
Sumber: @rina_sorparno

Pastikan anda melawat Taman Persahabatan Selangor-Jepun yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam ini untuk beriadah, meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Alamat: Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

5/5 - (2 votes)