Putrajaya sememangnya sinonim dengan arkitektur dan landskap yang cukup cantik dan modern. Ia juga menempatkan beberapa taman yang best untuk anda sekeluarga nikmati masa bersama.

Sama ada untuk bersenam dan mengekalkan kesihatan bersama, berkelah dan membuat memori indah bersama, atau sekadar jalan-jalan dan nikmati keindahan pemandangan bersama, taman-taman di Putrajaya sedia menanti.

Antara taman yang perlu anda kunjungi bersama keluarga nanti ialah Taman Saujana Hijau. Sebuah taman yang membawakan vibes dan feel luar negara, Taman Saujana Hijau memang unik dan luarbiasa.
Lokasi
Terletak di Presint 11, Putrajaya, Taman Saujana Hijau ini mempunyai keluasan tanah sebesar 47 hektar.
Kebanyakan kawasan taman ini adalah berbukit dan dilitupi pokok-pokok dan kehijauan alam semulajadi.

Kemasukan ke taman ini adalah percuma. Jadi, bawalah ramai-ramai. Malah, jika anda merancang untuk meraikan apa-apa sambutan, taman ini sangat sesuai.
Tarikan
Taman ini terbahagi kepada 3 taman yang mempunyai tema yang berbeza. Taman Eropah, Taman China dan Taman Inggeris. Setiap taman ini bukan sahaja membawakan estetik tertentu, malah tumbuhan yang ditanam di setiap bahagian ini akan mencerminkan budaya dan identiti setiap tema. Hebat, kan?

Di taman Eropah, anda boleh melihat kawasan berbukit yang dikelilingi pokok-pokok pine dan pagar kayu yang sama seperti taman-taman di benua itu.
Memang akan rasa seperti berada di sini. Sesuai sangat untuk dijadikan tempat bergambar, lebih-lebih lagi untuk fotoshoot perkahwinan.

Taman China pula mempunyai beberapa Chinese-style pagoda yang terletak di sekitar taman. Kalau nak rasa seperti Mulan, boleh lah bergambar di sini. Taman Inggeris pula dipenuhi bunga-bunga ala English dan pokok Juniper menghiasi taman ini.
Memang cukup cantik. Terdapat track jogging sepanjang 2.8km yang tersedia buat yang sukakan aktiviti ini atau menunggang basikal. Namun, aktiviti yang tentunya kami cadangkan ialah berkelah.

Bawa sehelai alas yang cantik, hiasi dengan belon-belon dan sebagainya jika anda ingin menyambut apa-apa sambutan, dan pastikan anda membawa bekal makanan finger food seperti sandwich, kek, pastri dan dessert yang boleh dinikmati bersama kopi/teh panas.

Simple namun cukup bermakna untuk anda dan keluarga. Berkelah dalam suasana seperti ini, tentunya akan membuatkan setiap detik menjadi istimewa.
Pilih saja taman yang anda gemari dan spot-spot terbuka untuk anda set-up dan enjoy. Pilihan kami adalah Taman Inggeris. Buat para influencer atau instafamous, di sini mungkin saja menjadi antara tempat terbaik untuk anda membuat konten dan ber-ootd.

Latar belakang menarik, sudah tersedia. Bagi anda yang mahukan kelainan dalam membuat apa-apa sambutan, bolehlah raikan di sini. Hiasi dengan cantik dan jangan lupa untuk kemas dan pastikan spot anda berada dalam keadaan bersih sebelum pulang.

Marilah feeling-feeling traveler, walaupun sebenarnya hanya di Putrajaya. Kami pasti apa jua pilihan aktiviti buat anda dan keluarga, ia akan menjadi lebih istimewa.
Baca: Pantai Floria Putrajaya | Tarikan Hujung Minggu Buat Anda Sekeluarga
Taman Saujana Hijau mungkin sahaja secret garden terbaik di Lembah Klang. Tak percaya, datang dan lihat sendiri. Taman ini dibuka dari 7am ke 7pm. Jadi, datang saja bila-bila anda mempunyai masa terluang.