Taman Tasik Titiwangsa | Taman Riadah Best Untuk Aktiviti Hujung Minggu Di KL

Di Kuala Lumpur memang banyak taman-taman untuk anda kunjungi untuk beriadah dan mengisi masa lapang. Namun, tidak semua akan memberikan anda rasa nostalgia seperti Taman Tasik Titiwangsa.

Taman Tasik Titiwangsa - Gambar Tasik Yang Luas Dan Indah Berlatar belakangkan Bandar raya Kuala Lumpur
Sumber: rorofadzlie

Sudah beroperasi sejak tahun 1980 lagi, Taman Tasik Titiwangsa ini masih lagi menjadi taman riadah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Jom, kita tengok apa keistimewaan taman ini!

Lokasi

Taman Tasik Titiwangsa ini terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Di kelilingi jalan-jalan seperti Jalan Tembeling, Jalan Temerloh dan Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa ini sangat besar.

Taman Tasik Titiwangsa - Gambar drone
Sumber: David Farago

Taman Tasik Titiwangsa atau juga dikenali sebagai Lake Gardens ini merupakan sebuah taman riadah dan rekreasi sekeluarga yang sangat popular di kalangan warga kota.

Taman Tasik Titiwangsa - Gambar bangunan yang mengelilingi taman
Sumber: @lawchang68

Dengan keluasan 95 hektar, Taman Tasik Titiwangsa ini menawarkan secebis ketenangan dalam kesibukan kota. Lokasinya yang berdekatan dengan pelbagai lagi tarikan pelancong yang lain juga membuatkan ia mudah di kunjungi.

Tarikan & Aktiviti

Dari keluasan 95 hektar ini, 57 hektar adalah sebuah tasik. Inilah tarikan utama di Taman Tasik Titiwangsa ini dan mengapa ia diberi nama Taman Tasik.

Taman Tasik Titiwangsa - Papan Petunjuk, peta tasik
Sumber: Muhammad Firdaus Bin Jasmi

Walaupun sudah beroperasi sejak pembukaannya pada tahun 1980, Taman Tasik Titiwangsa sentiasa dibaik pulih dan dijaga dengan baik oleh pihak DBKL. Pokok-pokok bunga dan pokok-pokok rendang telah ditanam untuk menghiasi dan mewarnai suasana taman ini.

Taman Tasik Titiwangsa - Aktiviti Berkayak
Sumber: alangzabidi

Persekitaran yang cukup tenan dan indah bak lukisan ini menjadikan ia sering dikunjungi orang ramai untuk melakukan pelbagai aktiviti. Termasuk:

Jogging & Berbasikal

Kesibukan kota tidak menghindari warganya untuk sentiasa menjaga kesihatan fizikal dan mental. Antara aktiviti kegemaran di Taman Tasik Titiwangsa ini ialah jogging dan berbasikal.

Taman Tasik Titiwangsa - Laluan Jogging yang disediakan di tasik
Sumber: acaiijawe

Trek until aktiviti-aktiviti ini sudah pun tersedia dengan cukup sempurna. Ramai di antara penduduk sekitar Taman Tasik Titiwangsa ini memulakan hari mereka dengan bersenam di sini.

Berjogging atau berbasikal mengelilingi tasik yang besar ini bukan sahaja membantu mereka memastikan kesihatan yang optimum, suasananya yang tenang juga membangkitkan semangat dan aura positif untuk menyambut cabaran harian.

Aktiviti Berbasikal di Tasik Titiwangsa
Sumber: yannasnaz

Mereka juga turut menyediakan perkhidmatan sewaan basikal buat anda yang ingin melakukan aktiviti ini tanpa perlu memunggah basikal anda ke sini sana.

Berkelah

Aktiviti kegemaran lain di sini adalah berkelah atau picnic. Terdapat banyak tempat-tempat bertutup atau laman luas yang boleh anda pilih untuk bentangkan tikar dan duduk berkelah bersama orang-oran tersayang.

Taman Tasik Titiwangsa - Aktiviti berpiknik
Sumber: fieqahanuar

Tidak kira bersama keluarga atau rakan-rakan, aktiviti ini juga semakin popular untuk sambutan hari jadi dan hari-hari istimewa yang lain.

Taman Permainan Kanak-kanak

Buat si kecil, tentunya teruja apabila melihat taman permainan serba lengkap di sini. Dari jauh pasti sudah berlari-lari berkejaran untuk menaiki buaian, menaiki gelongsor dan jongkang-jongkit di taman permainan ini.

Taman Tasik Titiwangsa - Taman Permainan Awam
Sumber: Siang Boon

Buat yang datang bersama keluarga, bolehlah berkelah di sekitar taman permainan ini untuk memudahkan si kecil bermain dan ibubapa memantau.

Baca: Taman Botani Shah Alam

Terdapat 2 taman permainan di sini, satu adalah untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Taman permainan ini lebih mencabar dan menyeronokkan ala obstacle course atau jungle gym

Memancing

Jika anda seorang kaki joran, tentu seronok untuk mengetahui bahawa anda dibenarkan untuk memancing di Tasik Titiwangsa ini. Memancing merupakan antara aktiviti popular di sini. Sambil menikmati persekitaran yang tenang dan pemandangan Kuala Lumpur yang indah, anda boleh mencuba nasib untuk menangkap ikan di sini. Jangan lupa bawa sendiri joran dan umpan anda ya.

Titiwangsa Splash Park

Antara tarikan baru di Taman Tasik Titiwangsa ini ialah Titiwangsa Splash Park. Sebuah taman tema air mini yang disediakan di sini.

Taman Tasik Titiwangsa - Splash Park
Sumber: Mohd Saiful Hamizan Safri

Titiwangsa Splash Park ini baru saja dibuka untuk kunjungan umum sejak tahun lalu. Buat pengetahuan anda taman permainan air ini dibuka pada jam 10am-12pm dan 4pm-7pm setiap hari. 

Penggambaran

Buat anda yang akan melangsungkan hari bahagia atau ingin mengadakan sesi fotografi di sini, anda perlu membuat bayaran dan tempahan dengan pihak pengurusan Taman Tasik Titiwangsa.

Taman Tasik Titiwangsa - Jambatan Tergantung
Sumber: @sorayahamid

Namun, tidak hairanlah Taman Tasik Titiwangsa ini antara tempat kegemaran ramai untuk sesi fotografi. Setiap sudut memberikan latar belakang yang cukup sempurna untuk gambar-gambar yang cantik.

Taman Tasik Titiwangsa - Gambar Kolam Kecil
Sumber: Adiamie 24fit

Fasiliti

Untuk taman riadah dan rekreasi sepopular Taman Tasik Titiwangsa ini, kemudahan dan fasiliti yang lengkap adalah sangat penting. Kemudahan awam asas seperti tandas awam, surau dan tempat letak kereta yang banyak bukanlah suatu persoalan lagi. Memang sudah tersedia dengan cukup.

Taman Tasik Titiwangsa - Tasik dengan tempat laluan joging

Pihak Taman Tasik Titiwangsa ingin memastikan kawasan taman tidak tercemar dengan sampah sarap, jadi tidak ada penjual atau gerai-gerai kecil yang menjual snek dan lain-lain. Tetapi, anda boleh menjamu selera di Restoran Orkid yang tersedia di sini.

Baca: Taman Burung Kuala Lumpur

Restoran oldh D’Saji ini menyediakan dan menawarkan pelbagai makanan, dari yang ringan hingga makanan berat. Terletak berdekatan dengan taman permainan dan waterpark, ia juga memudahkan pengunjung mendapatkan makanan dan minuman sambil beriadah. Sewaan Basikal seperti yang kami nyatakan tadi juga tersedia di sini. Anda juga boleh memilih antara basikal solo atau basikal tandem. 

Itu dia antara informasi yang boleh kami kongsikan tentang Taman Tasik Titiwangsa yang berwajah baru ini. Ramai pengunjung yang hadir, akan kembali setiap hari atau setiap minggu. Jadi, anda jangan lepaskan peluang untuk melawat taman ini di hari minggu bersama keluarga dan orang-orang tersayang!

Alamat: Tasik, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 6am-10pm (setiap hari)