25 Taman Tema Air Di Malaysia Yang Menarik | Jom Bercuti Sambil Bermain Air

Bila tiba musim cuti, inilah waktunya untuk anda dan keluarga bersuka-ria, walau apa cara sekalipun anda merancang untuk menghabiskan musim cuti, jika tidak melibatkan keseronokan di taman tema air, apalah maknanya.

Dari debaran menaiki roller coaster air dan gelongsor yang curam hinggalah ke ketenangan yang dapat dinikmati di sungai buatan yang dikelilingi oleh hutan tropika, semua ini dapat dinikmati tanpa mengira usia. Yang muda terasa bertenaga dan yang tua terasa muda.

Disebabkan begitu hebat sekali penangan taman tema air ini, wujudlah begitu banyak sekali water park yang menarik di negara ni, dari tarikan permainan air yang tertinggi, gelongsor yang terpanjang dan terluas, semuanya ada di negara yang kecil ini.

Yang menariknya, di sesetengah taman tema air menarik ini anda boleh memilih untuk menginap di penginapan yang disediakan sekiranya sehari tidak cukup untuk anda menikmati segalanya.

Kadangkala, penginapan ini turut menyediakan pakej di mana anda boleh mendapat tiket percuma untuk ke water park, pastikan anda membaca dengan teliti info pakej yang disediakan sebelum membuat tempahan penginapan. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat senarai water park yang menarik di sekitar Malaysia ini.

25. The Carnivall Water Park | Kedah

Carnival-Water-Park-Sungai-Petani-Main-Image
Sumber: cintasayangresort.com

Cukup banyak sekali taman tema air di bahagian pantai barat dan selatan semenanjung Malaysia namun tidak pula di bahagian yang lain, maka kehadiran Carnivall Water Park di bahagian utara negara ini cukup memeriahkan suasana.

Baca: 13 Resort Istimewa Di Melaka Yang Menarik

Carnivall Water Park yang terletak di Sungai Petani, Kedah ini sebenarnya sebahagian daripada Cinta Sayang Resort yang menjadi pilihan penginapan ramai yang bercuti di Kedah.

Carnival-Water-Park-Sungai-Petani-Attractions-Image
Sumber: cintasayangresort.com

Antara tarikan yang terdapat di sini adalah Tornado Twist, Tsunami Wave, Mushroom Fall, Boomerang Fall, Splash Mansion dan banyak lagi. Dah puas bermandi-manda, jangan lepaskan peluang untuk menunggang kuda yang juga terletak di dalam kawasan water park ini.

Alamat: Persiaran Cinta Sayang | Cinta Sayang Resort, Sungai Petani 08000

Waktu Operasi: Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat (11.00am – 6.00pm) | Sabtu & Ahad (10.00am – 7.00pm)


24. Wet World Shah Alam | Selangor

Wet World Shah Alam - Main Image
Sumber: wetworld.my

Berlatar belakangkan Taman Tasik Shah Alam, Wet World Shah Alam adalah salah satu tarikan taman tema air yang mesti anda lawati sekiranya bercuti ke sini.

Bagi anda yang datang bersama keluarga dengan anak-anak kecil, taman tema air ini adalah antara yang boleh memberikan anda ketenangan jiwa kerana kesemua paras air kolamnya tidak melebihi 1 meter.

Tapi bagi anda yang tidak sabar-sabar untuk memacu adrenalin boleh terus menuju ke Monsoon Buster untuk menaiki gelongsor berkepanjangan 225 meter yang akan menolak anda ke atas menggunakan jet air yang berkuasa tinggi.

Wet-World-Shah-Alam-Attractions-Image
Sumber: wetworld.my

Jika aktiviti meremangkan bulu roma bukanlah pilihan anda, anda mungkin ingin meluangkan lebih masa di Thunder River yang mana anda boleh relaks di atas pelampung yang menggerakkan anda di sepanjang sungai buatan.

Tarikan lain yang terdapat di sini adalah Pirate Challenge, Kiddy Typhoon Lagoon, Treasure Island, Pirate Cove dan Bermuda Triangle yang kesemuanya sesuai untuk bukan sahaja dewasa, malahan juga kanak-kanak.

Alamat: Taman Tema Air Wet World, No. 3A, Persiaran Dato’ Menteri, Sek.14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Hari Rabu (10.00am – 6.00pm)

Bayaran: Dewasa 130 cm & Keatas RM30 | Kanak-kanak 90 – 130 cm RM25 | Kanak-kanak Bawah 90 cm Percuma


23. LEGOLAND Malaysia Water Park | Johor

Legoland Malaysia Water Park adalah salah satu daripada 9 seksyen taman tema yang terdapat di Legoland Malaysia. Secara keseluruhannya, taman tema yang berkeluasan 76 ekar ini juga memuatkan hotel-hotel dan restoran-restoran. Di bahagian water parknya, terdapat hampir 40 tarikan permainan air.

Antara tarikan yang ada di sini adalah Splash ‘N’ Swirl yang merupakan gelongsor terbesar di taman tema air ini, Joker Soaker, DUPLO Splash Safari, LEGO Wave Pool, LEGO Slide Racers dan banyak lagi!

Legoland Malaysia Water Park - Attractions Image
Sumber: legoland.com.my

Boleh gugur jantung kalau nak cuba semuanya dalam masa sehari, oleh sebab itu, untuk memaksimakan keseronokan percutian anda di sini, apa kata jika anda menginap di LEGOLAND® Hotel yang seperti dibayangkan, dikelilingi oleh pelbagai objek yang dihasilkan menggunakan Lego.

Alamat: 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)


22. Lost World Of Tambun (Lost World Water Park) | Perak

Lost World Of Tambun - Main Image
Sumber: sunwaylostworldoftambun.com

Dikelilingi oleh hutan yang menghijau dan batu kapur, Lost World of Tambun adalah destinasi taman tema air yang dapat membuatkan anda terlupa seketika kacau-bilau hidup di kota.

Baca: 36 Tempat Menarik Untuk Family Day Di Malaysia

Sekiranya anda bercadang untuk ke sini, salah satu pakej penginapan yang boleh anda pertimbangkan adalah pakej glamping yang disediakan pihak Lost World of Tambun.

Lost World Of Tambun - Attractions Image
Sumber: sunwaylostworldoftambun.com

Dari kawasan perkhemahan ini anda boleh merancang mengikut keinginan anda aktiviti yang ingin dilakukan. Sama ada bersantai di kolam renang air panas, berseronok di Jungle Wave Pool yang mampu menolak anda sehingga ke ketinggian 3 kaki!

Menikmati keindahan batu kapur dari pelampung di Adventure River ataupun membawa anak-anak berseronok di Kids Explorabay yang padat dengan permainan interaktif ataupun berlumba di Cliff Racer, apa pun rancangan aktiviti anda di sini, tiada sesaat pun waktu untuk kebosanan menerpa.

Alamat: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Waktu Operasi:Isnin – Jumaat Kecuali Selasa (11.00am – 6.00pm) | Sabtu & Ahad (10.00am – 6.00pm) | Selasa Tutup


21. Marina Water Park | Perak

Marina Water Park - Main Image
Sumber: marinacoveresort.com.my

Marina Water Park ini terletak di dalam kawasan Resort Marina Cove yang berkeluasan 80 ekar. Bagi anda yang ingin menikmati keseronokan taman tema air ini secara percuma selain daripada mencuri masuk adalah dengan menginap di resort ini.

Marina Water Park - Attractions Image
Sumber: marinacoveresort.com.my

Taman tema air yang terletak  berhadapan dengan kawasan pantai ini menempatkan beberapa tarikan air seperti taman permainan air kanak-kanak dan gelongsor air. Berseronok sambil menikmati pemandangan pantai? Memang syoklah!

Alamat: Marina Cove Resort, Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan

Waktu Operasi: Jumaat (3.00pm – 7.00pm) | Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (9.00am – 7.00pm)


20. Melaka Wonderland Theme Park & Resort | Melaka

Melaka Wonderland Theme Park & Resort - Main Image
Sumber: melakawonderland.com.my

Melaka Wonderland Theme Park & Resort ini terletak berhadapan dengan Zoo Melaka dan dikelilingi oleh hutan semula jadi yang bekeluasan 360 hektar. Dapatlah anda menghirup udara segar sambil berseronok dengan pelbagai tarikan yang ada di sini.

Antara keseronokan yang ditawarkan di dalam taman tema air yang menggunakan 2 juta liter air ini adalah Tornado Chaser yang pertama di Malaysia, Adventure Island, Kamikaze Racer dan  1 Big Wave Pool.

Melaka Wonderland Theme Park & Resort - Attractions Image
Sumber: melakawonderland.com.my

Selain water park, taman tema lain yang terdapat di sini adalah Taman Ekstrem, Taman Dinasour dan banyak lagi. Aktiviti lain yang boleh dirancang untuk dilakukan juga agak banyak seperti paintball, go-kart dan memancing ikan.

Alamat: Taman Tema Melaka Wonderland Resort, Lot 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (11.00am – 7.00pm) | Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (9.00am – 7.00pm)


19. A Famosa Water World | Melaka

A Famosa Water World Melaka - Main Image
Sumber: afamosa.com

A Famosa Water World adalah sebahagian daripada kawasan resort bersepadu A’Famosa Resort yang terdiri daripada hotel, padang golf, tapak projek pembangunan dan 3 buah taman tema iaitu A’Famosa Safari Wonderland, A’Famosa Cowboy Town dan A Famosa Water World sendiri.

A Famosa Water World Melaka - Attractions Image
Sumber: afamosa.com

Antara tarikan yang patut anda cuba di sini adalah Family Raft Slide yang mana anda perlu menaiki pelampung yang memuatkan 3 ke 4 orang sebelum menggelongsor ke bawah dalam keadaan sangat curam,  Inner Tube Slide, Body Slide, Big Ice Cream, Wave Pool, High Speed Slide dan banyak lagi.

Alamat: A’Famosa Resort, Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00am – 7.00pm) | Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (9.00am – 7.00pm) | Selasa Tutup


18. Kubang Gajah Mini Waterpark Temerloh | Pahang

Kubang Gajah Mini Waterpark Temerloh - Main Image
Sumber: Kubang Gajah Waterpark Official Facebook Page

Kubang Gajah Mini Waterpark Temerloh ini boleh dikatakan sebagai taman tema air yang paling sempoi. Bukan sahaja kerana cajnya yang teramatlah murah tapi juga kerana anda boleh membawa makanan sendiri dan bersantai di banyak gazebo yang lengkap dengan  soket untuk mengecaj telefon sementara menanti anak-anak berseronok.

Kubang Gajah Mini Waterpark Temerloh - Attractions Image
Sumber: Kubang Gajah Waterpark Official Facebook Page

Tarikan yang ada di sini adalah gelongsor air untuk kanak-kanak dan orang dewasa, kolam mandi yang disesuaikan dengan umur dan bot pedal. Bukan itu sahaja, di dalam taman tema yang sama juga terdapat mini zoo dan buaian.

Selain itu, tempat parking keretanya juga cukup luas. Bagi anda yang datang dari jauh, anda boleh memilih untuk menginap di bilik rehat yang disediakan dengan tiket percuma ke water park untuk dewasa.

Alamat: Waterpark Kubang Gajah, No.1, Taman Awam Kubang Gajah, 28000, Temerloh, Pahang

Waktu Operasi:

  • Cuti Sekolah, Sabtu & Ahad, Cuti Umum: 9.00am – 7.30pm
  • Isnin – Jumaat Kecuali Rabu: 2.00pm – 7.30pm

17. Wet World Batu Pahat Village Resort | Johor

Wet World Batu Pahat Village Resort - Main Image
Sumber: wetworld.my

Terletak di dalam tapak bekas lombong yang tidak jauh dari Tasik Merdeka, Wet World Batu Pahat Village Resort adalah sebuah taman tema air yang berkeluasan 44 ekar,  cukup luas untuk anda sekeluarga menghabiskan waktu cuti seharian.

Antara yang menjadi sumber keseronokan yang tiada akhirnya di sini adalah Lazy River, Big Splash, BP Tower, Wave Pool dan Kiddie Pool. Aktiviti lain yang boleh dirancang juga adalah seperti menaiki perahu dan memancing di sekitar tasik.

Wet World Batu Pahat Village Resort - Attractions Image
Sumber: wetworld.my

Jika anda mengidamkan-idamkan ikan segar sama ada Keli, Kututu, Patin, Rahu, Toman dan Jelawat, mai memancing di sini, kalau dapat, bolehlah berbbq pula!

Sebelum pulang, jangan lupa untuk membeli cenderamata dari Treasure Shop sebagai tanda ingatan percutian anda sekeluarga ke taman tema hebat ini.

Alamat: Wet World Batu Pahat Village Resort, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (10.00am – 6.00pm) | Rabu Tutup


16. Gold Coast Morib Water Theme Park, Banting | Selangor

Gold Coast Morib Water Theme Park - Main Image

Terletak tidak jauh dari banyak tempat menarik seperti Pantai Morib, Pantai Bagan Lalang dan Pantai Kelanang, memilih Gold Coast Morib Water Theme Park sebagai destinasi percutian anda adalah satu pilihan yang tepat.

Cukup padat dengan pelbagai jenis kolam dan permainan gelongsor air yang menarik untuk memenuhkan hari anda. Bagi anda yang menginap di Morib Gold Coast, kebiasaannya anda boleh mendapatkan pakej penginapan dengan tiket masuk ke dalam taman tema air.

Gold Coast Morib Water Theme Park - Attractions Image

Jadi, apa tunggu lagi? Sememangnya sehari tidak cukup untuk menikmati segala tarikan yang terdapat di Gold Coast ini kerana selain water parknya, tarikan lain juga boleh didapati di sini seperti flying fox, high rope dan kayak.

Alamat: PT 294, Kawasan Kanchong Laut, Morib Beach, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 7.00pm)

Selanjutnya Di Booking.com

15. Tiram Indoor Water Park | Johor

Tiram Indoor Water Park - Main Image
Sumber: tiramwaterpark.com.my

Sudah puas membeli-belah di Today’s Mall jom terus terjun ke kolam jakuzi yang terletak di tingkat bawah pusat membeli-belah ini, di Tiram Indoor Water Park. Mana lagi pusat membeli-belah yang chill sampai ke tahap ini?

Sementara anda merehatkan badan yang lenguh di dalam jakuzi, anak-anak pula boleh meneruskan keriangan mereka dalam  kolam renang bertema yang berkeluasan 26,000 kaki persegi ini yang dikelilingi oleh pelbagai bentuk patung hidupan laut seperti kuda laut, sotong dan bermacam jenis ikan yang berwarna-warni.

Tiram Indoor Water Park - Attractions Image
Sumber: tiramwaterpark.com.my

Di kolam renang ini juga terdapat banyak pelampung, bot dan gelongsor untuk anak-anak anda menikmati keseronokan yang maksima. Siapa kata perlu berpanas untuk berseronok di taman tema air?

Alamat: LG, Today’s Mall, Jalan Kota Tinggi, 81800 Ulu Tiram, Johor

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.30am – 10.00pm)


14. Escape Waterplay | Penang

Escape Waterplay - Main Image
Sumber: escape.my

Inginkan pengalaman berseronok di taman tema yang lebih thrill? Mai bergerak ke Escape WaterPlay Teluk Bahang, Penang. Di sini anda akan mendapati terdapat banyak permainan air yang cukup power sensasi zero gravitinya.

Bukan itu sahaja, anda dapat menikmati semua ini dalam suasana alam semula jadi yang sebenar kerana kawasan sekitar yang masih terjaga ekosistemnya, dipenuhi pohon rendang untuk anda bersantai mengambil nafas sebelum meneruskan dengan permainan yang lain.

Antara tarikan yang terdapat di sini adalah Tube Racer @ Rainbow Slide, Banana Flip dan banyak lagi. Dalam masa yang sama Escape WaterPlay turut menyediakan  permainan yang sesuai untuk seisi keluarga seperti di Play House yang menempatkan 8 gelongsor air, Tots Pool dan AK Splash.

Escape Waterplay Park - Attractions Image
Sumber: escape.my

Manakala, kolam AK Academy pula sesuai bagi anda yang pandai berenang kerana kedalamannya yang mampu menenggelamkan badan. Namun jangan risau, di setiap pelusuk taman tema ini terdapat pengawal yang mempunyai ‘laser eyes’ untuk mengawasi keselamatan para pengunjung.

Tarikan lain yang terdapat di sini adalah Escape AdventurePlay untuk aktiviti lasak yang mengeluarkan peluh dan penuh dengan debaran.

Alamat: 828, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (10.00am – 6.00pm) | Isnin Tutup


13. Austin Height Water Park | Johor

Austin Height Water Park - Main Image
Sumber: funtime.my

Tarikan yang terdapat di sini adalah seperti “Hola-Flora” TOTs Play yang disediakan khas untuk anak-anak kecil, Splash World untuk dunia gelongsor dan hujan air yang menyeronokkan, Supersurf dengan 6 buah gelongsor yang bersebelahan antara satu sama lain sekiranya anda ingin berlumba dengan ahli keluarga yang lain, gelongsor gedabak Yellow Wall, gelongsor penuh dengan putaran mendebarkan Rainbow Hood dan banyak lagi.

Austin Height Water Park - Attractions Image
Sumber: funtime.my

Pengalaman di Austin Height Water Park ini memang wow! Namun begitu, anda masih dibenarkan memalaskan diri dari aktiviti mendebarkan kerana di sini juga terdapat Lazy River untuk anda yang hanya ingin diapungkan di atas air sambil menikmati bunyi air dan kesegaran udara.

Water Park ini turut menyediakan kemudahan bbq sekiranya anda ingin menghabiskan hari yang penuh dengan keseronokan ini dengan aktiviti yang lebih santai atau kata orang ‘bonding time’.

Alamat: No. 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am -7.00pm)


12. Bangi Wonderland Theme Park & Resort | Selangor

Bangi Wonderland Theme Park & Resort - Main Image
Sumber: bangiwonderland.com.my

Dikelilingi oleh hutan rekreasi yang berhektar keluasannya, Bangi Wonderland Theme Park adalah sebuah taman tema yang begitu padat dengan permainan air yang mampu menggegarkan dunia anda sekeluarga seperti Body Slide, Spiralax, The Fall, Insane Racer, Anaconda Tail, Wonderloop, Boomeriang, Magic Funnel dan bermacam lagi.

Bangi Wonderland Theme Park & Resort - Attractions Image
Sumber: bangiwonderland.com.my

Taman tema air ini turut menempatkan Kids Adventure yang memiliki 6 buah gelongsor yang membawa mereka ke sebuah taman permainan air di tengah-tengah kolam. Cool!

Alamat: No. 2 Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Selasa (10.00am – 6.30pm) | Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (10.00am – 6.00pm)


11. Waterworld @ I-City | Selangor

Waterworld @ I-City - Main Image
Sumber: themepark.i-city.my

Jika selama ini anda pernah mendengar tentang dunia cahaya lampu LED dan taman tema salji di i-City, Shah Alam, sebenarnya ada lagi satu tarikan menarik yang tidak patut anda lepaskan sekiranya tinggal berdekatan, apa lagi kalau bukan Waterworld @ i-City.

Anda sekeluarga dapat menikmati satu-satunya Tornado Ride yang terdapat di Asia, gelongsor Spiral, Giant Jacuzzi, gelongsor Rainbow, Children’s Aladdin Adventure Pool, River Adventure yang dicahayai lampu LED dan Wave Pool dengan skrin LED. Apa lagi yang anda inginkan dari sebuah taman tema air?

Waterworld @ I-City - Attractions Image
Sumber: themepark.i-city.my

Jika kepuasan dijatuhkan daripada Tornado Ride yang berketinggian 160 kaki masih tidak puas dirasai, apa kata jika anda menginap di hotel yang terletak di dalam i-City, Best Western i-City Shah Alam, bayangkanlah pemandangan yang dapat dinikmati dari bilik hotel yang dikelilingi taman tema ini.

Alamat: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Selasa (11.00am – 7.00pm) | Sabtu & Ahad, Cuti Umum (10.00am – 7.00pm) | Cuti Sekolah (10.00am – 7.00pm) | Selasa Tutup


10. Bukit Gambang Water Park | Pahang

Bukit Gambang Water Park - Main Image
Sumber: bukitgambangresortcity.com

Bukit Gambang Water Park adalah taman tema air yang terletak di dalam alam semula jadi hutan tropika yang berkeluasan 45.8 ekar. Di sinilah anda dapat menikmati antara tarikan permainan air yang terpanjang, tertinggi dan terbesar di Malaysia.

Antara tarikan yang terdapat di sini adalah Canopy Slide, Family Raft Ride, Crystal Slide, 6 Lanes Racer, Aqua Play, Journey of Ice, Penguin Express dan banyak lagi.

Bukit Gambang Water Park - Attractions Image
Sumber: bukitgambangresortcity.com

Sekiranya sehari masih tidak mencukupi untuk menikmati syurga air ini anda boleh memilih untuk menginap di bilik penginapan yang disediakannya, dengan pakej penginapan yang tertentu, anda turut boleh mendapatkan tiket masuk percuma bukan sahaja Water Park tapi juga untuk ke Safari.

Alamat: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Khamis  Kecuali Selasa (11.00am – 6.00pm) | Jumaat – Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (10.00am – 7.00pm) | Selasa Tutup


9. Bukit Merah Laketown Resort Waterpark | Perak

Bukit Merah Laketown Resort Waterpark - Main Image
Sumber: bukitmerahresort.com.my

Bukit Merah Laketown Resort Waterpark yang terletak di Perak ini adalah sebuah taman tema yang berkeluasan 11 ekar.

Walaupun tidak seluas taman tema air yang lain, setiap inci water park ini padat dengan pelbagai tarikan hebat seperti Water Speed Slides, Boomerang, Sandy Beachfront Wave Pool, Body Slides, Giant Tube Rides, Water Pillar, Kids Adventure River, dan macam-macam lagi.

Bukit Merah Laketown Resort Waterpark - Attractions Image
Sumber: bukitmerahresort.com.my

Di Bukit Merah Laketown Resort ini juga anda boleh mendapatkan penginapan yang menarik seperti di Kampung Air, yang mana seperti namanya anda dapat menginap di dalam bilik yang terapung di atas air yang tenang. Percutian yang bukan sahaja menyeronokkan seisi keluarga tapi juga memberikan ketenangan yang diimpikan.

Alamat: Jalan Bukit Merah Taiping 34400 Semanggol, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Khamis Kecuali Selasa (11.00am – 6.00pm) | Jumaat – Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (10.00am – 7.00pm) | Selasa Tutup


8. Wet World Air Panas Pedas Resort | Negeri Sembilan

Wetworld Pedas Negeri Sembilan - Main Image
Sumber: wetworld.my

Nak melawat taman tema air yang lain daripada yang lain? Malahan menyihatkan pula tu, di mana lagi kalau bukan di Wet World Air Panas Pedas Resort.

Jangan tak tahu, air panas semula jadi ini kaya dengan pelbagai jenis khasiat mineral yang memiliki kemampuan menyembuhkan atau melegakan pelbagai penyakit seperti lenguh badan, arthritis, sakit sendi dan pelbagai jenis penyakit kulit.

Wetworld Pedas Negeri Sembilan - Attractions Image
Sumber: wetworld.my

Tapi yang bestnya, anda boleh berseronok sambil menikmati khasiat air ini. Dari gelongsor, taman permainan di tengah air hinggalah ke kolam renang yang luas, bermainlah anda sekeluarga sepuas hati di sini.

Alamat: Lot 603, Jln Tampin, Mukim Pedas, Kampung Sungai Batu, 71400 Pedas, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Rabu (10.00am – 6.00pm) | Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (10.00am – 6.00pm) | Rabu Tutup


7. KSL Theme Park – Dinosaur Alive | Johor

KSL Theme Park Dinosaur Alive - Main Image
Sumber: kslresorts.com.my

KSL Theme Park – Dinosaur Alive adalah taman tema yang terletak di tingkat 7 KSL Hotel & Resort Johor Bahru. Ya, taman tema air ini bukanlah di dasar tanah seperti taman tema yang lain tapi terletak di bertingkat-tingkat atasnya.

Baca: 28 Airbnb Menarik Di Malaysia

Bukan sahaja lokasinya yang hebat tetapi seperti namanya, taman tema air ini dikelilingi oleh dinosaur animatronik yang kelihatan agak realistik. Jangan terkejut pula kalau terlihat haiwan gergasi ini bergerak sedikit, macam dalam cerita Jurassic Park pula!

KSL Theme Park Dinosaur Alive - Attractions Image
Sumber: kslresorts.com.my

Tarikan lain yang ada di sini sepertimana di taman tema air yang lain adalah gelongsor air, timba air gergasi, pancuran air dan lain-lain lagi.

Di suatu sudut taman tema ini juga terdapat sebuah trampoline gergasi, suruh anak anda melompat sepuas hati di sini ya, mana tahu kalau boleh tinggi?

Alamat: 7th floor KSL RESORT, 33 Jalan Seladang, Taman Abad, Johor Bahru 80250

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00am – 7.00pm) | Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (9.00am – 7.00pm)


6. TS Wonderland Indoor Water Theme Park | Johor

TS Wonderland Indoor Water Theme Park - Main Image
Sumber: TS Wonderland Waterpark Official Facebook

TS Wonderland Indoor Water Theme Park yang terletak di Kota Masai Johor ini adalah sebuah taman tema air yang berbumbung. Taman tema ini dipenuhi dengan keseronokan seperti gelongsor berpusar, timba air gergasi yang mencurahkan air kepada sesiapa yang berada di bawahnya dan banyak lagi.

TS Wonderland Indoor Water Theme Park - Attractions Image
Sumber: TS Wonderland Waterpark Official Facebook

Selain water park, tarikan lain yang disediakan di sini adalah Space Adventure iaitu sebuah taman permainan kering yang dipenuhi dengan bola-bola kecil berwarna-warni. Memang meriahlah kalau dah beramai-ramai di sini.

Alamat: Lot 6015-C Jalan Ciku Utama 2 Taman Kota Masai 81700 Johor Bahru, Masai, Johor

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 7.00pm)


5. Starhill Waterpark | Johor

Starhill Waterpark - Main Image
Sumber: starhill-golf.com

Starhill Waterpark yang terletak di dalam Starhill Golf & Country Club di Johor Bahru ini sebenarnya adalah sebuah kelab persendirian. Namun begitu, orang luar boleh memasuki taman tema airnya dengan bayaran yang cukup murah.

Starhill Waterpark Park - Attractions Image
Sumber: starhill-golf.com

Jika anda ingin menikmati taman tema air dalam suasana yang penuh privasi, inilah salah satu lokasinya. Antara yang boleh dinikmati di dalam taman tema eksklusif ini adalah kolam renang yang luas untuk bermandi-manda, kolam renang dan gelongsor khas untuk kanak-kanak serta gelongsor gergasi.

Alamat: 6.5KM, Jalan Kampung Maju Jaya, Kempas Lama, 81330 Skudai, Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (9.00am – 6.00pm)


4. Fantasia Aquapark Jitra | Kedah

Fantasia Aquapark Jitra - Main Image
Sumber: Darulaman Park Official Facebook Page

Bersedia untuk menggelongsor, berenang, mengapungkan badan atau sekadar memercikkan air sewaktu di Fantasia Aquapark Jitra.

Di dalam taman tema air dengan konsep taman magika ini, anda akan memasuki sebuah dunia berbeza yang dipenuhi dengan serangga penuh warna-warni.

Fantasia Aquapark Jitra Park - Attractions Image
Sumber: Darulaman Park Official Facebook Page

Taman tema air yang berkeluasan 15,000 kaki persegi ini menempatkan 12 tarikan air yang mesti dicuba satu persatu seperti Twin Slide, Lazy River, Water Cave, Children Splash Pads, Children Water Factory dan banyak lagi.

Semua ini dapat dinikmati dalam harga di bawah RM20, keseronokan tak terkira dalam harga bajet, siapa tak suka?

Alamat: Jalan Golf & Country Club 06000 Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: Isnin – Khamis Kecuali Selasa (1.00pm – 8.00pm) | Jumaat, Sabtu & Ahad (10.00am – 8.00pm) | Selasa Tutup


3. Indah Jaya Water Park | Sabah

Indah Jaya Water Park - Main Image
Sumber: Indah Jaya Water Park Official Facebook Page

Dengan harga dari bawah RM20, anda sekeluarga dapat menikmati keseronokan bermandi-manda di taman tema air Indah Jaya Water Park.

Indah Jaya Water Park - Attractions Image
Sumber: Indah Jaya Water Park Official Facebook Page

Taman tema ini sesuai untuk dilawati bagi mengisi waktu lapang anda sewaktu di bandar Sandakan.

Alamat: Indah Jaya Recreation Club, Sandakan Town, Sabah

Waktu Operasi: Rabu – Jumaat (1.00pm – 6.00pm) | Sabtu & Ahad (10.00am – 6.00pm) | Isnin & Selasa Tutup


2. Borneo Tropical Rainforest Resort – Water Park | Sarawak

Borneo Tropical Rainforest Resort - Main Image
Sumber: borneorainforestresort.com

Borneo Tropical Rainforest Resort adalah sebuah destinasi penginapan yang terletak di dalam hutan hujan tropika di Sarawak. Sebahagian daripada resort ini adalah taman tema air yang meriah dengan pebagai permainan air yang berwarna-warni.

Percikan air tanpa henti di dalam gegelung berwarna-warni dan taman permainan di dalam dunia air, tiada apa yang lebih menggembirakan anak kecil anda sewaktu bercuti di Sarawak.

Borneo Tropical Rainforest Resort Park - Attractions Image
Sumber: borneorainforestresort.com

Di sini juga anda boleh menginap di chalet yang disediakan, pemandangan dari kawasan chalet ini cukup memukau jiwa ditambah lagi dengan bunyi burung dan haiwan yang terdapat di sekitar. Percutian di Borneo Tropical Rainforest Resort dapat mencipta memori yang indah untuk anda sekeluarga.

Info Pakej: Termasuk Sarapan, Makan Tengah Hari dan Snek Petang + Lawatan Dengan Treler & Bot + Kemasukan ke Waterpark

Alamat: 36 KM Miri Bintulu Road, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: 7.30am – 5.00pm


1. Sunway Lagoon | Selangor

Sunway Lagoon - Main Image
Sumber: sunwaylagoon.com

Bila bercakap tentang taman tema air, Sunway Lagoon tidak boleh sama sekali diletakkan di tepi. Dengan pelbagai tarikan menarik berkumpul di satu tempat yang sama, anda belum betul-betul menikmati kehidupan tanpa melawat Sunway Lagoon walau sekali dalam hidup.

Seperti di kebanyakan water park yang lain, water park Sunway Lagoon diselubungi oleh keseronokan gelongsor-gelongsor dan kolam-kolam yang penuh dengan sensasi zero graviti dan percikan air yang menyegarkan.

Sunway Lagoon Park - Attractions Image
Sumber: sunwaylagoon.com

Antara tarikan yang dapat anda sekeluarga nikmati di sini adalah Wave Pool, Zambezi River & Victoria Falls, Vuvuzela, Congo Challenge, Giant Tipping Bucket, Kalahari Kids, Lake Kariba, Surf Beach dan banyak lagi. Tapi yang paling menarik di sini adalah gelongsor Vuvuzelanya yang merupakan gelongsor air tertinggi, terbesar aka tergempak di dunia. Berani?

Info Tiket: Tiket Membolehkan Akses Ke Nickelodeon Lost Lagoon, Sunway Lagoon Water Park, Sunway Lagoon Wildlife Park, Sunway Lagoon Amusement Park, Sunway Lagoon Extreme Park, Sunway, Lagoon Scream Park (Kecuali: Bungy Jump, G-Force X and Go Kart).

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)


Dengan cuaca summertime sepanjang tahun di Malaysia ini, kunjungan ke taman tema air sentiasa menjadi tarikan.

Kesegaran yang dirasai apabila menenggelamkan badan di dalam air yang sejuk, ditambah lagi dengan thrill zero graviti yang dinikmati dari tarikan-tarikan yang terdapat di water park ini, pasti menjadi sebuah pengalaman percutian yang mustahil dapat dilupakan.

Baca: 77 Destinasi Percutian Paling Popular Di Malaysia

Kalau anda nak tahu, sebenarnya banyak lagi taman tema air lain yang menanti kehadiran anda, nak tahu di mana? Anda boleh membaca artikel kami berkaitan 13 Resort Di Melaka Yang Menarik Untuk Percutian Keluarga.

Sekiranya anda sekeluarga mengidamkan pengalaman percutian yang unik dalam suasana yang lebih adventurous, mai baca artikel kami bertajuk 18 Tempat Glamping Menarik Di Malaysia Yang Seronok & Mesra Alam.

Tunggu apa lagi? Dengan banyak sekali kewujudan taman tema air di Malaysia ini, anda tidak perlu menunggu musim cuti untuk menikmati keseronokan ini, bawa keluarga anda bersplash sepuas hati di water park terdekat hujung minggu ini! Semoga berseronok!

4.3/5 - (39 votes)