Selepas bertahun kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan dan Larangan Rentas Negeri, pastinya kita rasa lebih lega setelah mendapat kelonggaran untuk menjalani hari-hari dengan lebih bebas.
Tetapi dalam fasa peralihan ini kita masih perlu menjaga SOP agar sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat. Ok, jom kami kongsikan 10 taman tema menarik di Kuala Lumpur yang wajib dikunjungi.
10. Sunway Lagoon
Siapa yang tidak kenal dengan Sunway Lagoon? Hanya 20 minit dari kotaraya Kuala Lumpur, Sunway Lagoon di Bandar Sunway memang sudah lama menyediakan keseronokan buat seisi keluarga. Sunway Lagoon ini memang sangat besar dan penuh dengan bermacam-macam jenis hiburan dan persembahan.
Terbahagi kepada 6 zon adventure, taman tema ini menyediakan kesemuanya dari roller coaster, ke gelongsor air, rumah hantu, dan macam-macam lagi untuk anda seisi keluarga. Memang penuh dengan adventure dan pengalaman yang mendebarkan, pasti anda dan keluarga akan menikmati hujung minggu yang istimewa.
Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
9. Berjaya Times Square
Terletak di dalam mall Berjaya Times Square, ialah sebuah taman tema indoor yang sangat besar. Dengan keluasan 133,000 kaki persegi dan setinggi 3 tingkat, taman tema ini menawarkan pengalaman yang menyeronokkan dan Mendebarkan. Jadi, bila anda ke sini, berehat sejenak dari membeli-belah dan bermain di taman tema ini.
Taman tema Berjaya Times Square ini terbahagi kepada 2 bahagian – Galaxy Station dan Fantasy Garden. Bahagian pertama, Galaxy Station, sesuai untuk para thrill seekers. Dengan rides dan roller coasters yang pasti mendebarkan, sesiapa yang ingin rasai adrenaline rush, perlu cuba. Fantasy Garden pula merupakan bahagian yang lebih santai dan merupakan bahagian warna-warni dan comel untuk anda mencipta memori bersama anak-anak.
Alamat: 5th & 7th Floor, Berjaya Times Square, 1, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
8. Escape Challenge Adventure Park
Jika anda peminat Taman Tema Escape di Penang, pasti anda teruja kerana kini, aktiviti-aktiviti mencabar yang mereka sediakan di sana telah dibawa ke Lembah Klang di Escape Challenge Adventure Park. Terletak di dalam Paradigm Mall, taman tema yang berkeluasan 35,000 kaki persegi ini merupakan versi indoor dari versi outdoor yang asal. Senanglah nak datang dan berseronok tanpa mengira panas atau hujan, kan?
ESCAPE menyediakan pelbagai aktiviti mencabar yang tentu membuatkan anda teruja. Antaranya termasuk cabaran bertali, wall climbing, zip-lining, dan banyak lagi. Taman tema indoor ini memang sesuai untuk anda, keluarga dan rakan-rakan berhujung minggu. Anda juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti ini mengikut tahap kesusahan yang bersesuaian.
Alamat: GB-07, Paradigm Mall, Petaling Jaya, 47301 Selangor, Malaysia
7. VAR Live
Jika anda penggemar permainan atas talian atau seorang Gamer, tempat ini adalah yang paling perfect untuk anda. Datanglah ke VAR Live yang terletak di dalam MyTown Shopping Centre. Ia merupakan sebuah pusat hiburan atau taman tema berkonsep virtual reality ataupun realiti maya.
Di sini terdapat 13 jenis permainan VR termasuk Crazy Rush dan Zombie Jail. Anda menempatkan diri di dalam permainan tersebut seolah-olah anda berada di dalam situasi itu. Memang mendebarkan. Dengan teknologi VR terkini, VAR Live sedia menyediakan pengalaman luarbiasa untuk anda dan keluarga.
Alamat: L2-015, MyTOWN Shopping Centre, No. 6, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur
6. Jumpstreet Asia Trampoline Park
Satu lagi tempat atau taman tema yang sinonim dengan keseronokan ialah Jumpstreet Asia Trampoline Park. Ia merupakan taman trampoline indoor pertama di Malaysia. Dengan 17 tarikan dan aktiviti menarik di sini, memang tak sempat nak rasa bosan.
Bermain bersama keluarga atau rakan-rakan di atas trampoline besar, beg udara (air bags), dan macam-macam lagi. Anda boleh bermain dodgeball, basketball, melompat dan melakukan tricks, memanjat dan macam-macam lagi. Test kebolehan fizikal anda, mesti anda pon terkejut. Yang paling digemari ramai di sini tentunya foam pit besar yang boleh anda lompat ke dalamnya.
Alamat: 8A, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor
5. SuperPark Malaysia
Satu lagi taman tema yang lebih kepada aktiviti fizikal dan sihat ialah SuperPark Malaysia. Taman ini serba lengkap dengan semua dalam 1 tempat. Taman indoor ini terletak di dalam Avenue K Shopping Mall. Terdapat 2 tingkat dan terbahagi kepada 3 zone. Permainan di sini semuanya sesuai untuk semua lapisan masyarakat, tahap kesihatan dan umur.
Dengan lebih 25 aktiviti yang tersedia di sini – dari larian berhalang, flying fox, scooter hingga ke ice skating rink – semua yang disediakan di sini menjanjikan keseronokan. Bagi yang sukakan adrenaline rush, kami cadangkan anda luangkan masa yang lebih di zone adventure. Datanglah bersama keluarga atau rakan-rakan.
Alamat: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
4. District 21
District 21 ialah antara indoor park yang sangat popular di kalangan orang Kuala Lumpur. Konsep taman adventure dengan tema post-apocalyptic, District 21 memang menyeronokkan. Terletak di dalam iOi City Mall, taman tema berkeluasan 70,000 kaki persegi ini membawa 10 tarikan yang cukup mendebarkan.
Bersiap sedia untuk memanjat, melompat, gelongsor, free-fall dan juga terbang di sini. Anda boleh memilih aktiviti yang lebih ringan seperti Tubby Ride atau YoYo Car atau pilih aktiviti yang lebih mencabar seperti Ninja Warrior dan Roller Glider. Semuanya direka khas mengikut kesesuaian tahap kesihatan dan kebolehan individu. Datanglah ke District 21 bersama keluarga atau rakan-rakan!
Alamat: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
3. KidZania Kuala Lumpur
KidZania Kuala Lumpur merupakan sebuah taman tema yang direka khas untuk golongan kanak-kanak. Kota interaktif ini direka untuk menggalakkan kanak-kanak menggunakan imaginasi dan membina dunia tersendiri. Bagi kanak-kanak bawah 16 tahun, mereka akan berpeluang untuk memilih dari beberapa kerjaya dan bayangkan mereka bekerja. Dari sini, mereka akan memahami fungsi dan tanggungjawab setiap kelompok masyarakat.
Mereka juga akan belajar menguruskan Wang apabila dapat “gaji” dan boleh berbelanja mengikut kemampuan mereka. Dari KidZania, mereka akan pulang dengan lebih menghargai anggota masyarakat dan komuniti, memahami tanggungjawab mereka, belajar menguruskan wang dan fahami konsep kebahagiaan yang penting buat mereka tersendiri.
Alamat: Curve NX Shopping Mall, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, 47810 Selangor
2. Wet World Waterpark
Wet World Waterpark yang terletak di Shah Alam memang sudah cukup dikenali ramai. Taman tema air ini cukup berpatutan untuk keseronokan seisi keluarga. Bertema Kepulauan Caribbean, sangat sesuai untuk kunjungan secara berkumpulan. Tidak Kira untuk meluangkan masa bersama, berkelah, family day atau menyambutan sambutan Hari istimewa, Wet World Waterpark sedia menjanjikan keseronokan.
Dengan pelbagai rides dan tarikan seperti Super Hurricane, Kiddy Typhoon Lagoon, Caribbean Rider dan banyak lagi, anda dan keluarga pasti akan dapat menikmati detik indah mengikut kesesuaian masing-masing. Fasiliti lengkap di sini dan juga kiosk-kiosk makanan dan minuman melengkapkan lagi hari bersama keluarga anda.
Alamat: No. 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
1. i-City Leisure Park
i-City Leisure Park merupakan pusat hiburan dan taman tema yang2 dipenuhi hiburan berteknologi. Taman tema berintegrasi digital ini menawarkan pelbagai rides dan tarikan yang menjanjikan keseronokan sepanjang hari.
Yang istimewanya tentang taman ini ialah konsep bayaran pay-per-ride atau bayar untuk setiap ride yang anda ingin naiki. Ala, seperti di funfair atau karnival. Anda boleh menikmati cuaca dingin di Snowalk, bermain dalam air di Waterworld, bermain dengan permainan karnival dan lawati muzium patung lilin di red carpet 2 atau bergambar tanpa henti Di Kota lampu LED di pameran pokok berlampu i-City.
Alamat: AJ CityPark, D-1-G, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Itu dia 10 taman tema menarik di Kuala Lumpur. Sebenarnya, banyak betul tempat riadah dan hiburan yang disediakan untuk kita di ibu kota. Jadi, tak perlulah asyik ke luar kota untuk bercuti atau berhujung minggu.
Pastikan anda mengambil masa untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang di mana-mana taman tema ini. Pastinya beribu memori indah yang akan dikenang selalu.