Putrajaya bukan sahaja pusat pentadbiran Negara Malaysia. Malah, Bandar ini telah direka dengan cukup teliti, menempatkan pelbagai taman tarikan yang indah dan bangunan-bangunan dengan rekaan arkitektur yang modern, melambangkan pembangunan Malaysia yang sentiasa mengorak langkah ke hadapan.

Tangga Putrajaya Steps - Gambar Orang Naik Tangga
Sumber: @shahrillramli

Sejak bulan October, 2021 yang lepas, Putrajaya menambah satu lagi monumen penting yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Tangga Putrajaya Steps dibina sempena 25 tahun Sambutan Jubli Perak Putrajaya.

Baca: 27 Destinasi Menarik Di Putrajaya

Terinspirasi dari tangga-tangga ikonik dunia seperti The Spanish Steps, Itali, Potemkin Stairs di Ukraine dan kebanggaan Malaysia, tangga Batu Caves, Tangga Putrajaya Steps ini berketinggian 30 meter dengan jarak pendakian sejauh 200 meter.

Tangga Putrajaya Steps - Sign At Bottom
Sumber: Jayson Villaruel

Tangga ini dibina di atas cerun yang menuju ke Mercu Tanda di Taman Putra Perdana. Ia menyediakan laluan pedestrian dari Dataran Putra seterusnya menembusi Laman Perdana dan terus ke Mercu Tanda sebelum berakhir Di Hotel Pulse Grande.

Tangga Putrajaya Steps - View Dari Atas
Sumber: Syed Shah

Dilengkapi dengan struktur dan fasiliti yang membolehkan pelawat beriadah sepanjang tangga ini, ia dijangka akan menjadi tarikan buat pelancong dalam dan luar negara yang pastinya akan membantu ekonomi sektor pelancongan pasca pandemik ini. Taman Putra Perdana yang juga mempunyai tarikan sedia ada akan turut menarik pelancong untuk mendaki tangga ini.

Tangga Putrajaya Steps - Monumen Putrajaya
Sumber: lurve_aloevera

Jadi, pastikan anda turut mendaki Tangga Putrajaya Steps bila anda mengunjungi Dataran Putra dan menuju ke Taman Putra Perdana. Pemandangan dari anak tangga terakhir pasti berbaloi dengan effort yang dikeluarkan untuk mendaki sampai ke penghujung.

Baca: Pantai Floria Putrajaya

📍 Alamat
Alamat: PPJ 277, Laman Perdana , Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000, Putrajaya
5/5 - (1 vote)