Tasik Cermin, Gunung Rapat | Rahsia Indah Negeri Ipoh Yang Cukup Istimewa

Antara faktor unik tentang Malaysia ialah kepelbagaian kaum. Ini membolehkan kita menghargai dan menghormati pelbagai perbezaan yang membuatkan negara kita unik.

Gambar Tasik Cermin Ipoh Yang Luas Dan Mempersonakan
Sumber: Eng K

Walaupun banyak perbezaan, orang kita akan bersetuju tentang satu perkara yang melangkaui batas umur, jantina dan kaum, iaitu keindahan dan keistimewaan alam semulajadi.

Platform Di Tasik Cermin Untuk Bergambar
Sumber: @__nrciah27

Tidak kira latar belakang kehidupan kita, orang Malaysia memang gemar melihat dan menghargai kecantikan ciptaan sang pencipta. Antara kecantikan alami ini ialah Tasik Cermin, yang merupakan rahsia indah di Ipoh yang cukup istimewa. Jom, kita lihat apa ada di sana!

Lokasi

Tasik Cermin terletak di Gunung Rapat, Ipoh. Tersembunyi di kawasan pegunungan, dan dikelilingi oleh gua-gua batu kapur, ialah sebuah tasik yang benar-benar istimewa.

Laluan Di Tengah tengah Bukit Batu Yang Tinggi
Sumber: coolbois

Tasik ini mempunyai suasana yang cukup tenang dan damai, menjadikan ia satu tempat berehat dan menenangkan fikirkan yang tepat.

Gambar Tasik Yang Indah Dikelilingi Kehijaun Semulajadi
Sumber: coolbois

Sekiranya anda ke sini dari Kuala Lumpur, anda tentu akan melewati ia dalam perjalanan ke Ipoh. Terletak berdekatan dengan Taman Rekreasi Gunung Lang dan Kuil Sam Poh Tong. Dikatakan anda akan jumpa dengan sebuah rumah tinggal di pintu masuk Tasik Cermin ini, jangan risau, betul la tu jalan anda.

Gambar Terowong Laluan Ke Tasik
Sumber: Kano Ky

Setalah itu, anda akan berjalan merentasi sebuah terowong gelap yang pendek, sebelum keluar ke taman tasik rahsia ini. Grand entrance betul ya!

Terowong Laluan Ke Platform Di Tasik Cermin
Sumber: faes_esmi

Tarikan

Namanya Tasik Cermin kerana ia dikatakan mempunyai permukaan yang merefleksi sekelilingnya. Jadi, gunung-gunung dan gua-gua batu kapur di sini nampak lebih tinggi dan besar. Memang cukup cantik lah. Seperti melihat dalam gambaran di poskad atau foto-foto di National Geographic.

Sebenarnya, tiada tarikan lain di sini kecuali menikmati keindahan tasik ini. Terdapat sebuah platform yang dibina di sini untuk anda mendekati tasik ini.

Sampan Kayu Untuk Pelawat Untuk Bergambar Di Tasik
Sumber: theroytravels

Nak bergambar pon boleh. Malah, ini lah antara tempat rare yang boleh anda tambahkan koleksi gambar-gambar insta-worthy dan membuat kontent media sosial anda.

Memang agak ramai yang datang ketika hari minggu atau musim cuti, namun ia tidak menjejaskan keindahan sekelilingnya. Kalau anda nak tahu, sebenarnya terdapat 2 buah tasik di Gunung ini namun hanya 1 yang dibuka untuk orang awam.

Selalunya orang ke sini untuk bergambar sambil beriadah dengan tenang. Persekitaran yang cukup unik ini memang akan buat orang rasa nak senyap sahaja, cakap pon macam nak berbisik.

Terkini

Kalau anda nak tahu, awal tahun ini, kerajaan Ipoh mengisytiharkan akan membangunkan Tasik Cermin ini sebagai Taman Eko Kuari pertama di Malaysia.

Selain dari menarik pelancong dari dalam dan luar negara, pembangunan tourism ini juga dikatakan akan membantu masyarakat dan komuniti Ipoh menjana pendapatan.

Aktiviti Eksplorasi Gua Dengan Bot
Sumber: @tasikcerminipoh

Ini kerana dengan perkembangan terbaru ini, lebih banyaklah peluang pekerjaan yang akan dibuka. Jadi, pastikan anda ikuti rapat-rapat tentang perancangan kerajaan tau. Mana tau, dapat bekerja atau berniaga di sini. Wah, tentu seronok.

Tips

Ada beberapa tips yang ingin kami kongsikan jika anda ingin ke sini. 

  • Ada kalanya, Tasik Cermin ini tutup dan tidak dibuka untuk orang awam. Ini sering berlaku ketika musim hujan lebat apabila platform besi di tasik itu ditenggelami air. Jadi, agak bahaya la kan untuk orang kunjung. 
  • Hujung minggu memang sesak. Jadi, pastikan anda rancang perjalanan dan kehadiran anda di sini dengan baik.
  • Seelok-eloknya datang secara berkumpulan. Bukan apa, atas faktor keselamatan, lebih baik jangan datang seorang diri. 
  • Kerana terletak di kawasan kuari, anda perlu bersiap sedia bahawa perjalanan ke sini akan melalui jalan raya yang tidak begitu baik dan kawasan tidak berturap.

Waktu Operasi dan Harga Tiket Tasik Cermin Ipoh

Kawasan Parking Dan Fasiliti Yang Di Sediakan di Mirror Lake Ipoh
Sumber: Ahsan B

Tasik ini dibuka pada setiap hari dari jam 8am-6pm. Tiket masuk adalah seperti berikut:

Warganegara Dewasa

 

RM2

Kanak-kanak

 

RM1

Warga AsingDewasa

 

RM4

Kanak-kanak

 

RM2

Itu lah cerita serba sedikit tentang Tasik Cermin ini. Nak masuk pon murah saja buat masa sekarang ini. Jadi, pastikan anda kunjungi Tasik Cermin apabila berada di Ipoh di masa akan datang nanti. Ambil gambar banyak-banyak tau. Selamat bercuti!

Baca: Refarm Kampar | Percutian Dalam Suasana Ladang Di Perak

Alamat: 31350 Ipoh, Perak (Gunakan frasa “Entrance Tasik Cermin” ke dalam sistem panduan memandu anda)

Waktu Operasi: 8am-6pm (setiap hari)