Tasik Villa Port Dickson | Resort Best Untuk Percutian Singkat Penuh Aktiviti

Satu lagi penginapan yang perlu anda cuba di Port Dickson ialah Tasik Villa International Resort. Walaupun Port Dickson mempunyai banyak pilihan penginapan, namun Tasik Villa mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri yang perlu anda alami sendiri.

Tasik Villa International Resort Port Dickson - Drone Image

Terletak di Kota Lukut, Port Dickson, Tasik Villa merupakan penginapan 5 bintang yang menggabungkan modern dan tradisional.

Tasik Villa International Resort Port Dickson - Gambar Luar Villa
Sumber: @tasikvilla
Tasik Villa International Resort Port Dickson Gambar Bilik
Sumber: @tasikvilla
Tasik Villa International Resort Port Dickson - Private Pool
Sumber: @ila_aqilla

Dibina di suatu lot yang besar, resort ini berbentuk segi empat tepat dan mempunyai sebuah tasik buatan di tengah-tengah.

Tasik Villa International Resort Port Dickson - Gambar Water Chalet
Sumber: @tasikvilla

Keliling tasik ini adalah penginapan berkonsep villa dan chalet dan di tengah tasik ini pula merupakan penginapan berkonsep bilik hotel.

Tasik Villa International Resort Port Dickson - Big Private Pool
Sumber: @tasikvilla

Terdapat 9 jenis bilik penginapan yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian percutian anda. Bagi yang ingin bercuti untuk honeymoon ataupun bulan madu, mereka turut menyediakan chalet dan villa khas untuk anda.

Setiap bilik dan villa diberi sentuhan hiasan yang klasik tetapi tetap kontemporari dan tampak elegan dan selesa.

Fasiliti yang disediakan di sini juga tidak kurang hebat. Dengan beberapa restoran dan kedai makan yang memudahkan anda menjamu selera tanpa perlu keluar, mereka juga menyediakan servis candle light dinner jika anda merancang sesuatu yang istimewa.

Selain itu, fasiliti seperti gym dan sauna membantu anda sentiasa mengekalkan rutin senaman dan kesihatan anda walaupun ketika bercuti. Servis buggy yang memudahkan anda untuk bergerak di dalam perkarangan resort juga disediakan.

Tasik Villa International Resort Port Dickson - Gambar Kolam Dengan Bot
Sumber: @tasikvilla

Servis bot yang membawa anda ke villa atau chalet anda juga sesuatu yang istimewa dan unik. Seronok dapat bermalam di atas air.

Mereka turut menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbeza untuk kesesuaian jenis percutian yang anda mahu. Bagi yang datang bersama keluarga dan ingin beriadah bersama, aktiviti di Segar city tentu membawa kegembiraan.

Tasik Villa International Resort Port Dickson - Gambar Naik Scooter Eletrik
Sumber: @tasikvilla

Aktiviti seperti escape room, 3D art dan karnival menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik buat seisi keluarga.

Tasik Villa International Resort Port Dickson Gambar Pool Kanak Kanak
Sumber: @alysahae

Untuk anda yang lebih gemarkan adventure dan sukan, atau bagi company dan kumpulan yang ingin melakukan aktiviti team building, bolehlah ke recreation park mereka di mana pelbagai aktiviti dan obstacle course boleh dilakukan bersama.

Tasik Villa International Resort Port Dickson - Gambar Rock Climbing
Sumber: @tasikvilla

Bagi anda yang Inginkan percutian yang lebih relaks dan santai, Thai Odyssey ada cawangan di sini bagi memberikan anda pengalaman bercuti yang cukup tenang dan stress-free.

Baca: 9 Villa Di Langkawi Dengan Kolam Renang Peribadi

Jadi, apa tunggu lagi? Tiba masanya anda kemasukan pakaian, sediakan bag dan servis kereta untuk mencuba sendiri percutian yang menarik ini. Untuk mendapatkan bilik penginapan pilihan anda, layari laman web mereka. Sementara itu, anda perlu ikuti mereka di Facebook untuk maklumat terkini.

Alamat: Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa Kota Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia