14 Tempat High Tea Di Kuala Lumpur Untuk Minum Petang Yang Menarik & Classy

Selalunya, aktiviti High Tea adalah lebih sinonim dengan golongan wanita. Memang sudah menjadi sebuah tradisi dan budaya dalam masyarakat wanita untuk berkumpul dan minum teh bersama sejak dulu lagi. Tetapi, jangan risau, orang lelaki dan kanak-kanak juga tentunya dijemput sekali.

Mari kami kongsikan 14 tempat High Tea di Kuala Lumpur untuk pengalaman minum petang yang luarbiasa. Bolehlah anda fikir-fikirkan untuk gathering akan datang atau girls’ day out bersama teman-teman anda.

14. The Living Room, The Westin Kuala Lumpur

The Living Room, The Westin Kuala Lumpur, Hightea, Afternoon Tea, Minum Petang
Sumber: thewestinkl

Di sini, mereka membawakan set High Tea dengan sentuhan lokal tau. Anda bukan sahaja dapat menikmati pastri-pastri dan kek-kek ala orang Eropah, mereka turut menjamu kuih-muih Melayu seperti roti jala, pie tie, dan macam-macam lagi. Presentasi mereka juga cukup manis dan elegan.

Baca: 51 Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur

Suasana di The Living Room juga cukup indah dan sofistikated. Dengan pencahayaan yang sempurna, anda akan dapat menikmati High Tea yang cukup glamourous. Buat pengetahuan anda, set High Tea mereka boleh didapatkan sepanjang hari tau.

Harga: RM88+ ke atas

No. Telefon: 03-2773 8015

Alamat: Level UG, The Westin Kuala Lumpur, 199, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur


13. Thirty8, Grand Hyatt Kuala Lumpur

Thirty8, Grand Hyatt Kuala Lumpur -
Sumber: thirty8kl

Merupakan antara tempat kegemaran ramai untuk High Tea, Thirty8, Grand Hyatt menawarkan set High Tea yang impressive. Signature mereka ialah set minum petang 3 tingkat yang menawarkan manisan dan savoury dalam 1 platter.

Ini termasuk mango pudding, strawberry almond tarts, dim sum pon ada. Anda juga akan menikmati free-flow kopi dan teh sepanjang sesi High Tea ini.

Thirty8 memang ikonik dengan suasananya yang cukup istimewa. Dengan dinding kaca yang meliputi sebahagian besar kafe ini, Thirty8 menawarkan pemandangan ibu kota yang tiada gandingan. Lebih-lebih lagi ketika waktu High Tea yang memberikan cuaca yang lebih redup, sangat romantik dan dramatik.

Harga: Dari RM158+ untuk 2 pax (hanya untuk Isnin-Jumaat dari 12pm ke 5pm sahaja)

No. Telefon: +603 2182 1234

Alamat: Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur


12. Altitude, Banyan Tree Kuala Lumpur

Altitude terletak di tingkat 53, Banyan Tree Kuala Lumpur. Menawarkan set minum petang yang menarik, termasuk seleksi sandwich smoked salmon, sandwich egg truffle, scone kismis, mousse coklat, tart lemon meringue dan sticky toffee pudding, minum petang di Altitude juga membawakan pemandangan kota Putrajaya yang begitu indah.

Antara yang menarik tentang minum petang di Altitude ialah kadang kala mereka mengeluarkan menu seasonal yang kreatif dan innovatif seperti Sakura Spring Afternoon Tea yang mereka tawarkan pada awal tahun yang lepas, yang merupakan menu dessert dihidangkan dalam kotak Hanami Bento yang cukup menarik. Suasana di Altitude yang begitu elegan dan chic juga menambahkan lagi ambient yang digemari, terutama sekali buat waktu High Tea.

Harga: bermula dari RM179+ per pax

No. Telefon:+60 3 2113 1823

Alamat: Le Meridien Putrajaya, Ioi Resort, Putrajaya, Selangor, Malaysia


11. The Orchid Conservatory, The Majestic Hotel KL

The Orchid Conservatory, The Majestic Hotel KL - High Tea, Afternoon Tea, Minum Petang
Sumber: ern.eats

Ingin minum petang disekelilingi pokok-pokok Orkid yang cantik-cantik? The Majestic Hotel KL membawakan sebuah pengalaman minum petang yang luarbiasa, terhidang di The Orchid Conservatory. Venue sahaja sudah cukup membuatkan minum petang anda istimewa.

Tentunya sebuah tempat yang lain dari yang lain, taman botani ini termasuk sebuah Taman terapung yang begitu menawan, dan sebuah orchidscape yang seringkali mempamerkan pokok phalaenopsis bermusim. Semua ini terletak di dalam sebuah atrium kaca. Memang inilah antara tempat minum petang terjndah di KL!

No. Telefon: (603) 2785 8000

Alamat: The Majestic Hotel, 5, Jalan Sultan Hishamuddin, Perdana Botanical Gardens, 50000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur


10. Lobby Lounge, Shang-Ri La Hotel

Lobby Lounge, Shang-Ri La Hotel - High Tea, Afternoon Tea, Minum Petang
Sumber: shangrilakl

Lobby Lounge di Shang-Ri La Hotel adalah antara tempat High Tea di Kuala Lumpur kegemaran ramai. Walaupun tidak menawarkan pemandangan dari aras tinggi seperti kebanyakan tempat dalam senarai kami, Lobby Lounge menawarkan ambience dan suasana yang cukup relaxing dan chill dengan pemandangan taman dan kolam di luar Lobby Lounge.

Apabila anda minum petang di sini, anda akan dihiburkan dengan seleksi muzik yang lembut dan merdu, atau kadang kala, persembahan dari live band. Set minum petang mereka yang meliputi pelbagai jenis pastri dan pemanis mulut, scones dan sandwich, juga boleh dipesan dalam bentuk take-away untuk anda nikmati minum petang di dalam keselesaan rumah anda.

No. Telefon: 03-2074 3900

Harga: Bermula dari RM115+

Alamat: Lobby Level, Shangri-La Hotel, No 11, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur


9. Woobar, W Kuala Lumpur

Woobar, W Kuala Lumpur - High Tea, Afternoon Tea, Minum Petang
Sumber: wkualalumpur

Mahukan venue minum petang yang lebih hip dan trendy? Mari cuba WOOBAR di W Kuala Lumpur. Menawarkan High Tea yang direka khas pada sebelah petang, minum petang anda pasti berlanjutan sehingga waktu malam. Dengan hiasan dalaman yang begitu modern, fresh dan muda, WOOBAR adalah antara tempat minum petang yang lebih digemari oleh golongan muda dan influencers.

Set minum petang mereka memang cukup menarik. Memberi penghormatan kepada artisan tanah air, set High Tea mereka juga menerapkan bahan-bahan lokal dan sustainable. Masa inilah anda perlu mencuba dessert-dessert istimewa mereka seperti Milky Whey Cheese, Cha Cha Kombucha, Chocolate Concierge dan banyak lagi. Dahlah sedap, cantik pula tu.

No. Telefon: 012-347 9088

Harga: Dari RM117+ per pax

Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur


8. Onesixfive Lounge, Intercontinental Hotel Kuala Lumpur

Terletak dalam suasana yang indah dan menawan, Onesixfive Lounge di Intercontinental Hotel Kuala Lumpur dikelilingi taman tropika dan air terjun. Alami pengalaman minum petang dalam taman yang cukup cantik, seperti berada dalam syurga.

Set The Secret Garden Afternoon Tea membawakan menu yang diverse, manis dan savoury. Nikmati menu seperti Chicken Ciabatta Sandwich, chocolate salted caramel cake, peach almond tarts, dan coffee orange opera cake. Naik taraf pengalaman ini dengan sebuah staycation di hotel mereka. Kalau anda nak tahu, mereka turut menyediakan pakej bilik yang termasuk dengan High Tea.

No. Telefon: 03-2782 6168

Alamat: Intercontinental Kuala Lumpur, No. 165, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia, 50450 Kuala Lumpur


7. The Lounge, Four Seasons Hotel Kuala Lumpur

The Lounge di the Four Seasons Hotel Kuala Lumpur menawarkan pengalaman minum petang dalam suasana yang romantik dan manis. Mereka menawarkan set minum petang ini dalam jangka masa 2 jam sahaja, setiap hari. Bukan sahaja suasana mereka yang cantik, presentasi set minum petang mereka juga sangat menarik, sesuai dengan palette warna pastel mereka.

Baca: 12 Book Cafe Di Selangor Untuk Pencinta Buku & Kopi

Selain dari menu biasa seperti macaroons dan scones, anda juga boleh menikmati pelbagai pastri dan dessert yang telah disesuaikan dengan citarasa dan perisa kegemaran rakyat Malaysia. Dengar cerita, Mango Sago dan Four Seasons Tiramisu mereka memang istimewa. Jangan lupa cuba tau apabila anda ke sini. Selain dari minum petang, anda juga boleh menikmati sarapan, makan tengahari atau makan malam di sini.

No. Telefon: 03-2382 8650

Alamat: 145, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


6. The Drawing Room, St. Regis Kuala Lumpur

The Drawing Room, St. Regis Kuala Lumpur - High Tea, Afternoon Tea, Minum Petang
Sumber: stregiskl

Antara tempat yang paling classy di dalam senarai kami, The Drawing Room di St. Regis Kuala Lumpur dihias indah dengan skulptur kuda besar hasil seniman Colombia, Fernando Botero dan chandelier 5 tingkat yang tergantung dari siling tinggi di sini. Kalau anda ingin rasa seperti golongan aristocrat dan di-Raja, The Drawing Room tentunya tempat minum petang yang tepat untuk anda.

Hidangan minum petang dan set High Tea yang mereka tawarkan cukup simple dan elegan. Menu klasik seperti scones bersama jam dan creme fraiche digabungkan dengan seleksi pastri dan kek yang lebih modern dan kreatif. Sandwich-sandwich kecil juga akan berikan sedikit kelainan dari semua manisan yang mereka hidangkan.

No. Telefon: 03-2727 6660

Alamat: The St. Regis, No. 6, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


5. Latitude 02, Le Meridian Putrajaya

Terletak ke luar sedikit dari kotaraya Kuala Lumpur, Latitude 02 di Le Meridien Putrajaya adalah antara tempat minum petang yang cukup berbaloi. Ia bukan sahaja menawarkan ketenangan luar kota, harganya juga lebih berpatutan. Namun, ini tidak bermakna ia kurang hebat ye. Set High Tea mereka sama hebat dengan yang lain.

Dapatkan menu pastri dan kek yang eklektik dan istimewa dari mereka. Ada gabungan modern dan klasik, juga gabungan lokal dan international, set High Tea mereka pasti memuaskan semua pihak. Ini termasuk roti jala, karipap, pie, macaroons dan macam-macam lagi. Jangan lupa cuba eclairs mereka tau, katanya memang sedap!

No. Telefon: 03-8689 6888

Alamat: Le Meridien Putrajaya, Ioi Resort, Putrajaya, Selangor, Malaysia


4. The Lounge, Hilton Hotel Kuala Lumpur

Suasana elegan dengan dendangan lagu jazz akan membuatkan pengalaman High Tea dan minum petang anda di The Lounge, Hilton Hotel Kuala Lumpur lebih istimewa. Jika anda duduk di tepi tingkap, nikmati pemandangan Lake Gardens yang menghiasi landskap ibu kota. Sesuai untuk anda berkumpul bersama rakan-rakan dan girl-gang anda.

Set High Tea mereka didatangkan bersama satu pot teh pilihan anda dan seleksi pastri yang menggabungkan si manis dengan si savoury. Ada pudding, kek, mousse, sandwich dan juga karipap. Memang cukup manis untuk anda dan keluarga atau rakan-rakan. Sesuai untuk anda jadikan pilihan untuk raikan sesuatu yang istimewa seperti hari jadi ataupun pertunangan.

No. Telefon: 03-2264 2596

Alamat: 3, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


3. Nobu Kuala Lumpur

Anda pasti tidak menyangka restoran sushi ternama seperti Nobu turut menawarkan set minum petang, bukan? Hakikatnya, ia adalah antara yang paling istimewa. Ini adalah untuk anda yang mencari kelainan dari High Tea ala British yang sering dihidangkan di tempat lain. Di sini, mereka tawarkan Japanese High Tea.

Nikmati kemewahan dan kelazatan makanan Jepun berskala kecil seperti sashimi salad, miso chips with scallop, umami chicken wings dan banyak lagi. Bersama makanan gaya Jepun ini, nikmati teh dari Jepun juga. Semuanya terhidang dan disusun dengan penuh zen untuk anda.

No. Telefon: 03-2380 0028

Alamat: L4A-05, Level 4A Shoppes at Four Seasons Place Kuala Lumpur No, 145, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur


2. The Ritz Carlton Kuala Lumpur

Minum petang atau High Tea di The Ritz adalah antara pengalaman yang ikonik dan sinonim dengan tradisi High Tea. Suasana, hiasan dalaman, presentasi, cawan dan piring mereka semuanya berinspirasikan Eropah. Kalau nak feeling-feeling seperti golongan aristocrat dan world traveler, datang ke The Ritz.

Dress up dengan penuh gaya dan style sambil menghirup teh dan menikmati seleksi pastri dan kek dari set High Tea mereka. Menu yang berteraskan European charm ini mengetengahkan menu yang lebih tradisional dan klasik seperti scones, finger sandwiches dan beberapa pilihan kek. Nikmati semua ini sambil dihiburkan dengan band quartet in-house mereka.

No. Telefon: 03-2142 8000

Alamat: 168, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1. Atmosphere 360, KL Tower

High Tea di Atmosphere 360 yang terletak dalam Menara KL yang ikonik ini adalah lebih diverse dan tidak mengikuti cara High Tea yang conventional. Malah, restoran yang terletak 282m dari tanah ini menawarkan menu yang menggabungkan makanan lokal dan antarabangsa. Masakan seperti nasi goreng, mee goreng, roti canai, roti jala ditawarkan bersama seleksi kek dan pastri yang juga boleh dinikmati di sini.

Dengan harga yang berpatutan, anda bukan saja dapat menikmati makanan lazat, anda juga dijamu dengan pemandangan cukup istimewa dari seluruh sudut restoran yang berputar ini.

Harga: Dari RM90+ Per Pax

Alamat: TH02, Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur


Itu dia 14 tempat High Tea di Kuala Lumpur yang boleh anda cuba apabila mempunyai kelapangan atau kesempatan.

Baca: 12 Cafe Menarik Di Kuala Lumpur

Tidak Kira untuk meraikan hari istimewa, gathering bersama teman-teman atau ingin memanjakan keluarga tersayang, tradisi High Tea ini tentu akan membuatkan moment dalam hidup anda lebih bermakna.

5/5 - (1 vote)