Malaysia merupakan antara negara di Asia Tenggara yang kaya dengan landskap semula jadi yang cukup memukau, dikelilingi oleh hutan hujan yang subur, pantai yang bersih, selain daripada keunikan banjaran gunung-ganang dan bukit bukau yang cantik. Ini menjadikan Malaysia antara negara pilihan bagi mereka yang cukup menggemari aktiviti hiking sebagai hobi.

Mari kita lihat tentang keunikan beberapa destinasi terbaik untuk aktiviti pendakian di Malaysia, daripada laluan pendakian yang biasa hinggalah kepada laluan yang paling mencabar.

Tempat-Hiking-Menarik-Di-Malaysia
Sumber: @noorazlin79, @km0andbyond

Namun, apa yang pasti, para pendaki tentunya akan disajikan dengan pemandangan yang indah sepanjang perjalanan. Ini membuktikan bahawa mendaki di Malaysia adalah aktiviti yang bermanfaat.

1. Bukit Tabur

Puncak Bukit Tabur
Sumber: @aereonwong

Merupakan sebahagian daripada Klang Gates Quartz Ridge (boleh dilihat dari Kuala Lumpur), Bukit Tabur adalah salah satu laluan mendaki yang cantik di Lembah Klang. Ia terbahagi kepada dua laluan berbeza, Bukit Tabur Timur, dan Bukit Tabur Barat.

Jangan bimbang! Apa pun pilihan anda, kedua-dua laluan menawarkan pemandangan saujana mata memandang di sepanjang pendakian walaupun pada kebiasannya, laluan mendaki Bukit Tabur Barat adalah lebih popular, terutamanya pada hujung minggu.

Gambar Bukit Tabur - Hiking Trail
Sumber: @babysallyy, @mohd.yazeid

Laluan pendakian di sini dikategorikan sebagai tidak begitu sukar, tetapi kedua-dua laluan cukup mencabar dengan keadaan cerun batu yang licin. Jadi, pastikan anda harus datang dengan kasut yang sesuai.

Jika anda berjaya mendaki sampai ke puncak, pemandangan luar biasa menanti anda, pemandangan yang merakam keindahanĀ  Kuala Lumpur yang cukup sempurna. Laluan pendakian timur berakhir dengan pemandangan panorama bukit yang menghijau manakala puncak barat menunjukkan pemandangan bandar yang menakjubkan!

2. Forest Research Institute Malaysia (FRIM)

Forest Research Institute Malaysia (FRIM) Canopy Walkway
Sumber: @amrdnlco

Jika ditanya kepada semua para penggemar aktiviti hiking di Malaysia, FRIM merupakan destinasi pilihan paling kerap dikunjungi di Semenanjung Malaysia. Ini kerana lokasinya yang mudah untuk dicari. Hutan simpan ini terletak betul-betul di pinggir Kepong, tidak jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Kawasan yang kaya dengan keindahan alam semula jadinya ini bukan sahaja sesuai untuk aktiviti mendaki, tetapi juga pilihan popular bagi mereka yang gemar berbasikal ataupun hanya sekadar ingin melupakan sebentar hiruk-piruk kesibukan kotaraya. Laluan mendaki di sini agak mudah.

Forest Research Institute Malaysia (FRIM) Canopy Walkway Top View
Sumber: @malaysiaasia

Tiada kawasan pendakian curam yang berbahaya atau laluan batu yang mencabar, hanya sekadar untuk bersantai di bawah pepohon hutan yang menghijau sambil menghirup udara segar.

Forest Research Institute Malaysia (FRIM) TEmpat Hiking
Sumber: @rawlyte

The Rover Track ialah salah satu laluan yang paling popular dan jika ini merupakan kali pertama anda untuk mencuba aktiviti mendaki, tentunya di sinilah anda ingin bermula. Namun, ambil perhatian bahawa laluan FRIM direka bersesuaian dengan keadaan untuk penduduk setempat jadi terdapat papan tanda untuk membantu pengunjung mencari laluan yang betul.

3. Gunung Datuk

Gunung Datuk Trail
Sumber: @haswanirazak, azwan_yusoff79

Gunung Datuk terletak di kawasan hutan berbukit Negeri Sembilan, kira-kira satu jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur. Berbanding dengan kebanyakan laluan pendakian popular lain yang terdapat di dalam senarai ini, laluan Gunung Datuk adalah lebih mencabar.

Hiking Di Gunung Datuk
Sumber: xiaoken0917

Para pendaki juga harus lebih bersedia menghadapi pendakian lengkap yang akan memakan masa kira-kira tujuh jam (pergi dan balik). Laluan ini dikatakan lebih mencabar kerana ia menampilkan campuran cerun yang agak merbahaya dan keadaan cerun yang berbatu namun dilengkapi pemandangan yang menghijau di sepanjangan perjalanan.

Pendakian terakhir di puncak gunung juga memerlukan anda untuk naik beberapa anak tangga yang telah dipasang pada beberapa batu besar di situ.

Puncak Gunung Datuk
Sumber: @azraqraihan

Walaupun pendakian ini bakal memberikan cabaran yang kuat juga kepada anda, tetapi apabila anda sampai di puncak, pemandangan panorama bandaraya Rembau yang cukup menarik menanti ada.

Jika anda menetapkan masa lawatan anda dengan betul, anda juga akan berpeluang melihat pelangi, kesan daripada embun pagi di kawasan itu.

4. Gunung Kinabalu

Hiking Di Gunung Kinabalu
Sumber: @yusuffffffffffffffffffff

Gunung Kinabalu merupakan satu destinasi yang tidak asing lagi. Ia adalah gunung tertinggi di Malaysia dan puncak ketiga tertinggi di Asia Tenggara. Apabila anda bercakap tentang aktiviti mendaki di Malaysia, tentunya destinasi Gunung Kinabalu perlu ada di dalam senarai tempat mendaki yang wajib anda kunjungi. Terletak di Taman Negara Kinabalu (juga merupakan destinasi jungle trekking popular di Malaysia), Gunung Kinabalu merupakan laluan pendakian yang paling mencabar di Malaysia.

Juga dinobatkan sebagai antara destinasi yang tersenarai di dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO, laluan pendakian disini bukan calang-calang dan selalunya mengambil masa kira-kira dua hari untuk melengkapkan pendakian pergi dan balik.

Hiking Trail Gunung Kinabalu
Sumber: @tanirahtanin

Tempahan untuk aktiviti pendakian yang anda rancang juga perlulah ditempah terlebih dahulu dengan syarikat pelancongan atau mana-mana agensi pendakian yang diiktiraf bagi memastikan keselamatan anda di sepanjang perjalanan terjamin, terutamanya kepada mereka yang baru sahaja mahu mencuba aktiviti hiking. Namun, apa yang menarik ialah di sepanjang laluan pendakian, anda akan dapat menikmati keindahan semula jadi flora dan fauna Malaysia, sebelum benar-benar terpesona dengan pemandangan yang tiada tandingan di puncak gunung.

Pada masa itu, anda akan menyedari bahawa semua usaha untuk sampai ke puncak cukup berbaloi. Walaupun, pada ketika ini, anda mungkin juga mahukan pek ais untuk anggota badan anda yang tentunya terasa sakit!

5. Broga Hill

Broga Hill Hiking Trail
Sumber: @shrulidzr, @noorazlin79

Bukit Broga, yang terletak di bandar Semenyih, Selangor, adalah salah satu tempat kegemaran peribadi saya untuk mendaki di Malaysia. Laluan mendakinya tidak begitu sukar tetapi tentunya merupakan salah satu tempat yang terbaik untuk melihat pemandangan matahari terbit di Malaysia.

Di sini, pendakian akan mengambil masa kira-kira dua jam untuk anda sampai ke puncak dan berdasarkan pengalaman, masa terbaik untuk memulakan pendakian adalah sekitar jam 4:30 pagi. Ini akan memberikan anda lebih banyak masa menikmat suasana nyaman di waktu subuh di kawasan ini.

Broga Hill Summit
Sumber: @alea_film

Tentunya anda perlu membawa lampu suluh dan air yang mencukupi sebagai bekalan sebelum memulakan aktiviti pendakian. Walaupun dikatakan laluan pendakian agak lancar (dengan hanya beberapa laluan berbatu di sepanjang jalan), anda masih mahu menggunakan kasut yang selesa dan bersesuaian untuk mendaki.

6. Gunung Tok Wan

Gunung Tok Wan
Sumber: @linda_mahadzir

Merupakan laluan pendakian yang juga terletak di Semenyih, Gunung Tok Wan adalah gunung curam yang lokasinya hanya di seberang laluan mendaki Bukit Broga. Percayalah, lokasi ini boleh dikatakan sebagai salah satu laluan mendaki yang paling sukar di Malaysia, terutamanya kerana laluannya bermula di puncak Bukit Broga itu sendiri!

Jadi, selepas menikmati suasana matahari terbit di kawasan puncak Bukit Broga, selain daripada memilih untuk turun semula untuk bersarapan, anda boleh teruskan pendakian anda ke puncak gunung seterusnya.

Gunung Tok Wan Hiking Trailer
Sumber: @erywanie02

Anda cukup bernasib baik kerana jarak antara puncak Bukit Broga ke Gunung Tok Wan hanya kira-kira 200 meter sahaja dan anda sepatutnya boleh sampai ke sana dalam masa satu jam. Di puncak gunungm anda akan dapat menikmati hamparan suasana indah Bukit Broga dan bandar Semenyih yang menjanjikan panorama yang sangat menakjubkan.

7. Penang Hill

Hiking Trail Penang Hill
Sumber: @__chiumin__, @christine_lovehomemade

Penang hill boleh dikatakan sebagai antara destinasi yang kurang mendapat tempat di hati penggemar tegar aktiviti mendaki ini. Tetapi ianya merupakan lokasi pelancongan yang tidak asing lagi bagi para pelancong tempatan dan luar negara.

Kebanyakan mereka yang melawat tempat ini akan memilih untuk menaiki Penang Hill funicular atau kereta api yang disediakan disitu untuk sampai ke puncak (yang saya akui merupakan pengalaman yang cukup menakjubkan). Namun, apa yang mereka tidak tahu ialah laluan tersebut boleh digunakan untuk aktiviti pendakian.

Tempat Hiking Penang
Sumber: @_ayie_smile_keke

Laluannya adalah kira-kira 11 kilometer panjang dan mengambil masa selama lebih kurang lima jam untuk dilengkapkan satu pendakian. Ianya agak curam dan tidak ditandakan dengan baik, namun ianya menjanjikan pemandangan yang cukup indah dari puncak gunung sekiranya anda berjaya sampai ke atas. Bersedialah untuk meredah laluan hutan tebal yang tentunya merupakan salah satu ciri unik laluan pendakian ini berbanding dengan yang lain.

8. Gunung Angsi

Hiking Di Gunung Angsi
Sumber: @sitinadiaa__

Gunung Angsi adalah salah satu laluan mendaki yang paling mudah di Malaysia. Ketinggiannya tidak lebih daripada 825 meter dan ia tidak akan mengambil masa lebih daripada satu jam setengah untuk anda sampai ke puncak.

Terdapat dua laluan pendakian di Gunung Angsi yang boleh diakses melalui pintu masuk Ulu Bendul dan pintu masuk Bukit Putus. Namun, dikatakan laluan Ulu Bendul adalah lebih mencabar kerana laluannya lebih panjang dan mempunyai beberapa cerun yang curam.

Hiking Trail Gunung Angsi
Sumber: @ngeh.an

Tidak kira laluan mana yang anda pilih, yang pasti anda akan tiba di puncak gunung yang sama. Puncak Gunung Angsi merupakan kawasan lapang yang sangat cantik di mana anda boleh berbaring di atas tanah sambil menghirup udara nyaman ditemani bunyian alam yang mendamaikan.

Mendaki Bukit Di Gunung-Angsi
Sumber: @cheqeem. @haren.lim

Walaupun pemandangan di puncak gunung ini tidak setanding seperti kawasan mendaki lain di Malaysia, ia tetap menjanjikan anda pengalaman pendakian santai dan bersahaja yang boleh menenangkan fikiran anda.

9. Bukit Chenuang

Puncak Bukit Chenuang
Sumber: @chaiiiweiii

Bukit Chenuang terletak berhampiran Hulu Langat, Selangor dan merupakan salah satu destinasi pilihan bagi penggemar tegar aktiviti mendaki di Malaysia.

Laluan berhutannya dikelilingi sungai dan kehijauan alam semula jadi yang cukup menakjubkan. Terdapat beberapa laluan yang boleh anda pilih untukĀ  menuju ke puncak bukit, tetapi salah satu yang paling menarik bermula di Hutan Lipur Sungai Congkak.

Bukit Chenuang Hiking Trail
Sumber: @beautiful_stroy. @nrlshazhana

Anda akan mengambil masa kira-kira empat jam untuk sampai ke puncak tetapi kurang daripada empat jam untuk turun semula.

10. Gunung Ledang

Puncak Gunung Ledang
Sumber: @muhamaddausazman

Destinasi pilihan untuk aktiviti mendaki seterusnya tidak lain dan tidak bukan ialah puncak gunung tertinggi di Johor iaitu Gunung Ledang yang juga dikenali sebagai Mount Ophir.

Gunung Ledang Hiking Trail
Sumber: @james_craig90, @hafizaridin

Jarak pemanduan yang singkat dari Kuala Lumpur ke Gunung Ledang ini menyajikan pemandangan semula jadi yang cukup menakjubkan. Pendaki yang fit dan sudah biasa dengan aktiviti mendaki melalui laluan yang mencabar boleh sampai ke puncak gunung hanya dalam masa kurang daripada enam jam.

11. Taman Eco Rimba

Taman Eco Rimba KL
Sumber: @voyagefox_. @legendary_warrior_unicorn

Taman Eco Rimba yang letaknya di dalam Hutan Simpan Bukit Nanas merupakan antara tempat hiking popular di Malaysia. Lokasinya hanya 3km dari pusat bandar antara tarikan utama lokasi ini bagi mereka yang menggemari aktiviti mendaki.

Taman Eco Rimba KL Tempat Masuk
Sumber: @adityamako

Apa yang lebih menarik, selain daripada masuk adalah percuma, taman ini merupakan habibat flora dan fauna yang unik disertakan dengan kehijauan alam yang mendamaikan.

Taman Eco Rimba KL Hiking Trail
Sumber: @adschumi, @jules.travelogue

Laluannya agak berbeza berbanding dengan lokasi yang lain dan mempunyai cabarannya yang tersendiri. Namun pasti berbaloi sekiranya anda sampai ke puncaknya.

12. Gunung Pulai

Laluan Gunung Pulai
Sumber: @jg.justhike

Gunung Pulai mempunyai ketinggian 654 meter dan merupakan salah satu hutan simpan kekal negara. Jarak trek adalah sepanjang 6km dan pendaki dijangka akan mengambil masa selama empat jam pergi dan balik sepanjang pendakian.

Untuk sampai ke puncak gunung, anda boleh pilih sama ada untuk menggunakan laluan jalan tar atau jalan hutan.

Apa pun pilihan anda, kedua-dua laluan ini menjanjikan keunikan cabaran yang tersendiri dan pastinya pemandangan yang indah dengan hutan yang menghijau dan bunyian alam yang cukup mempersonakan bagi pendaki apabila sampai ke puncak. Sungguh teruja bukan?

Gunung Pulai Hiking Trail
Sumber: @zamiramli,

Dan inilah antara 12 lokasi hiking paling popular di Malaysia, menyajikan pemandangan alam semula jadi dan landskap yang cukup cantik dan mempesonakan kepada para penggemar aktiviti lasak ini. Yang mana satu menjadi lokasi pilihan anda yang ingin anda cuba dan sahut sebagai cabaran? Beritahu kami!

5/5 - (2 votes)